CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azizi Chunk Dituduh Penyebar Dan Pengamal Agenda Kegiatan Freemason Dan New World Order

5-1-2021 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5572| Komen: 9

Description: "Sebenarnya kita adalah bangsa yang tidak mahu mengkaji dan membaca," kata pengarah, Azizi 'Chunk' Adnan mengulas dakwaan dirinya penyebar dan pengamal agenda kegiatan Freemason dan New World Orde ...
"Sebenarnya kita adalah bangsa yang tidak mahu mengkaji dan membaca," kata pengarah, Azizi 'Chunk' Adnan mengulas dakwaan dirinya penyebar dan pengamal agenda kegiatan Freemason dan New World Order dalam filem dan setiap drama diarahankannya.


Azizi berkata, orang Melayu adalah bangsa yang sudah 'dibrainwash' dan didoktrin sekian lama serta cepat melatah apabila diapi-apikan.

"Jadi, mereka tak boleh nak terima dan anggap mengarut, pada hal buktinya banyak berlaku di depan mata.

"Bila buat cerita yang sentuh mengenai teori konspirasi ini, penonton tak nak fikir dan saya pula dikatanya gila. Orang yang ada tahap intelektual yang tinggi, mungkin faham perkara ini.

"Tapi untuk penonton yang sukakan drama konsep popular, cerita ini dianggap bodoh," katanya.

Terdahulu pengarah filem Hero: Jangan Bikin Panas yang berkisarkan kehidupan anggota Bomba ini dikecam kerana didakwa memaparkan banyak teori Illuminati di dalam karyanya.



Foto: Malaysiakini
Azizi berkata, dia berniat mahu menyampaikan apa yang dirasakan betul, tetapi sebaliknya disalah anggap pula.

"Sebenarnya saya nak beritahu orang apa itu Illuminati, namun mereka ingat saya pula yang terbabit kerana mereka sebenarnya tak menonton pun.

"Mereka hanya dengar cerita dan tengok poster dan bukannya tonton filem itu. Orang kita, memang hanya suka budaya ikut-ikutan," katanya.

Terbaharu, Azizi diberikan kepercayaan mengarah filem 10 Tips Tipu Bini terbitan Rumah Produksi Merah milik Datuk Awie yang akan ditayangkan menerusi saluran Astro First bermula 7 Januari ini.

Menurutnya, dia bersyukur rezeki masih murah untuk mengarah filem.

"Pada saya, rezeki ini semua atas izin Allah. Saya reda dan tidak ada masalah dengan mana-mana pihak. Saya masih berkarya dan serahkan soal rezeki pada Yang Esa.

"Sebenarnya ada perjuangan yang nak disampaikan dalam karya saya dan bagi filem 10 Tips Tipu Bini, ia sebuah komedi ringan dan saya hanya selitkan sedikit unsur dakwah berkenaan rumah tangga pasangan suami isteri.

"Sebelum ini, saya pernah buat filem yang ada isi seperti Antoo Fighter dan orang kata mengarut. Namun saya juga boleh arahkan drama komersial seperti Awan Dania serta SpanarJaya yang boleh diterima pula," katanya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote duri_durians 5-1-2021 11:12 AM

tak kisah la illuminati ke nwo ke.. auto turn off tengok tajuk movie..
Quote rainbowrainz 5-1-2021 11:14 AM
Yang penting die sampaikan ape yg sepatytnya terpulang nak dengar atau tidak org bijak dia dah buat persiapan awal2 gittew.. iols suka abg azizi..
Quote getah 5-1-2021 11:20 AM
iols salah sorang yg follow FB die..
penulisan die yg agak berat ttg keadaan dunia sekarang dan
agak susah utk org yg terlalu
mengikut arus kemodenan kini.

Quote pakwetizzaqyah 5-1-2021 11:50 AM
zmn2 depresi kovid ni spe yg nk tngok isu berat2
orng nak entertainment
bkn peningtemen
Quote kucingitam 5-1-2021 12:11 PM
filem semua out..harap spanar jaya dulu je la yg best.. tu pon aku rasa sebab gabungan wardina-opie-zaibo.. bila sh sofea masuk dah jadi x best spanar jaya tu..
Quote supernaturalee 6-1-2021 02:23 PM
owh ni lh orgnya

buat lh yg senonoh sikit bang

x gemar lh lawak2 so called ringan plus dakwah sikit2 ni

nk buat bg yg btl2
kaji dlm2
xde lh huhahuha
tau2 hbs gitu je



Quote lattehazelnut 6-1-2021 02:26 PM
Ttap xrasa nak tgk movie ni walaupun berita da kuar berkali2..
Quote Asdira 7-1-2021 02:42 AM
Awan Dania series pertama best..
Dia pun ada berlakon dlm tu jg..
antara ayat dia kat dania (scha) yg sy ingat, tangan kau memang kasar tapi muka kau jambu..everyone can fly..so kau pun boleh juga..
Quote izat123 7-1-2021 02:55 AM
La anti vaksin rupanya kahkahkah

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.407252 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top