CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Rakam Jenazah Kawan Baik Macam Video Percutian," -Instafamous Teruk Kena Kecam Tampil Beri Penjelasan

24-12-2020 12:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9155| Komen: 54

Khabar duka buat Instafamous, Hafiz Mahamad apabila sahabat baiknya yang menghidap strok dijemput Ilahi pada Selasa.

Usahawan itu sebelum ini mendapat perhatian antaranya kerana sanggup membatalkan mesyuarat dan menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kelantan untuk mengangkat sahabatnya yang tidak dapat berjalan dan seterusnya dibawa ke hospital bagi menerima rawatan.


Malah, beliau juga pernah menghadiahkan arwah sebuah kerusi roda elektrik bagi memudahkan pergerakan sahabat baiknya itu.

Foto: IG

Susulan pemergian sahabatnya itu, Hafiz sekali lagi menaiki penerbangan ke Kelantan untuk menguruskan jenazah sehingga selamat dikebumikan.

Antara luahan Hafiz terhadap arwah yang dipanggilnya sebagai Loh: “Loh, aku dah laksanakan janji aku dekat mu sebagai sahabat. Dari mu sakit sampai ke penamat, aku ada dengan mu. Sebab apa?




"Sebab aku tahu mu nampak aku dan aku nak mu tahu aku betul-betul nak jadi sahabat mu dunia akhirat. Tiba waktu aku nanti Loh. Selepas mu tarik keluarga ke syurga, tariklah aku ke syurga wahai sahabat. Tenanglah mu kat sana," tambah Hafiz.

Menerusi video yang dikongsikan Hafiz di laman Instagramnya, menunjukkan beliau menguruskan dan mengimamkan solat jenazah, memandu van jenazah dan menguruskan pengebumian sehingga memasukkan jenazah ke liang lahad.

Rata-rata netizen memuji Hafiz sebagai seorang yang setia dalam persahabatan, namun tidak terkecuali segelintirnya kurang senang dengan video yang dilihat mereka seperti sebuah 'dokumentari' itu seperti tidak sensitif terhadap jenazah dan keluarga arwah.


"Demi sebuah content," komen salah seorang netizen yang mendakwa video yang dimuatkan Hafiz sebagai satu kandungan di media sosial.

Hafiz atau nama sebenarnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamal tampil menjelaskan dakwaan netizen dan kecaman lain yang hangat diperkatakan di media sosial.

"Saya menjaga dia sejak awal dia sakit, saya call dia dan keluarga setiap hari ketika dia tak sedarkan diri. Sekarang bila dah tak ada (meninggal dunia), saya cuba jaga keluarga dia pula.


Via mStar Online

"Alhamdulilah keluarga dia minta saya gantikan tempat 'sahabat' untuk masuk menjadi keluarga mereka. Di mana demi sebuah content atau marketing (pemasaran)?

"Saya tak pandai nak bentang hadis, saya kurang ilmu agama. Sayang, saya ada sahabat ramai dalam media sosial dan selama ni tak mampu nak kongsi benda yang baik sebab kurang ilmu agama.

"Tapi, saya tak boleh nak tunggu untuk jadi perfect (sempurna). Walaupun kurang ilmu agama, saya usaha untuk kongsi benda baik yang boleh diikuti. Sebab dulunya saya berubah kerana ada posting yang baik," ujar usahawan berusia 27 tahun itu di ruangan komen.


Bagaimanapun, Hafiz yang berasal dari Kelantan itu tidak menyalahkan netizen tersebut atau mana-mana pihak lain berhubung isu yang dibangkitkan.

"Bukan salah kamu dan orang lain. Itu cara kamu melihat saya dan saya terima. Ada yang melihat dan dapat manfaat. Ada yang melihat dan nampak saya yang bukan-bukan.

"Apapun, saya minta maaf dan saya tahu niat hati sebenar saya. Saya minta maaf dan terima kasih," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 24-12-2020 12:47 PM
Apa yg buatkan dorang femes selain kebodohan????
Quote LadyCarefree 24-12-2020 12:57 PM
Oklah kawan xsempat kerja dgn dia dn jual produk tk.

Btw, meleis dgn tarik menarik masuk syurga ni dh makin kemain. Dgn boleh beli saham akhirat lagi. Hehe
Quote Tinot7 24-12-2020 12:58 PM
Perlu ka buat bideo? Famili mamat tu ok kott..
Quote Beribear 24-12-2020 01:11 PM
Inna lillahi wainna ilaihi rojiun. AlFatihah utk arwah & salam takziah buat fmly arwah. Tak patut lah rakam mcm tu. Hmm apa2 jelah
Quote sarah82 24-12-2020 01:19 PM
Dia punya gebang.. Mcm dia lebih penting dari keluarga arwah sbb tu tgg dia..
Quote doubleA 24-12-2020 01:22 PM
Buat baik takpayah rekod malaikat tak pernah tido utk mencatat segala baik buruk. Ni purposely buat dokumentari utk pujian manusia?

So sick. Pathetic. Kalau takda soc media tak boleh hidup ke?
Quote Artemesiaa 24-12-2020 01:23 PM
Bila dah lupa tentang adap dan sopan dan hormat keluarga kawan serta hanya pentingkan perhatian diri dengan harapan dapat banyak pujian macam itulah jadinya.  
Quote exclusive_vvip 24-12-2020 01:27 PM
xleh blah sbb dari epot dah siap soh org rakam
Quote NurAlia14 24-12-2020 01:32 PM
exclusive_vvip replied at 24-12-2020 01:27 PM
xleh blah sbb dari epot dah siap soh org rakam

Itu la sbbnye org mrh sbb dr epod kikiki
Quote EvieWanKenobi 24-12-2020 02:53 PM
perlu ke tayang vedio segala amal yang dibuat?
Quote kucingitam 24-12-2020 03:04 PM
dia bisnes apa? founder kah? biasanya businessman y betul2 gigih bisnes takde masa nak video2 tik tok segala ni
Quote husna_amal 24-12-2020 03:05 PM
Nampak baik budak ni rupanya...kalau saya tengok ok je cuma tak pasti apa pandangan keluarga arwah. Sedikit sebanyak kita kena jaga sensitivi pelbagai pihak.
Quote azimodin 24-12-2020 03:12 PM
LadyCarefree replied at 24-12-2020 12:57 PM
Oklah kawan xsempat kerja dgn dia dn jual produk tk.

Btw, meleis dgn tarik menarik masuk syurga n ...

Haha.. Tarik2, beli2 saham mmg tepat. Masa anak iouls meninggal ada orang siap cakap depan2 "untung kau dapat tiket free masuk syurga. Aku jeles dengan kau". Macam haram perangai. Ingat anak aku tu pawn dapat tiket free masuk funfair ke hape.
Quote azimodin 24-12-2020 03:13 PM
Pathetic attention seeking prick. Asal boleh nak menular. Apsal ko x setup camera dalam kubur terus, boleh la tengok live apa yg berlaku
Quote lavendernovella 24-12-2020 03:41 PM
Kita tak tau apa niat dia. Husnuzon jer lah.
Tapi ada beberapa perkara elok yg boleh jadi teladan yg dia tunjukkan ,

Dia jadi imam solat jenazah. (Mungkin family sahabatnya tu bagi kebenaran jadi imam solat jenazah). Kalau tgk kes2 lain sapa jer yg boleh kan? Sedangkan anak lelaki sendiri time mak pak meninggal tetap tak mau jadi imam solat jenazah kan, padahal simple jer, pun tak berani nak buat, yg jadi penonton pun ada tak mau masuk saf. Rugi betul. Ko lelaki sihat tubuh badan bukan period pun.

Dia berniat jadi sahabat dunia dan akhirat. Dan dia betul2 tunjukan komitment itu. Yg ni mmg rare , lagi2 zaman skg ni. Untung sapa yg dapat sahabat yg komited dalam persahabatan.
Quote She-Ra 24-12-2020 03:58 PM
Edited by She-Ra at 24-12-2020 04:00 PM

cuba yg buat tu rakyat marhaen followers 1k je, takdenya org nk kecam
gituuuuuuuuuuu

ikutkan sebenarnya ok je cuma lebih elok dia simpan utk diri sendiri bkn utk tatapan umum
tu silap dia. dh la instapemes, makanyaaaa mmg mengundang la walaupun  niat dia baik
mungkin sahabat2 rapat dia ok je dgn apa yg dia buat sb itu adalah dia, segala benda tepek kt socmed..
kalau meols, mampu ambik gamba/record semasa van bergerak membawa jenazah ke kubur
tu je laa
tak gigih teman nak suh org record dr awal sampai abis
udah aku pn nk kena berlakon.. ehh tidakleeee.. takde masa nk mikio content

apapun marilah kita berhusnuzon

Quote kakigebang 24-12-2020 05:10 PM
akuyakin  hafiz ni ikhlas bukan sbb lapar like, nk cari sahabat camni bukan senan bikn stakat ziarah timesakit je lps sakitpun ziarah tgk imamkan solat jenazah...kits yg dik kecam ni boleh buatke ke? aku yakin cobtent ni dsh ditgk dan diizinkn oleh keluarga arush sahabatnya...sekurang2nya adatimbulkan kesedaran padakitayg masih hidup, orh lainn aku tak pasti tp aku agak terkesan gak tgk video ni sshabat sejati tumasih ada.alfatihah untuk arwah
Quote depresio 24-12-2020 05:24 PM
Pada aku dia bukan nak tunjuk dia buatbaik
Tapi nak tunjukkan betapa sygnya dia pada arwah..

Quote Megikari 24-12-2020 05:39 PM
Yelah.. Yelah..

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.240938 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top