CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ziela Jalil Mengaku Dah Kahwin, Jadi Isteri Kedua

4-1-2021 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 44064| Komen: 237

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja nama penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Ziela Jalil kembali hangat diperkatakan.

Ia susulan ciapan di laman Twitter oleh seorang wanita yang mendakwa dan mendedahkan dia sudah berkahwin dan menjadi isteri kedua.


Enggan membiarkan perkara itu terus menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan warganet, Ziela, 51, atau nama sebenarnya Norzilah Abdul Jalil tampil menjelaskan perkara sebenar.

Menurut Ziela, dia tidak mahu isu itu dibangkitkan pihak lain yang dianggap sengaja untuk mengaibkan dirinya.

Malah, Ziela yang juga penerbit syarikat penerbitan Pena Cretive berkata, apa yang dilalui itu adalah takdir hidupnya yang sudah ditentukan Allah SWT.

"Ya, saya sudah bernikah pada 17 Februari 2019 dan menjadi isteri kedua kepada pengerusi masjid, Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar. Majlis saya diadakan di masjid di ibu negara yang berwalikan bapa saudara dengan disaksikan keluarga sebelah bapa, mak saya, anak-anak dan dua teman rapat.


"Kami hanya berkenalan lima minggu saja sebelum dia menyatakan hasrat untuk mengahwini saya. Bagi saya, keputusan berkahwin sekali lagi bukan keputusan mudah. Apatah lagi menjadi isteri kedua. 

"Saya anggap ia adalah takdir dan jodoh. Kalau boleh diberi pilihan, saya pasti bukan ini pilihannya. Mungkin ramai yang mempertikaikan keputusan ini. Jawapan saya mudah, kalau memang saya nak kahwin dengan suami orang, dari dulu lagi selepas arwah suami meninggal dunia," katanya.

Ziela yang berkahwin dengan suaminya yang berusia 55 tahun berkata, perkahwinan itu bukanlah satu perancangan.

Foto: IG

"Sepanjang 11 tahun arwah suami meninggal, memang tidak pernah terbuka hati atau ada perasaan untuk berkahwin lagi. Apabila orang usik saya mengenai soal kahwin, saya akan berasa 'piss off'. 

"Sebenarnya, saya selalu cakap pada orang tak nak, takkan dan tidak mungkin berkahwin lagi. Tiga ayat ini akhirnya saya telan balik sebab Allah yang menggenggam dan membolak-balikkan hati saya.

"Jadi, pada saat saya terlalu cintakan arwah, ternyata Allah berkehendak lain. Allah hadirkan takdir lain untuk saya.

"Arwah sentiasa ada tempat yang istimewa di hati saya. Begitu juga cinta lain daripada orang lain iaitu suami kini akan ada di sisi lain dalam hati saya.

"Jadi, apabila berlakunya perkahwinan ini, ia bukan perancangan saya. Kalau tidak, masakan saya tunggu selepas 11 tahun arwah meninggal dunia baru nak kahwin. Bukan bidang kuasa saya mengenai jodoh. Apatah lagi semuanya berlaku dalam tempoh yang sangat singkat," katanya.

Ditanya kenapa baru sekarang dia terbuka berkongsi mengenai perkara itu, Ziela mengakui dalam situasi dilalui dia perlu menjaga hati banyak pihak membabitkan kedua belah keluarga.

"Rakan media yang rapat dengan saya sudah beberapa kali bertanya mengenai perkara ini. Tapi, saya cakap akan kongsikan apabila sampai waktu sesuai. Saya bukan jenis yang suka uar-uarkan sesuatu perkara terutama isu sebegini. Saya tidak bercakap mengenai perkara ini bagi menghormati keluarga suami iaitu isteri dan anak-anaknya.

"Tapi, apabila anaknya membuat ciapan di Twitter membabitkan saya dan hubungan ini, bagi saya dia tidak ada hak untuk buat kenyataan bagi pihak saya. Saya juga ada privasi tersendiri.

"Kalau betul mereka nak perkara ini didedahkan, biar daripada mulut saya sendiri. Bukan daripada mereka dan dengan cara sebegini," katanya.

Difahamkan, perkahwinan suami bersama isteri pertama dikurniakan enam cahaya mata.

Sementara, Ziela yang berkahwin dengan Tan Sri Megat Junid Megat Ayob pada 1991 dikurniakan dua anak iaitu Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah. Ziela juga mempunyai seorang anak angkat lelaki, Ibrahim Junid Abdullah. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 4-1-2021 11:45 AM
tt baru tau?
Quote krustykrab 4-1-2021 11:48 AM
EvieWanKenobi replied at 4-1-2021 11:45 AM
tt baru tau?

Aku pun baru tau
Quote MakcikLaksa 4-1-2021 12:02 PM
Dah kawen tu bgtau jela makcik oiii. Kn dh jd sush org dok bcerita sane sini ko kwen ke tidak ke. Last2 anak bgtau kt socmed. Ko kata xda hak plk dia nk bgtau. Smp bila ko nak simpan?? Ank ko pn msti dh stress kot org dok tanya2 dorang. Dh jd bini no2 tu hadap jela. Nk sorok2 pulak
Quote Rob07 4-1-2021 12:02 PM
kompangggg di paluuuu.. pengantin baru! Congrats! Jodoh  pertemuan di tangan Allah swt..biarlah dia bahagia dgn kehidupannya.. gitewwww
Quote TwelveThirteen 4-1-2021 12:10 PM
Rob07 replied at 4-1-2021 12:02 PM
kompangggg di paluuuu.. pengantin baru! Congrats! Jodoh  pertemuan di tangan Allah swt..biarlah dia  ...

Expired dah pengantin baru tu beb
Quote sarahmirza 4-1-2021 12:12 PM
Dah ada kan thread pasal ni....
Ketinggalan la TT
Quote edoraixora 4-1-2021 12:14 PM
"Tapi, apabila anaknya membuat ciapan di Twitter membabitkan saya dan hubungan ini, bagi saya dia tidak ada hak untuk buat kenyataan bagi pihak saya. Saya juga ada privasi tersendiri.


"Kalau betul mereka nak perkara ini didedahkan, biar daripada mulut saya sendiri. Bukan daripada mereka dan dengan cara sebegini," katanya.


maknanya, tak berbaiklah kan dgn keluarga madu.
boleh bawak bergaduh ni
Quote pxlbb 4-1-2021 12:15 PM
Saya setuju dengan acik Ziela.

Kalau nak didedahkan pun biarlah dengan English yang proper. Kalau tak, guna Bahasa Melayu aje.
Quote Rob07 4-1-2021 12:20 PM
TwelveThirteen replied at 4-1-2021 12:10 PM
Expired dah pengantin baru tu beb

Lebih kurang sebaya mak bapak aku  jer ni .
Tak pasal2 mak aku mengamuk  satu KL kalau aku kata dia dah expired hahahahaha
Quote chinta89 4-1-2021 12:28 PM
Dah ko x nk bgtau nape mcm nk salahkan anak tiri plk bila dia pun rengsa org asik tanya psl apak dia btui ka kawen itu awek heroin tarzan? Belah sana x buruk2kan ko dh cukup baik la oiiiii{:nose
Quote MadameOnion 4-1-2021 12:43 PM
alhamdulillah tahniah dato ziela jalil...takyah merisik, tunang, tersasul panggil sayang...tetiba selamat je...semoga kekal ke jannah
Quote electricopop 4-1-2021 12:51 PM
She masih laku ya. Tahniah lah...
Quote juruterra 4-1-2021 12:55 PM
sarahmirza replied at 4-1-2021 12:12 PM
Dah ada kan thread pasal ni....
Ketinggalan la TT

i pun baru tau..mana link?
Quote hidet 4-1-2021 12:56 PM
hensem laki sheolss..geng Pak syed ni kann
Quote Fly_over 4-1-2021 12:59 PM
chinta89 replied at 4-1-2021 12:28 PM
Dah ko x nk bgtau nape mcm nk salahkan anak tiri plk bila dia pun rengsa org asik tanya psl apak dia ...

tulah.. ank madu dia ckp elok2 je iols rasa. terima dgn tgn tbuka segala.. xperlu kot statement rengsek kt media. ckp kt laki nya je. jd btl la tu ada poromer ckp zj ni gaduh dpn rmh dgn madu dan pengerusi masjid.
Quote Fly_over 4-1-2021 01:01 PM
edoraixora replied at 4-1-2021 12:14 PM
maknanya, tak berbaiklah kan dgn keluarga madu.
boleh bawak bergaduh ni

ada poromer kt benang 1 lg ckp dorg ada gaduh kt dpn rmh. tp hrtu lg sblm viral yg ni.
Quote sarahmirza 4-1-2021 01:01 PM
juruterra replied at 4-1-2021 12:55 PM
i pun baru tau..mana link?

Ada thread psl.ni...tak ingat tajuk.apa..
Quote Mata.kucing 4-1-2021 01:08 PM
kenaper msti laki org acik oii sedap madu nih pd ko la acik..ko mmg xsnng tgk bini org hidup bahagia yer
Quote Pinokiok 4-1-2021 01:26 PM
Jadi no 2 seronok la cuba jadi isteri pertama..agaknya klau dia jadi pertama ade x dia meroyan..kat sini kesian kt isteri pertama berpuluh tahun hidup sejahtera bersama suami isteri tetiba nk kena share mcm2 pulok..haihh sabau jer la

Lihat semua komen(237)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.067004 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top