CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Orang Lain Juga Kita Minta Maaf Kerana Jalan Berlubang," - Timbalan Menteri Kerja Raya

29-12-2020 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3606| Komen: 25

"Tidak ada isu permohonan maaf kepada Khairy (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin) kerana kita juga ada buat permohonan maaf dalam kes lain sebelum ini. Saya harap ia tidak disensasikan lagi.


"Kalau ikutkan, jalan berlubang ini ada di mana-mana dan saya perlu meminta maaf setiap hari kerana perkara ini. Tetapi kita tumpu untuk pembaikan demi kebaikan bersama," kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith.

Katanya, isu berkenaan tidak perlu disensasikan kerana tumpuan Jabatan Kerja Raya (JKR) ialah bagaimana menyelesaikan aduan diterima untuk keselesaan rakyat.

Beliau berkata, kementeriannya memerlukan lebih daripada RM1 bilion untuk membaiki jalan berlubang di seluruh negara setiap tahun dan peruntukan sedia ada tidak mencukupi.

Kredit foto: Twitter


Menurutnya, JKR sudah membuat kajian bagi memastikan jalan berlubang dibaiki dengan kadar segera demi keselamatan pengguna jalan raya.

"Kita ada aplikasi terima aduan dan memastikan tiada lagi jalan berlubang, tetapi untuk memastikannya ia selesai dalam kadar segera, tak bolehlah. Ia mengambil masa.

"Saya secara peribadi berpendapat permohonan maaf itu tidak perlu dibuat secara terbuka sebaliknya hanya ditujukan secara peribadi kepada Khairy sendiri, itu lebih baik.

"Dalam kes di Tebrau sebelum ini, kita ada memohon maaf juga. Saya sendiri turun melihat keadaan di situ. Soalnya bukan kepada menteri saja, kepada orang lain juga kita minta maaf," katanya kepada Harian Metro.

Ahad lalu, Khairy dilaporkan cedera selepas terjatuh daripada basikal akibat terlanggar lubang jalan.


Kejadian berlaku di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting, Selangor ketika Ahli Parlimen Rembau itu sedang menunggang basikal di kawasan itu.

Susulan itu, JKR Hulu Langat mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada Khairy yang mendapat kecaman netizen yang menyifatkan ia sebagai layanan berat sebelah. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ChildrenOfBodom 29-12-2020 01:20 PM
Begitulah adat kat Malaysia...Kalau nak masalah2 dalam Malaysia ni settle, masalah ayaq ka jalan ka kena ramai lagi menteri dan vvip yang kena masalah tu directly seperti eksiden dan mampus.. kalau takat rakyat yang kena ni sampai 7 keturunan pon tak selesai...
Quote baghal_bortuqal 29-12-2020 01:32 PM
Kene ripot jkr daerah ni
Quote cashewnut 29-12-2020 01:33 PM
Wow tak ada langsung rasa guilty and empthy ye politician hansap ni, yang jatuh meninggal sebab lubang tak ditampal. Double standard sungguh layanan. Why not saman je department yang tak buat keroja sampai berbulan-bulan lubang makin besar sampai claim nyawa.
Quote tripleid 29-12-2020 01:39 PM
sembang babi terbang
Quote harkktuih 29-12-2020 01:47 PM
Kita ada aplikasi terima aduan dan memastikan tiada lagi jalan berlubang, tetapi untuk memastikannya ia selesai dalam kadar segera, tak bolehlah. Ia mengambil masa.


And yet dlm kes kj tak sampai 24 jam settle.. Sembang ngalah babi boleh terbang ke bulan..
Quote merrissa 29-12-2020 02:17 PM
harkktuih replied at 29-12-2020 01:47 PM
Kita ada aplikasi terima aduan dan memastikan tiada lagi jalan berlubang, tetapi untuk memastikannya ...

byk sgt jalan berlubang...aduan hanya tinggal aduan

wpon ada ISO...boleh je tipu...keje tak settle pon ckp dh settle...siap edit sistem lagi...lps tu bukan main dalam audit report, 100% aduan selesai JAYAnya! Haktuih! Main tipu boleh ar...
Quote MissyMolly 29-12-2020 02:19 PM
baghal_bortuqal replied at 29-12-2020 01:32 PM
Kene ripot jkr daerah ni

Wakakaaa lawak sia!!!
Quote merrissa 29-12-2020 02:22 PM
harkktuih replied at 29-12-2020 01:47 PM
Kita ada aplikasi terima aduan dan memastikan tiada lagi jalan berlubang, tetapi untuk memastikannya ...

teringat kes menteri komen internet slow

bukan main laju responnya

cuba rakyat marhain....auto reply je...x abis2...kesesakan kesesakan network #celcomhampeh
Quote c===8 29-12-2020 02:36 PM
syabas kj kerana sanggup cederakan diri sendiri supaya jkr lebih perihatin akan keterukkan jalan2 di negara kita
Quote bulalof 29-12-2020 03:01 PM
kalau ramai lagi vvip yg kena 'bala' mungkin permasalahan rakyat yg tertangguh selama ini boleh diselesaikan.
Quote aint 29-12-2020 03:04 PM
huh... bye menteri kerja raya
Quote Queenmastani 29-12-2020 05:28 PM
Owhh ada babi terbang ghupenye arini..tinggi plak tu terbang
Quote kerabuBiru 29-12-2020 05:49 PM
Tahekkkk kucemmm
Quote PEPPERMAN 29-12-2020 07:07 PM
1 biilion untuk atasi jalan berlubang?
Jalan raya seantero Malaysia ni mmg level awal merdeka ke?
Quote underground 29-12-2020 08:22 PM
ahh korang pun sembang.

bro lando juga laju buat keje.
Quote Oroi8887 29-12-2020 08:52 PM
Ada sorang tu, masa kempen pilihan raya, kemain masuk kampung   pung pang2. Tapi naik heli ya. Bukan kereta. Mana la blh rasa kesusahan org kampung yg trpaksa meredah jalan yg teruk. Jalan tu mcm2 lubang ada. Poyo je semua
Quote tengkujuh01 29-12-2020 09:15 PM

"Kalau ikutkan, jalan berlubang ini ada di mana-mana dan saya perlu meminta maaf setiap hari kerana perkara ini. Tetapi kita tumpu untuk pembaikan demi kebaikan bersama," kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith.

Harap datuk jumpa jalan berlubang....pastu datuk pun tergolek ke dalam lubang

[img]

Quote Zazama 29-12-2020 11:54 PM
Bukan hanya jalan berlubang. Kiri kanan mewah dgn lampu jalan. Bila malam lampu jalan tak jalan. Mcm nak bgtau itu cuma hiasan. Dok kerah mata bila malam. Takut2 terlibat kemalangan. Hati pun jadi debar sebab mcm2 boleh jadi atas jalan.
Quote pyropura 30-12-2020 02:52 AM
Kj ni sengaja nak malukan kerajaan Melayu islam yer? Sejak bila jadi ejen Dap?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.088272 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top