Dalam diam rupa-rupanya penyanyi Tajul Ariff bakal menimang cahaya mata kedua dan isterinya iaitu Nurul Shamieza Eddie dijangka bersalin pada awal Mei depan.
Menurut Tajul atau nama sebenarnya Tajul Arif Noor Md. Shari, sudah tiba masa untuk dia berkongsi berita gembira itu memandangkan usia kandungan isterinya sudah hampir mencecah enam bulan. Sama seperti kehamilan anak pertama iaitu Adriana Carisa, penyanyi berusia 23 tahun ini yang melalui pengalaman mengalami alahan dan mengidam. "Alhamdulillah... kandungan isteri saya hampir mencecah enam bulan. Perut dia pun dah semakin membesar, jadi inilah waktu yang sesuai untuk saya kongsikan berita gembira kepada semua.
"Isteri tidak mengalami alahan yang teruk tapi sama seperti kehamilan pertama, alahan yang teruk dan mengidam itu terkena pada saya. "Anak kami yang pertama pula sekarang semakin manja. Kalau meragam itu... biasalah budak kecil kan. Insya-Allah isteri dijangka bersalin sekitar hujung April atau awal Mei," katanya kepada mStar.
|
bluebutter replied at 5-1-2021 05:58 PM
Cantik wife dia. Tahniah nk dpt baby lagi.
salmon-suki replied at 5-1-2021 06:11 PM
Bkn ke dia ni y kata ngamuk2 sbb xleh fokus keje gara2 nak kena jaga anak?now nak dpt anak lagi?
caprut replied at 5-1-2021 06:16 PM
Cantik dalam gmbar je. Dekat video buruk. Haha
caprut replied at 5-1-2021 06:16 PM
Cantik dalam gmbar je. Dekat video buruk. Haha
RatuDunia94 replied at 5-1-2021 09:01 PM
Heols ni mmg spesis rempit sangat.. dulu fmc gosip2kan dgn Wany Hasrita so x kena..
ADVERTISEMENT