CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Disangka Warung Rupanya Rumah Orang, Guru Tebal Muka Ajak Keluarga Serbu Makan

5-1-2021 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11632| Komen: 61

"Sebelum ini pernah baca kisah seorang penunggang basikal tersilap singgah rumah orang yang disangkanya warung, kini perkara sama terjadi kepada kami pula."

Demikian kata seorang guru, Azam Mahat ketika bercerita mengenai insiden lucu yang dialami keluarganya, baru-baru ini.



Berkongsi cerita dengan mStar, Azam berkata segala-galanya bermula ketika dia bersama isteri, bapa dan dua anaknya bercuti di Pantai Timur ketika sambutan tahun baharu.

"Mula-mula, kami bercuti ke Terengganu dan pada 1 Januari, barulah bertolak ke Kelantan. Sewaktu dalam perjalanan ke homestay yang terletak di Pasir Pekan, kami ternampak orang ramai beratur untuk mengambil makanan di sebuah warung ni.

"Saya cakap kat isteri, 'mesti makanan kat situ sedap-sedap, sampai ramai orang beratur nak makan, esok kita kena try makan kat situ'. Keesokannya selepas ke Pasar Siti Khadijah, kami pun cari semula warung tu.


"Bila sampai, kelihatan ada empat orang sedang duduk minum... malah saya disapa mesra oleh seorang lelaki di situ meminta supaya periksa angin tayar kereta sebab nampak macam kurang.



"Kami masuk ke warung tu, anak-anak saya terus duduk di meja... kelihatan ada beberapa jenis lauk yang terhidang. Ada ayam percik, kari kambing, sambal etok... dalam hati memang cakap fuhh sedap ni," ceritanya.

Tambah guru berusia 39 tahun ini, keramahan tauke warung ditambah pula dengan susunan kerusi meja dan beberapa jenis lauk pauk membuatkan mereka sekeluarga tidak mengesyaki sesuatu, sehinggalah tiba masa untuk memesan minuman.

"Masa isteri tanya anak-anak nak minum air apa, tiba-tiba makcik di warung tu menghampiri meja kami dengan membawa teh 'O' satu jag. Katanya kalau nak air panas, nanti dia minta pembantu rumah buatkan.

"Masa tu terus tak sedap hati... teringat kes sebelum ni yang makan dekat rumah orang yang dia sangkakan kedai makan. Spontan terus saya tanya 'ni bukan warung ke mokcik?'. Makcik tu jawab 'bukan... ini rumah mokcik'.

"Malu bukan kepalang rasanya... dan kami pun apa lagi, cepat-cepat mohon maaf dan nak beredar. Tapi mereka halang. Kata mereka 'apa salahnya... rezeki langkah kanan'.

"Makcik tu panggil anak-anak saya dan dia cedokkan lauk. Asalnya tak nak makan sebab malu, tapi mereka jemput juga makan," ujarnya yang mengajar di sebuah sekolah rendah di Kluang, Johor.


Kredit foto: FB

Sepanjang menjamu selera, Azam berkata mereka berbual-bual dengan pasangan suami isteri tuan rumah berkenaan yang akhirnya menjawab persoalan mengenai kehadiran ramai 'pelanggan' seperti yang dilihat mereka sehari sebelumnya.

"Rupa-rupanya mereka buat kenduri kesyukuran... orang beratur semalam tu bukan pelanggan tetapi tetamu yang ikut SOP. Nak dijadikan cerita memang mereka tak pasang khemah macam kenduri biasa tu... hanya meja disusun dalam kawasan rumah dan memang nampak sebijik macam warung," ceritanya lagi.

Tambah guru ini, dia tidak menyangka perkongsian kisah tersebut menjadi tular di media sosial kerana tujuannya sekadar mengabadikan kenangan lucu buat tatapan rakan pengikut.


Loading FB Post...

"Mulanya memang malu nak share, tapi saya fikir perkongsian ni nak ceritakan mengenai betapa baiknya pasangan suami isteri orang Kelantan yang kami temui.

"Layanannya memang terbaik... masakannya pun memang sangat sedap. Sampai anak perempuan saya berbisik nak tambah nasi. Tapi saya balas 'jangan bagi malu abah, nak'. Betul, memang sedap masakannya.

"Sebelum pulang, bila nak bayar, mereka bersungguh-sungguh tak mahu terima. Saya doakan mereka dimurahkan rezeki dan hanya Allah saja mampu membalas.

"Memang insiden yang berlaku ini kenangan manis dan lucu pada awal tahun yang memang takkan kami lupakan sampai bila-bila," ujarnya lagi.


Sumber: mStar

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 5-1-2021 11:47 AM
supaya xde keliru lg....letak la papan tanda....
Quote kechikchomel 5-1-2021 11:54 AM
ktorang kalau berjalan kat tempat baru or jarang pergi mesti ada masalah kalau nak makan.
tengok sekali macam warung, rupanya rumah orang.
Quote Artemesiaa 5-1-2021 12:07 PM
Lain kali perhatikan ada papan tanda ke tidak kalau tak ada elok tanya dulu jangan main redahnya dibuatnya rumah orang sendiri juga yang malu
Quote NazRysha 5-1-2021 12:17 PM
itu ke gambar rumahnya
tu meja2 susun mcm kedai
kot mmg buat niaga tp tutup kot hari kejadian
Quote CiliPadiSedap 5-1-2021 12:20 PM
biadab sebenarnya datang rumah orang tak di undang.  tuan rumah mesti masak portion untuk makan sampai malam atau bajet untuk anak cucu.

kalau dah tahu macam tu dah termakan, pergilah beli kfc satu barrel dua barrel pulangkan balik.  tuan rumah cakap cmtu nak jaga hati tetamu. tetamu mestilah berbudi balas.

pe salahnya belikan kfc atau pizza hantar semula.  log budi semula.  berkat doa tuan rumah rezeki akan lipat kali ganda.
Quote dudaberhias 5-1-2021 12:22 PM
NazRysha replied at 5-1-2021 12:17 PM
itu ke gambar rumahnya
tu meja2 susun mcm kedai
kot mmg buat niaga tp tutup kot hari kejadian

tu la... siap lapik meja macam warung...
takut hassanah punya cerita jah... sebab sebelum ni kan pernah viral...
yang ni kira remake...
Quote johan-adx 5-1-2021 12:22 PM
baik btul tuan rumah tu..meraikan tetamu
Quote zafira 5-1-2021 12:28 PM
kechikchomel replied at 5-1-2021 11:54 AM
ktorang kalau berjalan kat tempat baru or jarang pergi mesti ada masalah kalau nak makan.
tengok se ...

sama macam laki aku... pantang tengok ada ramai orang mesti ingat gerai makan walaupun kat kampung- kampung... pernah sekali... siap boleh U turn lagi kat satu kampung ni... sekali lalu rupanya kenduri... nasib baik tak turun kereta.. dah la rumah tu betul2 tepi jalan besar dengan beranda besar... nampak mcm kedai...... hahahaha... ambik ko...
Quote copy_paste 5-1-2021 12:33 PM
ni insiden mmg kelakar dan memalukan tapi bukan mengaibkan.....
umah tepi jalan besar mmg la mcm tu,

kat umah mertua aku pun mcm tu kalau buat kenduri kecik2,dah mcm gerai,bukak pagi sampai ptg...
kadg buat mkn2 utk family pun ade je jiran2 yg dtg...
Quote kechikchomel 5-1-2021 12:33 PM
zafira replied at 5-1-2021 12:28 PM
sama macam laki aku... pantang tengok ada ramai orang mesti ingat gerai makan walaupun kat kampung ...

kann? pernah la berapa kali. jumpa warung tepi jalan. kemain cantik warung dia. macam rumah2 kg. penuh bunga.
ayah iolss memang dah park kereta dah. dok perati je dulu. ada meja cashier tak? orang dia pakai apron tak?
dah confirm warung/gerai baru turun kereta

Quote angelofish 5-1-2021 12:48 PM
besok nya lagi.pegi tengok jadi hutan kawasan tu..cuma ada runtuhan sahaja
Quote orkid_amani 5-1-2021 12:56 PM
sama la mcm aii p pangkor last week..dah la sewa homestay..mmg xberani nk p mkn kat luaq sebab area homestay tu mmg confused sikit..kedai mkn ..rumah..homestay rapat..hahaha..weols sewa dekat dengan kota belanda& batu bersurat tu..
Quote ~boolean 5-1-2021 12:59 PM
kalau ke kampung aku sendiri keliru kedai ke rumah orang...memang ramai orang kampung berniaga di perkarangan rumah...

tabik pada tuan rumah sebab ramah meraikan tetamu...semoga murah rezeki..
Quote clarizsa 5-1-2021 01:04 PM
Hahhaha kelakarlah
Memang langkah kanan betul
Quote wirazam 5-1-2021 01:11 PM
kechikchomel replied at 5-1-2021 12:33 PM
kann? pernah la berapa kali. jumpa warung tepi jalan. kemain cantik warung dia. macam rumah2 kg. p ...

aku akn tgk ada tak tanda harga atau label makanan..biasanya kedai2 akan ada signage makanan yg ada dijual

table kashier pun ada tgk juga
Quote cruz2 5-1-2021 01:41 PM
Finally..ada jugak cite yg molek2 rakyat kelantan
Btw kat sana mmg suasana biasa especially sehari slps kenduri.tuan rmh still sediakan makanan dlm portion yg byk kot2 masih ada sedara mara@tetamu yg tak dpt dtg hari kenduri.my sil selalu dok repeat ayat yg dia tekejut hari kenduri bertandang kat rmh kami waktu mlm pon masih ada tetamu yg dtg.biasanya kenduri kat negeri lain(bukan semua maybe) ptgnya dh kira habis majlis dh kemas dh bukak kanopi bagai.my mom ckp tu mmg biasa adat kenduri belah kelantan.tetamu kenduri diraikan tak kira masa.kena pastikan nasi,lauk pauk simple sekurang2nya ada utk kedatangan set2 kehadiran lewat ni.cuma kami2 generasi muda ni la rasa lahai lecehnya tuan rmh anak beranak mlm2 dh nk rehat ooiii
Quote reddots 5-1-2021 01:44 PM
NazRysha replied at 5-1-2021 12:17 PM
itu ke gambar rumahnya
tu meja2 susun mcm kedai
kot mmg buat niaga tp tutup kot hari kejadian

baca sampai abis la sis...

  1. "Rupa-rupanya mereka buat kenduri kesyukuran... orang beratur semalam tu bukan pelanggan tetapi tetamu yang ikut SOP. Nak dijadikan cerita memang mereka tak pasang khemah macam kenduri biasa tu... hanya meja disusun dalam kawasan rumah dan memang nampak sebijik macam warung," ceritanya lagi.
Copy the Code


Quote darkness 5-1-2021 01:59 PM
Aduhaii...lawak tp best pulak. Conversation pencerita dgn anak dia lebih kurang perbualan sy dgn anak setiap hari
Quote mbhcsf 5-1-2021 02:03 PM
Edited by mbhcsf at 5-1-2021 02:04 PM

bless them all...so sweeeeet..u see cantikkan ALLAH ni

DIA atur rezeki si fulan sekian sekian dan wow u see...rezeki

wow man

kelakar dalam citer ni...

maksudnya secara hakikat

makanan tu hari tu sebahagiannya dalah untuk keluarga  guru ni , imagine that ..how beautiful ALLAH is.
"Layanannya memang terbaik... masakannya pun memang sangat sedap. Sampai anak perempuan saya berbisik nak tambah nasi. Tapi saya balas 'jangan bagi malu abah, nak'. Betul, memang sedap masakannya.

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.045507 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top