CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buruknya Jersi Baru Chelsea, Dilabel Paling Buruk Di Dunia

22-12-2020 02:13 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3562| Komen: 12

Description: London: Kit ketiga Chelsea untuk musim 2020-21 dilabel sebagai paling buruk di dunia, menurut undian terkini.



London: Kit ketiga Chelsea untuk musim 2020-21 dilabel sebagai paling buruk di dunia, menurut undian terkini.

Footy Headlines memberikan Blues anugerah yang enggan dimenangi, selepas undian di laman web mereka ditutup awal minggu ini.

Hampir 2,000 orang menyertai undian itu dengan Chelsea 'muncul juara' kit paling buruk di dunia.

Kit ketiga itu meraih 22 peratus atau suku daripada undian keseluruhan sebagai jersi paling buruk manakala tempat kedua dan ketiga turut 'didominasi' oleh kelab Liga Perdana.

Kit Wolves di tempat lawan meraih 14 peratus undian dan kit West Brom pula mendapat 9.9 peratus undian.

Meskipun jersi ketiga itu dilabel paling buruk, namun ia sering membawa tuah kepada Chelsea ketika di atas padang.

The Blues sudah mengenakan jersi itu sebanyak empat kali setakat ini dan mereka tidak pernah tewas sepanjang memakai jersi itu.

Skuad bimbingan Frank Lampard memenangi tiga daripadanya dan satu lagi keputusan seri sepanjang memakai jersi berkenaan.



Sumber : Harianmetro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 22-12-2020 03:18 AM
Jersi Malaysia pon x lawa
Quote ipes2 22-12-2020 04:00 AM
this is much much better in Sports Section. Im bringing it there tomorrow. You may appeal
Quote Megikari 22-12-2020 06:43 AM
Ok la tu... At least bukan shocking pink
Quote Beribear 22-12-2020 07:08 AM
Ala ni 3rd kit punya je pon.. Home dgn away kit lawa kot. Tp adidas dulu punya lg lawa lah
Quote nikaido 22-12-2020 07:13 AM
Nike punya jersey byk yg buruk. Jersey chelsea ni, jersey man u, harimau malaya
Quote helicornia 22-12-2020 08:53 AM
apa guna jeris cantik tp main teruk
Quote zorrro_03 22-12-2020 09:31 AM
ok lah tu.  design konsep baru kannnn
Quote ChildrenOfBodom 22-12-2020 09:48 AM
ingat jersey jdt



sama buruk
Quote VioletsAre_Blue 22-12-2020 09:52 AM
Ok je akak tengok.. Tak buruk pun
Quote husna_amal 22-12-2020 10:16 AM
Takpe lah janji bukan corak kuda belang.
Quote matseh 22-12-2020 10:35 AM
Kempen beli Ori oleh  MFL.

Selai RM200++ yg baru.
Quote bungasakura89 19-3-2021 10:02 PM
Mmg buruk. Titik

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.051817 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top