SEBAHAGIAN daripada wanita mangsa pemerdagangan orang yang diselamatkan polis dalam serbuan di sebuah hotel di Klang, Selangor semalam.
KLANG , 31 Oktober - Penderitaan 51 wanita warga asing dan tiga warga tempatan yang dijadikan hamba seks berakhir apabila mereka diselamatkan polis dalam serbuan di tiga buah hotel di sekitar daerah ini semalam. Warga asing yang diselamatkan dalam operasi selama tiga jam bermula pukul 12 tengah malam itu terdiri daripada 42 warga Indonesia, lapan Vietnam dan seorang dari China. Kesemua mangsa yang berusia 20 hingga 36 tahun itu dipaksa bekerja di tiga buah premis spa kecantikan yang beroperasi di dalam hotel tiga bintang.
|
salimrock posted on 31-10-2013 09:12 AM
syabas polis yg tutup aurat tu, walopun kerja polis, aktiviti lasak, namum tetap tutup aurat...
ADVERTISEMENT