CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerang 'Gasi' Juadah Istimewa Di Pantai Batu Buruk

22-12-2020 02:24 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6915| Komen: 33



Kerang gasi yang siap dimasak sedia untuk dihidangkan kepada pelanggan.



KUALA TERENGGANU - Saiznya yang luar biasa besar serta jarang ditemui menjadikan menu kerang gasi (gergasi) bakar di gerai Penyu Corner yang beroperasi di Pantai Batu Buruk di sini istimewa sekali gus menarik perhatian pengunjung.

Uniknya, saiz kerang di gerai makan itu ada yang mencecah saiz 20 sentimeter menjadikan ia antara kerang terbesar pernah dijual di sini.

Pemilik gerai makanan Penyu Corner, Rohana Omar, 48 berkata, terdapat tiga saiz kerang yang dijual di gerainya iaitu besar (AAA), sederhana besar (AA) dan sederhana (A).

"Permintaan terhadap kerang bergantung kepada citarasa pelanggan, ada yang gemar kerang saiz kecil, ada juga yang sukakan kerang bersaiz besar kerana rasa dagingnya lebih kenyal dan isinya yang tebal.


"Saiz hidangan sama sahaja kerana di sini kita memang jual kerang gasi. Bagi pelanggan yang tidak gemarkan kerang terdapat menu lain yang turut disediakan di sini," katanya.

Rohana berkata, kerang yang dijual pada harga RM15 semangkuk itu biasanya habis dijual sebaik gerai beroperasi bermula jam 4 petang hingga 10 malam.


Terdapat tiga saiz kerang gasi iaitu saiz AAA, AA dan A dijual di gerai Penyu Corner yang beroperasi di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.


"Jualan bergantung pada keadaan, biasanya hari biasa dalam 50 hingga 60 kilogram (kg), tetapi bila hari minggu kuantiti lebih banyak dan pernah cecah 90 hingga 100 kg," katanya.

Bagaimanapun, katanya, kerang gasi bersaiz besar agak sukar diperoleh dan hanya bergantung kepada bekalan yang dihantar pembekal.

Menurutnya, bekalan kerang biasanya diperoleh daripada tiga pembekal secara bergilir-gilir iaitu dari Sabah, Perak dan Klang.

"Untuk dapatkan stok kerang saiz besar agak sukar kerana kebanyakan pembekal yang ditemui tidak sanggup hantar kerana ia sukar diperoleh. Tambahan pula, kerang ini kita dapatkan yang betul-betul segar dan berkualiti sebab itulah harganya juga agak mahal.

"Ada hari-hari tertentu bekalan kerang terputus, kita terpaksa tutup operasi kerana tidak mahu mengecewakan pelanggan. Biasanya kalau yang datang dari jauh, kita galakkan mereka untuk telefon terlebih dahulu," katanya.


Pembantu kedai di gerai Penyu Corner, Mohamad Nazariezal Arif Daud menunjukkan antara kerang gasi yang siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan kepada pelanggan.


Rohana yang berasal dari Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu turut dibantu suaminya, Ahmad Zikri Che Ali, 39 selain tujuh lagi pekerjanya.

Dia berkata, minat untuk berniaga kerang gasi kerana gemarkan sesuatu yang unik untuk dikongsi bersama pelanggan.

"Sebenarnya saya sekeluarga memang suka makan kerang. Daripada situ kami berusaha cari bekalan ini di merata-rata tempat sehinggalah bertemu dengan tiga pembekal yang sanggup terima tempahan.

"Kini sudah masuk tahun kedua gerai ini beroperasi sejak 2019 dan sambutan diterima amat memberangsangkan," katanya.




Sumber : SinarHarian

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 22-12-2020 02:31 AM
Besarnya
Tak liat ke
I beli yg kecik pun mcm liat skit
Quote matbad 22-12-2020 03:09 AM
Sodappp niiii
Quote Perawankota 22-12-2020 03:17 AM
Terliur pulakkkk
Quote LadyCarefree 22-12-2020 06:02 AM
A B C la senang hehe
Quote dudaberhias 22-12-2020 06:54 AM
sedapnyaaa... tapi yang besar gila tu kan selalu deorang buat tak masak dalam... nak muntah bila makan... iols suka besar tapi jangan besar sangat sebab takut tak masak dalam dia.. nak2 dia main rebus atau bakar macamtu je..
Quote Kurex 22-12-2020 07:07 AM
Lagi berminat nk tau perihal pembantu kedai yg pakai topi hijau tu
Quote imransulaiman 22-12-2020 07:11 AM
Muda suami dia...
Quote Tinot7 22-12-2020 07:11 AM
Kurex replied at 22-12-2020 07:07 AM
Lagi berminat nk tau perihal pembantu kedai yg pakai topi hijau tu

Takut nnt buka mask, hati kuciwa...

Kerang gergasi ni mmg nampak sedap..
Quote ultra78 22-12-2020 07:20 AM
Yang menariknya adalah gerai di pantai batu buruk tapi kerang dari pantai sebelah barat. Ini kerana kerang ni banyak hidup di pantai berlumpur dan berpaya di sebelah pantai barat. Kerang ni ibarat water filter gitu.

Kenapa darah kerang ni merah? Sebab kerang ada hemoglobin utk angkut oksigen kerana tempat tinggal kerang ni biasanya kurang oksigen. Pendek kata kawasan low quality. Begitulah hidup kerang,bernafas dan mencari makan dalam lumpur. Tapi menjadi sajian enak untuk manusia.
Quote sukacactus 22-12-2020 07:22 AM
Sebab xbiasa dgn kerang xxl ni, xde la terliur tgk
Tp mmg besar gila la dah mcm haiwan lain
Quote jas7512 22-12-2020 07:26 AM
ultra78 replied at 22-12-2020 07:20 AM
Yang menariknya adalah gerai di pantai batu buruk tapi kerang dari pantai sebelah barat. Ini kerana  ...

Dulu bila tekanan darah rendah..doktor suggest mkn kerang byk2 .tapi terlebih mkn kerang sakit kaki lah pula...
Quote Themilo 22-12-2020 07:45 AM
ultra78 replied at 21-12-2020 11:20 PM
Yang menariknya adalah gerai di pantai batu buruk tapi kerang dari pantai sebelah barat. Ini kerana  ...

khuenzzz.. orang-orang sebelah pantai barat tak pandai nak makan kot?
Quote makneng 22-12-2020 08:01 AM
Kerang bakar mmmdaappnya
Quote sapeka 22-12-2020 08:32 AM
Wow
Sedap ni
Puas makan
Quote rospinki 22-12-2020 08:44 AM
awat kaler dia putih gitu..dia basuh gun klorok ke apa smpi putih ceroh.
tahun awal 2000 time tu byk gila kerang bulu yg jenis besar sikit..rebus jgn lama..buat sambal cicah. ye rabbi berpinau mato sedap..sebab juicy dan freshy. skrg xjumpa dah..aku tak berani makan kerang byk cemar dan tak fresh.
Quote husna_amal 22-12-2020 10:07 AM
Sedapnya lepas rebus cicah dengan sos.
Quote tipah89 22-12-2020 10:35 AM
kerang biasa2 ok la cicah sambal asam or kicap, tapi kalau besar2 ni xboleh masuk tekak sbb terasa2 lumpurnya.
Quote any42 22-12-2020 10:56 AM
sedapnya lama btul xmkn kerang rebus. tp ni mcm tlebih besar takut pula nk mkn.
Quote ctaz 22-12-2020 11:02 AM
yg besar tu aku pernah makan...aku beli dalam 15 ke 16 ekor...rega rm40...
sedap oiiii isi nyer...
puas la mkn....

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.041918 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top