Pada tahun 1896, anak patung yang menakutkan ini milik seorang kanak-kanak bernama Robert Eugene Otto di Key West, Florida. Anak patung itu diberi kepada kanak-kanak itu oleh seorang pembantu rumah Robert yang mengamalkan ilmu sihir, dan tidak suka kepada keluarga majikannya.
Robert sukakan anak patung itu, dan sering bercakap-cakap dengan patungnya. Semakin lama, pembantu-pembantu rumah yang lain mula merasakan ada yang aneh dengan anak patung tersebut. Dakwa mereka, mereka ada kalanya mendengar sendiri anak patung itu membalas kata-kata Robert. Tidak lama selepas itu, anak patung itu mula bikin onar, dan Rober yang ketakutan akan mengatakan dia tidak terlibat. Bilik-bilik diselerakkan, pasu-pasu dipecahkan, dan Robert telah dipersalahkan walaupun dia kelihatan benar-benar takut dan mendakwa semuanya ialah perbuatan anak patung tersebut. Robert telah mewarisi rumah tersebut dan meninggal dunia pada tahun 1972, jadi rumah itu kemudiannya dibeli oleh satu keluarga lain. Ahli keluarga itu, seorang budak perempuan telah terjumpa patung itu di loteng rumah, dan serta mesra berasa takut dengan patung itu. Katanya, patung itu hidup dan mahu membunhnya.
Anak patung itu akhirnya diletakkan di sebuah galeri seni dan muzium sejarah di Key West, di mana ia terus dipamerkan sehingga hari ini. Memang aneh, kerana legenda mengatakan yang anak patung itu boleh menyumpah manusia. Muzium itu turut mempamerkan surat-surat dari individu yang mendakwa telah ‘disumpah’, meminta maaf kerana mengambil gambar anak patung tersebut tanpa meminta izin darinya dan meminta mereka dibebaskan dari sumpahannya. |
ADVERTISEMENT