CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kemungkinan Besar Alien Wujud Di Planet Zuhrah - Nature Astronomy

22-12-2020 02:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2827| Komen: 9

Description: Macam-macam benda berlaku pada tahun 2020 ni.



Macam-macam benda berlaku pada tahun 2020 ni.

New York Times melaporkan kajian terbaharu Nature Astronomy mendapati kemungkinan besar ada kehidupan (alien atau makhluk asing) di Venus ataupun planet Zuhrah.

Dapatan itu berdasarkan terdapat fosfina di atmosfera planet itu, sebuah gas yang terbentuk daripada kehidupan mikrob di bumi.

Semua ini mungkin membuktikan terdapat kehidupan di planet Zuhrah, tapi tak semestinya dalam bentuk alien seperti dekat filem tu.

Wow! Tapi ramai yang menganggap berita ini sebagai satu jenaka, untuk melepaskan stress yang dihadapi akibat pandemik dan lockdown.




Bagaimanapun fosfina yang terdapat di planet itu tidak bermakna ada alien sedang melepak di atas awan Zuhrah, namun setakat ini tiada penjelasan selain wujud alien di planet itu.

Berita ini sudah pasti menggembirakan seorang ahli astronomi Amerika Syarikat, Carl Sagan (1934-1996), yang meramalkan terdapat kehidupan di Zuhrah pada 1967.

Sagan merupakan penyampai rancangan astronomi popular di saluran PBS, Cosmos dan juga penulis buku yang menginspirasikan filem makhluk asing, Contact (1997).

Banyak yang ditulis Sagan yang sangat teknikal dalam bahasa sains-nya tapi apa yang pasti, dia sudah meramalkan satu hari kita akan jumpa kehidupan mikrob di atmosfera Zuhrah, berdasarkan kajian ke atas planet yang hampir sama dengan bumi itu.

Kita tak bersendirian di alam semesta ini? 



Sumber : rancaktv.com


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 22-12-2020 06:12 AM
Apa itu alien .......
Quote slyfynx 22-12-2020 07:09 AM
Aiyo wartawan cari.
Thread mcm ni dah berbulan lepas ade.
Isu ni pun dah basi gile dah.
Baru kuar dr gua ke hape ni
Quote Tinot7 22-12-2020 07:52 AM
Mcm berita basi je ni...
Quote batmana 22-12-2020 07:55 AM
Ade alien ke. Tapi KWSP tkle kluar..takde gune nya pun..
Quote bulalof 22-12-2020 08:22 AM
the truth is out there...
Quote songhara1226 22-12-2020 09:42 AM
slyfynx replied at 22-12-2020 07:09 AM
Aiyo wartawan cari.
Thread mcm ni dah berbulan lepas ade.
Isu ni pun dah basi gile dah.

Haha iolls rasa kalau alien dah habis menjajah bumi, wartawan cari mesti baru update pasal kewujudan alien di angkasa sana tuu  
Quote husna_amal 22-12-2020 09:56 AM
Dari dulu lagi dah kecoh ada alien ni , so tak kisah sangat dah.
Quote zulka 22-12-2020 10:04 AM
aku dah lama tau, memang ada kehidupan lain di planet lain..
pernah lepak dgn dorang
Quote cepheid 22-12-2020 10:07 AM
Jumpa trace of phosphine ja pun. Tu pun ramai argue benda ni dah lama ada dan kuantiti sikit saja.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.096233 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top