CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rafidah Ibrahim Lamar Sendiri Bakal Suami

5-1-2021 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24585| Komen: 118

Hasrat pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali Fida, 35, untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan, bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Fida dihubungi berkata dia dan bakal pasangannya, yang juga seorang ahli perniagaan merancang mengadakan majlis pernikahan mereka sebelum Ramadan tahun ini.

Ditanya mengenai gerangan lelaki itu, Fida berkata mereka adalah kenalan lama dan sudah saling mengenali lebih 10 tahun lalu. Ujarnya, calon suami seorang lelaki yang baik, sangat memahami dan banyak membantunya.


Foto: IG


"Ditambah, Allahyarham ibu saya pun sangat sukakan dia dan menyayanginya. Malah arwah ibu sudah memberi restu kepada kami sebelum meninggal dunia pada Mei 2017. Bagaimanapun, Insya-Allah rezeki jodoh kami mungkin tahun ini," katanya kepada Harian Metro.


Enggan mengulas lanjut mrengenai lelaki itu yang disebut-sebut 'bekas pengurusnya',  Fida berkata dia akan berkongsi raut wajah bakal suami apabila tiba masanya.

"Saya tak boleh nak kongsi lebih-lebih mengenai perkara ini, kerana semuanya dalam perancangan lagi. Saya mohon, doakan yang baik-baik supaya urusan jodoh kami berjalan lancar," katanya.


Ditanya mengenai bilakah dia dilamar, Fida berkata sebenarnya dia yang memberanikan diri melayangkan pertanyaan lamaran kepada lelaki itu.

"Saya beranikan diri bertanya kepadanya bukan disebabkan terdesak nak kahwin kerana sudah makin berusia, tapi saya ikhlas sukakan dia dan mana tahu kami mempunyai perasaan yang sama.



"Alhamdulillah, saya tidak bertepuk sebelah tangan. Malah, dia juga yang masih bujang menerima saya dengan ikhlas hati. Kini, saya berharap urusan pernikahan yang kami rancang menjadi kenyataan," katanya.

Fida yang pernah dikenali dengan drama Cinta Tikar Sejadah dan filem Adik Manja Returns, adalah pengasas perniagaan R Secrets Sdn Bhd. Malah, dia juga pernah popular dengan lagu Apo Kono Eh Jang 2012.-CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote duri_durians 5-1-2021 11:18 AM
ingatkan rafidah abdullah tadi.
Quote emera 5-1-2021 11:20 AM
Who arr yuss??
Quote rainbowrainz 5-1-2021 11:21 AM
Iols ngantuk nihhh...tlg buat kopi utk iols
Quote hmylieenz 5-1-2021 11:25 AM
lama menyepi eh dia ni...sendu pun yer
Quote sfinaria 5-1-2021 11:26 AM
duri_durians replied at 5-1-2021 11:18 AM
ingatkan rafidah abdullah tadi.

Meols pun ingat rafidah 3R tu

Rafidah ini rupa nya, okbai
Quote mamajawie 5-1-2021 11:31 AM
beria ngan mamat sepah last tak jadi gak..kesian..mamat pun da kwen ngan org lain da skang ni
Quote shida81 5-1-2021 11:32 AM
ak je ke nampak dia mcm berusia dr umur dia

berani dia ajak lelaki tu kawen...

klu ak biar x dapat dr ak pergi tny lelaki tu suka ak ke x

tu yg sudahnya ak melepas
Quote duri_durians 5-1-2021 11:33 AM
sfinaria replied at 5-1-2021 11:26 AM
Meols pun ingat rafidah 3R tu

Rafidah ini rupa nya, okbai

tu la terperanjat jap, lain benar beritanya dripd berita sebelum2 ni
Quote NazRysha 5-1-2021 11:34 AM
la ingatkan dia ni dah kawin
Quote cmf_summer_snow 5-1-2021 11:36 AM
duri_durians replied at 5-1-2021 11:18 AM
ingatkan rafidah abdullah tadi.

sama

ingatkan rafidah 3r tu
bila baca oh bukan
Quote sukacactus 5-1-2021 11:38 AM
Gebunya kucing tu
Dah mcm karpet
Quote crossline 5-1-2021 11:40 AM
shida81 replied at 5-1-2021 11:32 AM
ak je ke nampak dia mcm berusia dr umur dia

berani dia ajak lelaki tu kawen...

Kalau ye pun...dia jgn la cerita sekarang, ataupun tak payah cerita terus... Lelaki ada ego, agak2 bila lelaki tu baca statement si Fidah ni, terus dia kensel  mcm mana?
Quote pakwetizzaqyah 5-1-2021 11:43 AM
trpikat ngn tulisan jawi ke?
Quote little_sis 5-1-2021 11:45 AM
Lama x dgr cite psl dia ni.. hampir lupa bila dgr nama je, tgk gambar baru igt balik..dan aku igtkan dia ni dah kawin lama dah, rupanya belum...
Quote ais_kosong 5-1-2021 11:45 AM
semoga bahagialah ya
Quote little_sis 5-1-2021 11:46 AM
Semoga berbahagia sampai akhir hayat..
Quote Olleo 5-1-2021 11:50 AM
Semoga dimudahkan urusan jodoh korang ni.
Last aku baca cite dia pasal dia ngan mamat sepah dan isu buka-bukaan tudung masa dating ngan mamat tu.. Pastu hilang.
Quote lifeline 5-1-2021 11:51 AM
sfinaria replied at 5-1-2021 11:26 AM
Meols pun ingat rafidah 3R tu

Rafidah ini rupa nya, okbai

kalo rafidah 3R tu urmm urmm urmm urmm
lamar perempuan kot bukan lamar laki
Quote wikedsaikel 5-1-2021 11:51 AM
Anak sedara ctdk kan ni

Lihat semua komen(118)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.105904 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top