CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"I Love You My Dear Lillahita'Ala," -Tweet Tunang Arwah Naim Hariri Buat Netizen Sebak

28-12-2020 01:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4216| Komen: 17

"I love you my dear Lillahita'ala. Kau ampunkan dosa-dosa kami ya Allah, beri jalan buat kami ya Allah. Hanya kepada-Mu aku berserah. My dear dah janji nak jaga sayang, baliklah dear"


Demikian ciapan penuh meruntun hati yang dikongsikan Fatin Nabila Huda Ismail di Twitter, sehari selepas tunangnya, Allahyarham Naim Hariri Kamaruddin hilang selepas mandi di Pantai Kelulut, Marang, pada Jumaat.

Rata-rata pengguna Twitter turut sama menzahirkan rasa sedih dan simpati mereka di atas tragedi yang menimpa tunang wanita itu.


Malah mereka juga mendoakan supaya wanita itu dan ahli keluarga mangsa tabah dengan berita duka yang berkenaan.


Allahyarham Naim, 31, yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur datang bersama ahli keluarga ke daerah ini untuk melangsungkan pernikahan bersama Fatin Nabila yang dijadualkan pada Sabtu.

Allahyarham dikatakan mandi di Pantai Kelulut sebelum ditarik ombak kira-kira jam 6.40 petang Jumaat.

Mayat Allahyarham ditemui pasukan penyelamat terdampar di tepi pantai Kampung Alur Tuman, Marang jam 8.55 pagi Ahad, kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dilaporkan lemas.

Dalam ciapan terbaharu, Fatin Nabila turut meluahkan rasa sedih dengan berita pemergian bakal suaminya itu, namun dalam masa yang sama menyatakan dia reda dengan ketentuan takdir Ilahi.


Foto: Twitter
"Lapangkan hati ini Ya Allah untuk reda dengan ujian-Mu, dear dah selamat di sana, syahid meninggalkan dunia. Ramai doakan dear. Tinggal sayang dekat sini untuk teruskan hidup.

"Semoga nanti sayang juga meninggal dengan husnul khotimah. Pengakhiran yang baik seperti dear. Allah sayang kita berdua, Allah sayang semua.

"Terima kasih atas doa dan ucapan dari semua, saya tak mampu nak balas satu-satu. Semoga Allah juga menjaga kita semua, agar hati tetap padanya. Ampunkan khilaf kami berdua," tulisnya lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 28-12-2020 01:24 PM
Manis muka arwah... Semoga tunang pun jangan la nak limelight dari kejadian ni macam tunang arwah adib
Quote missyL 28-12-2020 01:51 PM
Kurex: Manis muka arwah... Semoga tunang pun jangan la nak limelight dari kejadian ni macam tunang arwah adib

{:spec

I pn rase arwah sejenis yg cool. Dr raut muka nmpk org baik2..
Semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman.. Aminn..
Sedih btol tgok berita pasal mereka...
Quote Redmyvi 28-12-2020 02:14 PM
semoga keluarga arwah dan tunang diberi kekuatan melalui ujian ini..
Quote Artemesiaa 28-12-2020 02:15 PM
Kadang hal peribadi tak perlu diketahui umum sebab takut harap dapat simpati tapi yang dapat kejian
Quote dua_chzy 28-12-2020 02:19 PM
Edited by dua_chzy at 28-12-2020 02:22 PM

Akak taw suma orang ada coping mechanism tersendiri.

Tapi sampai sekarang akak tak berkenan berdoa di socmed or tunjuk sedih ka sebak hati ini dengan karangan berjela di socmed. Ko memang hadap likes kan.
Quote gorjeous 28-12-2020 02:25 PM
Doakn yg terbaik untuk mereka...
Quote husna_amal 28-12-2020 03:38 PM
Kesiannya. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Quote EvieWanKenobi 28-12-2020 04:02 PM
semoga ditempatkan bersama golongan beriman..
Aamiinnn..

hensem juga arwah..
Quote Ara_roro93 28-12-2020 04:19 PM
Salam Takziah , innalillahiwainnailaihirojiunn ... al-fatihah (dibaca utk yg muslim)

Iras Rashidi Ishak muka arwah , nampak tenang sejuk mata memandang mesti ambik masa tunang arwah nk recover/move on nie ... semoga Allah permudahkan segala urusannya. Aamiinn,
Quote trisnalovezul 28-12-2020 07:36 PM
moga kamu diberikan kesabaran ya sis
Quote kambinggila 28-12-2020 11:11 PM
innalillah, salam takziah
Quote zie_indah 28-12-2020 11:59 PM
Anak sedara kak ani arwah kan tgk kak ani @noraniza update.. alfatihah
Quote mummyNSA 29-12-2020 02:11 AM
Salam takziah utk keluarga arwah
Quote Limao 29-12-2020 08:04 AM
Memang kena berdoa kat socmed eh?
Quote mizzmimi 29-12-2020 11:07 AM
dua_chzy replied at 28-12-2020 02:19 PM
Akak taw suma orang ada coping mechanism tersendiri.

Tapi sampai sekarang akak tak berkenan berd ...

Same here kaka..
Quote Megikari 29-12-2020 12:53 PM
Perlu ke berdoa kat twidder? Ke memang bertuhankan socmed?
Quote Kakaklawa 29-12-2020 11:49 PM
Moga tabah la hendaknya... Berat betul ujian

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.093643 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top