CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sedar Diri Dah Tua, Rohana Jalil Tak Nak Sertai Gegar Vaganza

29-12-2020 02:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9733| Komen: 73

Description: Biarpun sudah beberapa kali dipelawa menyertai program Gegar Vaganza (GV), penyanyi era 1980-an, Rohana Jalil nekad untuk tidak terbabit dalam program realiti itu.
Biarpun sudah beberapa kali dipelawa menyertai program Gegar Vaganza (GV), penyanyi era 1980-an, Rohana Jalil nekad untuk tidak terbabit dalam program realiti itu.

Rohana berkata, selain faktor usia dia juga tidak mampu berhadapan dengan kecaman netizen.


"Memang ada jemputan untuk terbabit dalam GV, tapi saya tak akan masuk. Lagipun usia saya sudah 65 dan tahun depan 66 pula. Setakat menyanyi atas pentas membuat persembahan itu tiada masalah, tetapi bukan untuk bertanding. 

"Lagipun saya tahu macam mana perjalanan dan komitmen yang diperlukan kerana ramai kawan artis sudah sertainya sebelum ini. Saya juga bimbang kalau tidak boleh nak ikut. 

"Komen netizen pun macam-macam. Saya bukan tidak boleh terima kritikan, tetapi mungkin sebab saya sudah berusia. Kilafairy dan anak-anak lain pun memang tak setuju kalau saya masuk GV," katanya.

Foto: IG
Menurut Rohana, dia mengakui ada menerima pelawaan untuk terbabit dalam GV8, tetapi memilih untuk tidak menyertainya. 

"Mereka ada juga panggil untuk tahun depan, tetapi saya pilih untuk tidak ambil. Tak naklah, dah tua. Saya suka berikan sokongan pada rakan artis bertanding. 



"Kalaulah ketika itu umur saya 50 tahun, mungkin boleh lagi dipertimbangkan tawaran itu," katanya yang bersyukur kerana tawaran nyanyian masih lagi ada. 

Dalam perkembangan lain, Rohana kini terlibat dalam perniagaan import dan eksport daging frozen dan mentah dikenali Rohana Jalil Resources Sdn Bhd dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan.  -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 29-12-2020 02:45 PM
yang gambau ngan Tok Kat,
dua2 rupa pelik..
Quote lolen 29-12-2020 02:45 PM
follower 60k,  likes baru 55/100++
terfollow tanpa sedar ke hat lain tuh?
Quote TomyamPuteh 29-12-2020 02:47 PM
Ratu fake kata Tushee
Quote exclusive_vvip 29-12-2020 02:47 PM
untung la dia..dijemput, then menolak..ada retis smpi dok berharap2 kena jemput.
Quote makneng 29-12-2020 02:52 PM
Oklah sedar diri and sedar ruang
Quote jerukkedondong 29-12-2020 03:06 PM
Kalau sedar diri dah berumur hakak ana tak kan pakai tudung mcm tu..
Apa fesyen tudung hakak tu..
Hakak cuba nak sailang yuna ke...
No..no..no..
Quote matseh 29-12-2020 03:11 PM
Jemputla Dato Hattan. M Nasir, Uji Rashid. Kazar.
Mawi knp x di jemput.
Quote fifie_olin 29-12-2020 03:11 PM
jgn la masok GV...aku takot tgk muka dia
Quote BicaraHatiku 29-12-2020 03:15 PM
filter tak henggat level langit ketujuh
Quote pencintaABC 29-12-2020 03:17 PM
Runcingnya dagu.. baguslah nek ana ada business daging frozen import. Tapi jgn campur2 daging kuda bagai ye macam malaun 40 tahun tipu sijil halal yg kantoi tu ye.
Quote AshKetchum 29-12-2020 03:34 PM
tak payah la nek. kang nanti ko mendiva merempan bagai ko jugak yang tak tahan kena kecam lepas tu netizen korek balik kisah2 lama ko
Quote Suchi 29-12-2020 04:00 PM
lolen replied at 29-12-2020 02:45 PM
follower 60k,  likes baru 55/100++
terfollow tanpa sedar ke hat lain tuh?

Rasanya mmg normal je like gitu, terutama follower dr Malaysia mmg susah nak like gambar kecuali post yg kontroversi.
Beza ngn orang indonesia dorang mmg suka like tak kedekut nk like tau.
Orang malaysia nak like payah, tp kalau post kat story ramai plk yg view.
Quote dudaberhias 29-12-2020 04:46 PM
lolen replied at 29-12-2020 02:45 PM
follower 60k,  likes baru 55/100++
terfollow tanpa sedar ke hat lain tuh?

kalau ig shop iols faham la even lazada tu pun 100 likes pun susah nak dapat walaupun followers 500k+.. tapi followers legit sebab lazada takkan beli followers fake, deorang pakai ads sahaja untuk dapatkan organic followers...

ni ig personal 60k followers tapi likes sikit... husnuzon je la kaka mungkin deorang follow sebab nak kutip coins
Quote JalaEmas 29-12-2020 04:48 PM
elokler.. dah tua2 ni buruk beno kalau masih terkinja2 ats stage..
Quote buragazz 29-12-2020 04:52 PM
matseh replied at 29-12-2020 03:11 PM
Jemputla Dato Hattan. M Nasir, Uji Rashid. Kazar.
Mawi knp x di jemput.

Uji Rashid memang lansung tak boleh rasanya.. tapi tak tau la kot dia teringin..

Klu dia masuk yang pening nak arrange music utk dia adalah Tok Ram sebab issue Yuna mintak dia ganti utk AJL
Quote beni_nikaido 29-12-2020 05:04 PM
tak pe...usia2 gini dok rehat je dirumah
Quote exclusive_vvip 29-12-2020 05:05 PM
Suchi replied at 29-12-2020 04:00 PM
Rasanya mmg normal je like gitu, terutama follower dr Malaysia mmg susah nak like gambar kecuali p ...

ye betul..I pun rasa org malaysia kedekut like..haha..tambah2 bbnu, like sesama geng je kot..mcm ada anak2 buah my husband’s side, ada yg mcm susah nak like kita nyer post (tapi I post pun x selalu la..hihi)..yg mana berkira like tu, takde nyer la I nak tlg promo@repost business kecil2an diorg..I ada la support beli, tapi tak promo la..hihi.. btw, i tringat masa nak masuk thn 2018..ada pasal azam..ada sorang forumer ni kata, azam dia nak like sebanyak boleh post orang lain kat fb..small act to make people happy..i terkesan jugak dgn kata2 dia tu..then,I buat mcm azam dia tu..start tahun tu I like sebanyak mungkin post memember n sedara mara..kecuali yg mana post sentap @ i rasa x proper tu, I x like la...turned out, I yg jadi more happy bila dok like post orang lain..timbul perasaan lebih merendah diri..smpi skrg, i berterima kasih kat forumer tersebut..
Quote Redmyvi 29-12-2020 05:32 PM
Umur2 cmtu elok dh berehat2.. takyah nk stress2 pasal pertandingan..
Quote msdummy.2018 29-12-2020 05:36 PM
TomyamPuteh replied at 29-12-2020 02:47 PM
Ratu fake kata Tushee

kenapa tushee ckp mcm tuh chuols

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.050191 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top