CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MINDEF, ATM Diserang Penggodam

29-12-2020 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4784| Komen: 25

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan berlaku serangan siber terhadap rangkaian data miliknya semalam.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, insiden itu telah dikesan Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) ATM.



Gambar hiasan

Bagaimanapun, beliau berkata, serangan itu hanya melibatkan segmen tertentu yang telah diletakkan di luar rangkaian sejak awal lagi dan tidak menjejaskan operasi portal sebenar.

“Sebaik serangan bermula, BSEP dan CDOC telah melaksanakan pengasingan trafik data bagi tujuan mengaburkan lokasi sebenar data-data berdarjah, seterusnya melindungi rangkaian yang menjadi sasaran penggodam.

“ATM juga menyedari wujudnya cubaan serangan siber yang berterusan terhadap rangkaian maklumat yang dimiliki pihak Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan ATM,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Affendi menegaskan aspek keselamatan siber ATM sentiasa bersiap sedia bagi memastikan segala ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan, dapat dikesan awal seterusnya ditangani sebaiknya.

“ATM sentiasa memantau dan mempertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa ke semasa, terutama melalui peranan BSEP dan CDOC, yang bukan hanya memperkukuhkan rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM malah melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan negara,” katanya.

Semalam, portal web ATM dipercayai telah digodam pihak tidak bertanggungjawab dengan mempamerkan gambar tidak senonoh di portal terbabit kira-kira 12 tengah hari.


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mooverine 29-12-2020 02:07 PM
Gambar tak senonoh? hehehe ada sesiapa sempat screen shot tak? Curious la nak tau gambar apa
Quote dodolgemok 29-12-2020 02:19 PM
Ni nak salahkan dapig, mat sabu, guanjeng, nuat atau atok? Mohon cacai2 sujud sembah
Quote kelapaparut 29-12-2020 05:57 PM
mesti penggodam dr tentera the peoples republic of China, mesti isu laut cine selatan ni..
Quote Skuau 29-12-2020 06:03 PM
Bahaya ni...kalo terdedah isu sensetif keselamatan dan pertahanan negara...bahaya nih...
Quote gigahertz 29-12-2020 07:50 PM
Skuau: Bahaya ni...kalo terdedah isu sensetif keselamatan dan pertahanan negara...bahaya nih...

Kalau dalam google.maps TUDM dengan TLDM x berapa nampak sangat basenya. Cuma nampak atas tapi exactly jalan dan lorong x tahu. I ada masuk TUDM 2 minggu lepas. Dia punya kuartes dalam tu pun nama mcm s**l kita kat luar ni aparment seroja la oasis kondo la . Dalam tu xde .
I paling susah hati kalau dapat order dari TLDM / TUDM
Quote AshKetchum 29-12-2020 07:52 PM
hacker bangsa claim kekdahnyer. gambar tak senonoh trisna ke tu?

Quote ifanonline 29-12-2020 07:52 PM
baguslah kena serang...sekali sekala kena serang apa salahnya? kalau tidak ATM tidooo...
Quote kakikuDibibirmu 29-12-2020 10:34 PM
ATM kena serang boleh keluarkan duit tunai tak?
Quote sidewinder 29-12-2020 10:46 PM
ifanonline replied at 29-12-2020 07:52 PM
baguslah kena serang...sekali sekala kena serang apa salahnya? kalau tidak ATM tidooo...

betul sgt tu......kalu tidak dia org ingat dia org power....mantap.....ni kalu kena attack at least budak2 IT dia org buat laa keje skit
Quote pyropura 30-12-2020 02:04 AM
Inilah menteri Umno serba gagal total:

- masa jaga Kpdnhep disurohnya org.tanam sayoq
-  masa jaga Mara, gagal total Mara Digital
- now jaga Mindef abis Atm system kena godam



https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2020/04/Untitled-94.jpg
Quote mbhcsf 30-12-2020 03:36 AM
takut jugaklah

sebab ini sistem pertahanan , sistem startegic i hope agensi tenaga atau apa apa yg penting kena alert lah . takut juga , dulu kan ada kes hascking dalam sistem kesihatan UK.  tak berapa lama dulu.


Quote najib888 30-12-2020 04:31 AM
Kalau hack2 sistem kerajaan Malaysia ni, selalunya geng2 hackers Indonesia. Mana ejalti?
Quote blastoff 30-12-2020 07:19 AM
pyropura replied at 30-12-2020 02:04 AM
Inilah menteri Umno serba gagal total:

- masa jaga Kpdnhep disurohnya org.tanam sayoq

dia berjaya promote baju batik..... walau got nothing to do dgn semua tugasan dia selama ni.
Quote blastoff 30-12-2020 07:24 AM
errrr are yussssure yg boh gambar2 tak senonoh tu penggodam? Mana tahu kan kot kot kerja org dlm sundrik..... sebab geram kat semail asyik dok promote baju batik je yg tawww hingga tak peduli tugasan sebenarnya.....
Quote kluangman 30-12-2020 08:10 AM
“Sebaik serangan bermula, BSEP dan CDOC telah melaksanakan pengasingan trafik data bagi tujuan mengaburkan lokasi sebenar data-data berdarjah, seterusnya melindungi rangkaian yang menjadi sasaran penggodam.

Tahniah pasukan cyber warfare ATM kerana bertindak menghalang serangan.

Serangan sememangnya akan sentiasa ada tetapi yang penting pertahanan.
Kita takkan lupa kata-kata nista di bawah.



https://www.astroawani.com/berit ... an-dan-tidur-214950
Quote izwan_izi 30-12-2020 08:23 AM
Alaa...stakat deface website je..
Quote ifanonline 30-12-2020 08:33 AM
kluangman replied at 30-12-2020 08:10 AM
Tahniah pasukan cyber warfare ATM kerana bertindak menghalang serangan.

Serangan sememangnya ak ...

truth hurts...benar kata2 yew yin apek longsai makan babi haram ni...terima lah sebagai kritikan membina...tiada siapa yg suci atas muka bumi ni...hanya Allah swt yg maha esa dan maha kekal...
Quote kluangman 30-12-2020 08:46 AM
izwan_izi replied at 30-12-2020 08:23 AM
Alaa...stakat deface website je..

Banyak sebenarnya kerja mereka ni. Hari-hari ada orang cyber attack Malaysia cuma yang ni je orang ramai tahu sebab dia attack public website.

Contoh mcm GPS jamming, frequency listening, radar jamming, encyryption dsb.
Quote husna_amal 30-12-2020 11:13 AM
hacker balas dendam pasal lagu parodi indonesia raya lah tu.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.216499 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top