CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Intan Ladyana dan Harris Alif nikah 6 Februari

5-1-2021 05:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 46785| Komen: 309

Hampir setahun menjalinkan hubungan cinta, pasangan selebriti Intan Ladyana dan Harris Alif bakal disatukan sebagai suami isteri pada 6 Februari depan.

Meskipun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Harris, 21, berkata itu bukan penghalang untuk mereka meneruskan niat mendirikan rumah tangga.

"Hari ini cukup istimewa kerana bersaksikan semua kami ingin mengumumkan tarikh perkahwinan kami berdua.

"Tarikh perkahwinan kami ialah 6 Februari ini... kita nak ambil tarikh lain tapi ada orang dah ambil jadi kami berbincang pilih tarikh ini, ia akan jadi tarikh cukup bermakna buat kami berdua.

"Majlis nanti tetap akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan memandangkan kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya.

Harris dan Intan mengumumkan berita itu menerusi sidang media istimewa yang diadakan secara atas talian pada Selasa.



Pasangan ini akan bernikah di sebuah masjid di Kuala Lumpur diikuti majlis resepsi di lokasi yang akan dimaklumkan kelak.

Turut diadakan malam berinai dan majlis bertandang.

Pada 5 Disember tahun lalu, foto Harris Alif menunjukkan cincin kepada seorang wanita dipercayai kekasihnya iaitu Intan Ladyana mengundang pertanyaan peminat di laman Instagram.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan membuat spekulasi pasangan itu sudah mengikat tali pertunangan dan bakal ke fasa seterusnya dalam hubungan itu.

Harris bagaimanapun menjelaskan foto romantis bersama aktres itu merupakan satu babak dalam muzik video lagu terbaharu nyanyiannya berjudul Anugerah.

Menerusi laporan mStar pada 27 Mei tahun lalu, Harris mengakui sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon berusia 38 tahun itu.

Pengacara program Generasi Z itu turut menjelaskan perbezaan usia 17 tahun bukan penghalang untuk mereka meneruskan hubungan tersebut. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kechikchomel 5-1-2021 02:50 PM
hellloooooooo TT! tepek link aje ke?
Quote hell0jennie 5-1-2021 02:51 PM
kechikchomel replied at 5-1-2021 02:50 PM
hellloooooooo TT! tepek link aje ke?

dah edit dah
Quote virgo19 5-1-2021 02:53 PM
Wow tahniah intan, saing2 dgn kamal pulak ya
Quote RumiMenari 5-1-2021 02:55 PM
Otai masih berbisa...
Quote missmeornot 5-1-2021 02:55 PM
Alhamdulillah..moga kekal bahagia hingga ke jannah..biar la org kata ape pun bukan deols yg hidup dgn cuols
Quote imanjannah 5-1-2021 03:03 PM
tahniah Intan dan Haris, iols awal2 diaorg couple mmg x yakin haris nak setle down dgn Intan, tapi iols silap, yang muda remaja ni la yg ajak intan kahwin rupanya,  moga bahagia la korang berdua
Quote spunk3d 5-1-2021 03:04 PM
banyak ke beza umur theyols ni?
ada 10 tahun?

apa2pun... benda ni cantik dah dlm Allah nya aturan....

kita dok perli2 .. nanti yg pempuan dah menopos
yg jantan baru nak kenal dunia...

ada lah Allah nak tunjuk benda yg tersembunyi di situ...
Quote hell0jennie 5-1-2021 03:06 PM
spunk3d replied at 5-1-2021 03:04 PM
banyak ke beza umur theyols ni?
ada 10 tahun?

beza 17 tahun. Intan 38 Harris 21
Quote Miawlover 5-1-2021 03:07 PM
Alhamdulillah. Dua2 bujang walau berjarak umur. Dh takdir mereka begitu. Doa yg baik2 je.
Quote jatiarjuna 5-1-2021 03:08 PM
kalau jodoh tak kemana..takyah buang masa lama2 couple..
Quote kechikchomel 5-1-2021 03:13 PM

ok...tq TT. kat FB Hotfm ada video PC dorg. tapi iolss malas tgk. 'CERES' yg kat backdrops tu apa?

ohhhh...Tahniah n Selamat Pengantin Baru!!!


Quote September14 5-1-2021 03:15 PM
Tajaan jota2 nnti jd mcm resepsi ezlin
Quote hell0jennie 5-1-2021 03:20 PM
kechikchomel replied at 5-1-2021 03:13 PM
ok...tq TT. kat FB Hotfm ada video PC dorg. tapi iolss malas tgk. 'CERES' yg kat backdrops tu ...

ceres tu company barangan kemas yg akan taja wedding drg ni
Quote eely_shana 5-1-2021 03:23 PM
Thniah intan n haris. Moga bahagia hgga ke jannah
Quote Fafaaisa 5-1-2021 03:23 PM
Tahniah..semoga dipermudahkan segala urusan nanti..semoga berkekalan...

Jika Allah dah tetapkan itu jodohnya, maka itulah dia
Quote shahadah00 5-1-2021 03:23 PM
Tahniah Intan & Harris.. rupanya julai tahun lepas lagi dah masuk merisik.. semoga dipermudahkan dan dilancarkanlah majlis nanti..
Quote missHaidiD 5-1-2021 03:24 PM
Tahniah intan & haris.  Lepas nikah cept2 buat baby k
Quote innocent_me 5-1-2021 03:28 PM
Edited by innocent_me at 5-1-2021 03:41 PM

meols serabut sangat yang pesen penaja ni.
Sibukkk duk sebut angka juta2.
Last2 majlis hauk macam majlis norman hakim dengan bini baru tu.
Setakat angka siapa2 pun boleh sebut...buat masa ni takda lagilah majlis artis tajaan juta2 ni gah macam majlis anak2 VIP yg tak sampai juta2 pun..gah dgn nombor je.
Tapi mcm seronok plk dengar intan nk kawin..sbb dia cantik gila,so meols tazabar nk tengok dia jadi pengantin.
Semoga dpt baby cepat.
Quote doubleA 5-1-2021 03:30 PM
Tahniah. Bakal kawen gak intan

Lihat semua komen(309)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.056019 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top