CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mike Baik Orangnya," -Noraniza Idris, Michael Ang Dah Berdamai

21-12-2020 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8134| Komen: 40

Selain kejutan lamaran Kamal Adli terhadap teman wanitanya, pelakon Uqasha Senrose, Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) turut menjadi saksi penamat persengketaan di antara pengarah, Michael Ang dan Ratu Etnik Kreatif, Noraniza Idris.


Kedua-dua selebriti itu mengambil peluang untuk saling bermaafan di pentas AME2020 yang bersiaran langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam Ahad.

Menurut Michael Ang, sejak dari awal lagi dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bertemu Noraniza.


Bagaimanapun pengarah itu mengakui tidak selesa apabila statusnya sebagai mualaf dipermainkan oleh peminat penyanyi tersebut.

“Saya sebenarnya tidak ada masalah untuk bertemu dengan dan minta maaf dengan Kak Ani (Noraniza), mungkin cara saya kasar dan kelihatan seperti ada masalah personal (dengan Kak Ani).


“Tetapi apabila saya meluahkan pendapat di Twitter, ia adalah luahan jujur sebagai seorang peminat program realiti dan bukannya sebagai rakan seindustri.

"Lepas ini, rasanya saya tak akan berhenti berkongsi pendapat jujur itu pada masa akan datang sebab orang pun tahu mulut saya macam mana kan, ” katanya kepada mStar.


Sementara itu, Noraniza menjelaskan, hasratnya untuk bertemu Michael bukanlah untuk bergaduh atau bertikam lidah, sebaliknya dia hanya ingin mengenali peribadi pengarah drama itu secara lebih dekat.

Pelantun Dikir Puteri itu menyatakan dia sudah menjelaskan kepada peminatnya agar sentiasa menjaga tutur kata dan tidak menyentuh isu-isu sensitif dalam memberikan sebarang komen di media sosial.

“Saya nak jumpa Mike (Michael) sebab nak lihat orangnya bagaimana. Ada orang kita tengok dia lantang berkata-kata tapi hatinya tidak begitu seperti Azwan Ali.

“Bila saya jumpa Mike, ternyata orangnya baik. Jadi saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Michael atas segala apa yang berlaku sebelum ini.

“Saya juga sudah menegur peminat saya mengenai perkara ini dan pastikan mereka mengawal tutur kata serta tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sensitif seperti isu rasis, ” jelasnya.



Terdahulu, pada peringkat separuh akhir konsert Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Michael dilihat lantang memberikan komen persembahan Bollywood yang dinyanyikan oleh Noraniza.

Sehubungan itu, Noraniza meluahkan hasrat ingin bersemuka dengan pengarah itu selepas tamat program berkenaan.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila seorang pengguna Facebook yang merupakan peminat Noraniza telah menyentuh isu status mualaf Michael dan mempersoalkan tujuan utamanya memeluk agama Islam kerana ingin mendapatkan simpati dan populariti daripada masyarakat. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 21-12-2020 12:16 PM
oklah tu...mohon mike offer berlakon pada kak ani..dan kak ani nyanyi lagu utk drama mike
Quote Kancilkering 21-12-2020 12:25 PM
sengau yg sedap...baik hati MA....
Quote msdummy.2018 21-12-2020 12:26 PM
namun hatinya tidak seperti azwan haji ali? hapoooo dia nie...hilabg trus lah respect aku pd dia ni..citer gaduh pasal dgn mike pas tuh nak amik contoh pasal org lain...ko dh jmp personally ker azwan tuh?
Quote per706 21-12-2020 12:26 PM
Elok laaa,bukn bsar mana pon industri sebi malaysia ni.pusing2 jumpa jugak...
Quote izat123 21-12-2020 12:28 PM
msdummy.2018 replied at 21-12-2020 12:26 PM
namun hatinya tidak seperti azwan haji ali? hapoooo dia nie...hilabg trus lah respect aku pd dia ni. ...

Kau reti baca ke tak? Kan dia puji azwan ali tu.
Quote September14 21-12-2020 12:29 PM
msdummy.2018 replied at 21-12-2020 12:26 PM
namun hatinya tidak seperti azwan haji ali? hapoooo dia nie...hilabg trus lah respect aku pd dia ni. ...

Michael mulut lantang/laser tp hati dia x mcmtu.. maksudnya nekani samakan mike mcm azwan ali mulut lantang tp hati ok.
Quote msdummy.2018 21-12-2020 12:33 PM
September14 replied at 21-12-2020 12:29 PM
Michael mulut lantang/laser tp hati dia x mcmtu.. maksudnya nekani samakan mike mcm azwan ali mulu ...

oh okkk..aku bc lagi sekali dgn tone beza...now faham
Quote RatuDunia94 21-12-2020 01:02 PM
wirazam: oklah tu...mohon mike offer berlakon pada kak ani..dan kak ani nyanyi lagu utk drama mike


Drama apa cuols? "Mr Pilot Untuk Cik Sengau" ke??
Quote AshKetchum 21-12-2020 01:02 PM
oh jumpa jugak ko ye nek dgn mummy lepas habis gv bagai dikata. hengatkan kabel14tahun putus tak dapat nak juara dah tak nak jumpa heshe dah?
Quote Fafaaisa 21-12-2020 01:05 PM
Nnti mike panggil blakon ye..tengah pikir cite yg sesuai
Quote annadonna 21-12-2020 01:35 PM
Netizen dipermainkannnn
Propaaaaaaa
Quote MadameOnion 21-12-2020 01:35 PM
Menyampahndgn nek enjut..sebelum ni tak pernah minat..now upgrade jadi menyampah..okbai
Quote eyansss 21-12-2020 01:47 PM
msdummy.2018 replied at 21-12-2020 12:26 PM
namun hatinya tidak seperti azwan haji ali? hapoooo dia nie...hilabg trus lah respect aku pd dia ni. ...
“Saya nak jumpa Mike (Michael) sebab nak lihat orangnya bagaimana. Ada orang kita tengok dia lantang berkata-kata tapi hatinya tidak begitu (,) seperti Azwan Ali.

sepatutnya kena letak koma kat situ...  ni la masalahnya dengan wartawan zaman baru ni...  dah la ayat meraban bagi orang confuse, koma titik segala pun tak letak elok2...

Quote harisbee 21-12-2020 01:50 PM
ok lah tu..MA leh direct MV baru enjut spesel utk k ani
Quote TomyamPuteh 21-12-2020 01:53 PM
Btul la jgk kata kak Ani. Mike org yg berpengaruh dlm industri hiburan. Apa2 yg dia ckp blh bagi kesan pd individu sbb netizen akn terpengaruh.
Quote msdummy.2018 21-12-2020 02:04 PM
eyansss replied at 21-12-2020 01:47 PM
sepatutnya kena letak koma kat situ...  ni la masalahnya dengan wartawan zaman baru ni...  dah l ...

ahhhaha..ko pun salah faham ek...kdg2 aku suka bc paper dr bc benang gini...or magazine..sb diaorg ada editor..yg ini tah mcm mana aproved...rindu majalah mangga, urtv tuh sma....hahahaha
Quote eyansss 21-12-2020 02:09 PM
msdummy.2018 replied at 21-12-2020 02:04 PM
ahhhaha..ko pun salah faham ek...kdg2 aku suka bc paper dr bc benang gini...or magazine..sb diaorg ...

memula aku pun salahfaham cam ko pastu aku terpikir, takkan mek ani ni berani hencap AA...  nak mampos?  hahahaa...  then aku rasa wartawan bengap ni tak letak koma...

Quote pencintaABC 21-12-2020 02:15 PM
msdummy.2018 replied at 21-12-2020 02:04 PM
ahhhaha..ko pun salah faham ek...kdg2 aku suka bc paper dr bc benang gini...or magazine..sb diaorg ...

I rindu segmen berenang utk kesihatan majalah mangga je...kalau masih wujud mesti banyak photoshoot retis2 baru kat tepi swimming pool
Quote beta_carotene 21-12-2020 02:16 PM
RatuDunia94 replied at 21-12-2020 12:02 PM
Drama apa cuols? "Mr Pilot Untuk Cik Sengau" ke??

Encik Bas Seorang Ratu yuols...

Ala2 Hero Seorang Cinderella gitcheaw

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.056566 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top