CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Harris Annuar Positif Covid-19 Selepas Balik Sambut Tahun Baharu Di Langkawi

5-1-2021 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12920| Komen: 65

Description: Pelakon dan personaliti media sosial, Harris Annuar disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan yang dikendalikan sebuah klinik swasta di Bangi, Selangor semalam.
Pelakon dan personaliti media sosial, Harris Annuar disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan yang dikendalikan sebuah klinik swasta di Bangi, Selangor semalam. 


Harris berkata, dia kini sedang menunggu keputusan ujian saringan kedua yang dijalankan pagi tadi.

Foto: IG

"Semalam saya baru sahaja menjalani ujian saringan Covid-19 dan didapati positif wabak ini untuk saringan pertama.

"Pagi tadi saya sudah menjalani ujian saringan kedua dan sedang menanti keputusan. 

"Buat masa sekarang, saya sedang menjalani kuarantin di rumah seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya yang baru pulang bercuti di Pulau Langkawi, Kedah.




Menurut Harris, rakan baiknya, Tajuddin Bakar turut didapati positif Covid-19 menerusi ujian saringan pertama.

"Tajuddin juga didapati positif Covid-19. Saya kini sedang kuarantin di rumahnya. Saya tak berani pulang ke rumah sebab tak nak membahayakan ahli keluarga lain. Jadi, saya ambil keputusan untuk kuarantin berdua di rumah Tajuddin, sementara menunggu keputusan.




"Kepada sesiapa yang ada kontak rapat dengan saya sejak dua minggu yang terakhir ini,  diharapkan anda pergi melakukan ujian saringan.

"Setakat ini saya masih menunggu panggilan rasmi dari pihak KKM untuk tindakan selanjutnya. Saya mohon maaf atas segala kesulitan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 5-1-2021 10:52 AM
Ketara gila muka kegayahan.. btw who are youss bagi iols
Quote wadiunong 5-1-2021 10:59 AM
Kurex replied at 5-1-2021 10:52 AM
Ketara gila muka kegayahan.. btw who are youss bagi iols



heols ni iols kenal berlakon drama Isteri Utk Disewa. Tak silap heols ni anak founder Kosmetik Kak Ton (Zaiton).

rasanya pernah masuk Hero Remaja. sendu mcm ni pon boleh masuk
Quote nanies 5-1-2021 11:10 AM
buat la pick up line pulak masa ke sepital nnt
Quote nisako 5-1-2021 11:14 AM
sape ni x kenal.........huhuuuuuu
Quote putu 5-1-2021 11:15 AM
Seriusly menyampah tengok dia ni. Macam 24jam d media sosial. Xkerja cari duit ka
Quote MadameOnion 5-1-2021 11:23 AM
selalunya yang jenuh ni sbb tak bgtau benda betul masa kami buat health assessment tu...tetiba positive..check punya check, baru tau pernah ke sekian2 tempat dan melepak berpeluk cium bagai
Quote salmon-suki 5-1-2021 11:33 AM
Kluster langkawi in da making{:smile
Quote Kancilkering 5-1-2021 11:33 AM
dia ni sepupu hajjah npd hokay...
member i dh positive still xleh gi hospital....
quarantine kat rumah bilik asing dengan family.....
katil penuh kut kat selangor nih
Quote emera 5-1-2021 11:34 AM
Tak de sop langsung.. padan lerr..
Quote ALDRIN 5-1-2021 11:35 AM
Kurex replied at 5-1-2021 10:52 AM
Ketara gila muka kegayahan.. btw who are youss bagi iols

Yang ni Kurex tak nak " ber SEMOGA " ker? Tp pd iols, heols nih gayah gred C nih..
Quote crossline 5-1-2021 11:44 AM
wadiunong replied at 5-1-2021 10:59 AM
heols ni iols kenal berlakon drama Isteri Utk Disewa. Tak silap heols ni anak founder Kosmetik ...


Owh....ni anak Kak Ton yg selalu menyakat Kak Ton dengan trick tu kan?
Quote sarah82 5-1-2021 11:48 AM
Aku tengok gambar yg ditempek. Gila x ada penjarakan fizikal.
Quote kechikchomel 5-1-2021 11:48 AM
ramai kot yg holiday langkawi masa new year haritu. kawan iolss pergi satu family.


tempat lain Cameron, Penang. Genting tak sure.
Tunggu je la kalau2 ada kluster Langkawi, Cameron n Penang nanti.
Quote wadiunong 5-1-2021 12:00 PM
kechikchomel replied at 5-1-2021 11:48 AM
ramai kot yg holiday langkawi masa new year haritu. kawan iolss pergi satu family.



issuenya diaorang ni yg masuk bawak virus tu. kesian kt locals je la yg kena tempiasnya.
Quote nanasno 5-1-2021 12:05 PM
eh. bila masa dia ada rambut. kan dia botak. buat tanam rambut ka
Quote cap_ayam 5-1-2021 12:39 PM
hmm dia demam kan masa kat langkawi? nampak letak cool fever patch kat dahi..kat  ig story sapa ntah tak ingat.. ingatkan demam sebab penat panas berbasikal dari shah alam ke langkawi.
Quote bedahdavas 5-1-2021 12:43 PM
Haaaaa tepuk!!!! Semua pakat2 nk celebrated NY sgt. Skrg pergi buat swab test sndr2. Ramai oi makhluk jln2 langkawi.
Quote mieymiey 5-1-2021 12:49 PM
Kot-kot la ramai retis yang positif khennn. Bak kata Jananek 'bagus juga kan' untuk timbulkan kesedaran
Quote PinkyPie 5-1-2021 01:39 PM
Ada sorang geng dorang tu wife pregnant  gigih la ke langkawi gak

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.062855 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top