CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Bina Terowong Bawah Tanah, Terus Tembus Ke Rumah Skandal

2-1-2021 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5183| Komen: 37

Description: Bagi membolehkannya bertemu dengan kekasih gelapnya secara rahsia, seorang lelaki di Tijuana, Mexico sanggup membuat terowong bawah tanah ke rumah wanita itu.
Bagi membolehkannya bertemu dengan kekasih gelapnya secara rahsia, seorang lelaki di Tijuana, Mexico sanggup membuat terowong bawah tanah ke rumah wanita itu.

Antonio memanfatkan kemahirannya dalam bidang pertukangan batu untuk membuat terowong khas merentasi beberapa jalan dari rumahnya ke rumah kekasihnya, Pamela.

Memetik Oddity Central, terowong itu digunakan Antonio untuk bertemu Pamela ketika suami wanita itu, Jorge keluar bekerja.

Foto: Oddity Central

Namun, sesuatu di luar jangkaan berlaku apabila Jorge pulang lebih awal daripada biasa yang akhirnya membongkar rahsia pasangan kekasih gelap itu.

Jorge yang marah mengetahui kecurangan isterinya menemui pintu rahsia terowong di bawah katil mereka ditutup batu-bata.


Jorge dd di terowong rahsia itu yang membawanya ke rumah Antonio.

Lelaki terbabit bertengkar selepas Antonio merayu kepada Jorge supaya merahsiakan hubungan sulitnya itu daripada pengetahuan isterinya.

Isteri Antonio memanggil polis selepas melihat seorang lelaki aneh bergaduh dan memukul suaminya di rumah mereka. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 2-1-2021 11:06 AM
Demi sebuah terowong nikmat..sanggup gali terowong..hebatnya muncul bawah katil terus..
Quote cmf_premierleag 2-1-2021 11:08 AM
wow sanggup tu antonio ni gali tunnel utk berselingkuh dgn pamela
maybe pamela ni sgt hebat di ranjang sehingga antonio sanggup buat apa saja demi cintanya pada pamela
apa kesudahan kisah cinta mereka ini? saksikan telenovela ini setiap isnin hingga rabu, jam 4 ptg di saluran ceria anda, NTV7
lagu OST telenovela ini ialah Cuando seas mia by son by 4
Quote ninja9 2-1-2021 11:09 AM
lubang sampai bawah katil tu. takkan selama ni tak perasan
Quote rosmahisham 2-1-2021 11:10 AM
Hebat n kreatifnye, demi skandal sanggup tu.. maruah laki di tapakkaki kan dek bini nye..terowong dr bwh katil tu..
Quote Punat_button 2-1-2021 11:24 AM
cmf_premierleag replied at 2-1-2021 11:08 AM
wow sanggup tu antonio ni gali tunnel utk berselingkuh dgn pamela
maybe pamela ni sgt hebat di ranj ...

Komen terbaik

Tak tau lah siapa punya kencing wartawan cari ka harian metro.
Quote Scheherazade 2-1-2021 11:26 AM
Where there's a will, there's a way.
Quote Tinot7 2-1-2021 11:49 AM
cmf_premierleag replied at 2-1-2021 11:08 AM
wow sanggup tu antonio ni gali tunnel utk berselingkuh dgn pamela
maybe pamela ni sgt hebat di ranj ...

[youtube]KavBLmcPtWw[/youtube]
Quote cmf_premierleag 2-1-2021 11:52 AM
Tinot7 replied at 2-1-2021 11:49 AM

ayuh kita karok sesama
Quote cmf_premierleag 2-1-2021 11:54 AM
Punat_button replied at 2-1-2021 11:24 AM
Komen terbaik

Tak tau lah siapa punya kencing wartawan cari ka harian metro.

pastu nanti muncul lak watak2 antagonis yg cuba utk pisahkan antonio dan pamela spt  org kaya Lisandro serrano sulbaran yg berpakat dgn adiknya, Barbara serrano sulbaran
tu blom lg ada watak2 badut yg akan menceriakan stp episod spt nicholas mora
Quote ChildrenOfBodom 2-1-2021 11:57 AM
Come on and take a low ride with me girl
On the tunnel of love
Quote dua_chzy 2-1-2021 12:02 PM
cmf_premierleag replied at 2-1-2021 11:08 AM
wow sanggup tu antonio ni gali tunnel utk berselingkuh dgn pamela
maybe pamela ni sgt hebat di ranj ...

[youtube]ouXJkY-A2h4[/youtube]

Quote Itzy 2-1-2021 12:04 PM
Semoga ko dgn gf curang ko kena covid19. Bangang bin bahlol
Quote Itzy 2-1-2021 12:07 PM
Kalau antonio masuknpenjara pasnindia buatbterowong gali lubang keluar dari penjara. Jadi tembak mati je antonio ni, kang ramai bini orang dia rogol.
Quote shernazz 2-1-2021 12:32 PM
ninja9 replied at 2-1-2021 11:09 AM
lubang sampai bawah katil tu. takkan selama ni tak perasan

Lqki dia jenis malas spring cleaning kot..haha
Quote ultra78 2-1-2021 12:35 PM
Usaha tangga kejayaan
Quote Artemesiaa 2-1-2021 12:41 PM
Demi cinta terowong pun sanggup digali katanya
Quote Supersirap 2-1-2021 12:52 PM
Kerana sayang, lautan api sanggup direnangi
Quote becir 2-1-2021 01:04 PM
Kosser la low class nya skandal Gali terowong..alang2 nak curang carikla yg mampu sewa hotel 4 Bintang Gil nak berselingkuh
Quote lavendernovella 2-1-2021 01:09 PM
Kerana cinta lautan api sanggup ku redahi. Setakat gali terowong apa la sgt {:smile

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.056237 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top