CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tolong Kawan Bunuh Wanita Hamil, Lelaki Hidup Dalam Ketakutan Dihantui 'Roh' Mangsa

21-12-2020 09:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4060| Komen: 17

Bagaikan sinetron Indonesia, lelaki yang membantu rakan menyembunyikan wanita dibunuh hidup dalam ketakutan selepas diganggu 'roh mangsa.'

Wanita hamil sembilan bulan itu dibunuh dengan kejam di sebuah taman berhampiran sebuah plaza tol pada 7 April tahun lalu.


Suspek, Nyali Hendra Supriyatna, 38, bertindak membunuh, Hilda Hidayah, 22, berikutan wanita terbabit mahu dia bertanggungjawab terhadap kehamilan itu.


Nyali Hendra Supriyatna
Kredit foto: TribunNews

Ia menyebabkan Nyali naik berang, lalu membunuh Hilda sebelum dibantu rakannya, Muhammad Qhairul Fauz, 20, menyembunyikan mayat mangsa.

Tribunnews melaporkan, suspek berjaya menyembunyikan perbuatan itu selama setahun. Namun, selama itu juga, Muhammad Qhairul mendakwa pernah dihantui 'roh mangsa.'

Sebelum ini, misteri penemuan mayat wanita berkenaan menimbulkan tanda tanya berikutan pihak berkuasa tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa. Ia berikutan ketika ditemui, separuh daripada mayat ditanam di dalam tanah dan mula mereput.


Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa dan tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Bagaimanapun selepas setahun, Nyali tampil mengaku membunuh Hilda sebelum polis menjejaki Muhammad Qhairul.

Hasil soal siasat lanjut, Nyali yang juga seorang pemandu bas mengaku Hilda mengandung sembilan bulan hasil hubungan terlarang mereka.

Dengan pengakuan itu, misteri pembunuhan wanita hamil setahun lalu dianggap selesai. Nyali memberitahu, pada mulanya tidak mempunyai niat untuk membunuh kekasihnya.

"Tapi dia minta menikahi secara sah, saya tidak setuju dan sekarang saya menyesal," katanya.

Sementara itu, Muhammad Qhairul pula berkata, dia pernah dihantui roh mangsa.

"Saya dihantui roh arwah mangsa, saya minta maaf kepada mangsa," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 21-12-2020 09:18 AM
Apalah perasaan orang membunuh ni ya? Aku mimpi bunuh orang pun dah jadi tak keruan lepas bangun tidur. Inikan pula membunuh in real life. Kalau pembunuh upahan atau pembunuh bersiri tu aku faham...tapi yang tiba-tiba jadi pembunuh tu? {:dot
Quote dudaberhias 21-12-2020 09:20 AM
Ia menyebabkan Nyali naik berang, lalu membunuh Hilda sebelum dibantu rakannya, Muhammad Qhairul Fauz, 20, menyembunyikan mayat mangsa.


orang melayu / borneo / indon / thai atau lebih tepat south east asian kata kalau mayat tak kebumi elok2 ni especially perempuan mengandung, maka roh orang tu jadi pontianak... elok la kena kacau... padan muka...
Quote dudaberhias 21-12-2020 09:22 AM
imransulaiman replied at 21-12-2020 09:18 AM
Apalah perasaan orang membunuh ni ya? Aku mimpi bunuh orang pun dah jadi tak keruan lepas bangun tid ...

rasanya perasaan deorang ni jenis tak normal... jenis hati busuk dan jahat... iols siang ikan pun takut kaka baru2 ni beli ketam besar masih hidup pun kesian tengok sebab ketam tu macam takut2 menyorok mata dia, tak sanggup nak siang walaupun dah selamat di masak...
Quote Suchi 21-12-2020 09:31 AM
Sebenarnya dia dibayangi rasa bersalah kan? Maybe sebab dia bukan pembunuh bersiri tegar yg hati kering.

Org baru pestime buat jenayah kot ni sama mcm kes misteri  patung hello kitty tula.
Budak pompuan yg sama2 dera mangsa tu taktahan kena ganggu katanya last buat pengakuan gak.


Quote Suchi 21-12-2020 09:33 AM
imransulaiman replied at 21-12-2020 09:18 AM
Apalah perasaan orang membunuh ni ya? Aku mimpi bunuh orang pun dah jadi tak keruan lepas bangun tid ...

Sebenarnya dia pun susah hati tp terdesak punya pasal.
Sbb tu asik dibayangi rasa bersalah tak sudah. Sampai rasa hantu mangsa dtg kacau bagai.
Quote husna_amal 21-12-2020 09:51 AM
Kalau cerita dalam filem dah jadi puntianak ni.
Quote Kurex 21-12-2020 10:03 AM
Dihantui sundelbolong
Quote belacan_gurl 21-12-2020 10:19 AM
imransulaiman replied at 21-12-2020 09:18 AM
Apalah perasaan orang membunuh ni ya? Aku mimpi bunuh orang pun dah jadi tak keruan lepas bangun tid ...

Kalo dia mmg psiko mgkn kot xde rasa apa...tp kalo manusia normal....mesti dlm hati ada perasaan x tenteram...buat jahat...Mana pernah hati tenteram... btoi x
Quote LautBiru52 21-12-2020 12:23 PM
Kesian mangsa. Dah la tengah sarat mengandung
Quote ninja boy 21-12-2020 12:49 PM
Ada jiran yg suka menganjing jiran Dan Jiran kena anjing itu mati roh kacau penganjing tu, berbulan2 berubat taw
Quote lattehazelnut 21-12-2020 12:56 PM
Da tua 38 tahun pun xreti bertanggungjawab..
Quote ikanmasin 21-12-2020 06:00 PM
nak sedap jer tp tak nak bertanggung jawab..mendapatlah skrg...
Quote dua_chzy 21-12-2020 06:18 PM
Edited by dua_chzy at 21-12-2020 06:21 PM
dudaberhias replied at 21-12-2020 09:22 AM
rasanya perasaan deorang ni jenis tak normal... jenis hati busuk dan jahat... iols siang ikan pun  ...


Betul wei. Siang ikan hidop pon ai tak berani. Dah la nampak kesian sangat tercungap2 bila takda air. Mereka yang jadik accidental killer ni memang betul la kot memula takda niat, tapi bila dah tercuba aksi membunuh tu, terpaksa 'bunuh' sampai betul2 mati dah alang2 sangat kan. Bukan senang nak bunuh manusia. Sedangkan ayam pon lambat ja mati bila disembelih. Kerana tu amateur killer buat macam2 untuk pastikan orang yang dicederakan tu mati, hence kita selalu baca report ngeri kesan tikaman berpuluh kali la, etc. Macam kes budak kat Ganu ka Klate yang bunuh kawan tu. Mungkin juga masa membunuh tu adrenaline rush mencanak tinggi, buat meka ada rasa 'seronok' @ naik syeh semasa membunuh sampai 'tak sedar' apa segala deol dah buat pada tubuh badan mangsa.
Quote romeor 17-3-2021 09:53 AM
Ingat boleh hidup aman ke lepas bunuh...
Quote Bedah.Cun 17-3-2021 10:54 AM
Yang kaw pegi tekan dalam2 lagi masa tengah nak pancut tue nape? Dah terberanak pompuan tue, salah sape, tongong?
Quote AwanCikDania 17-3-2021 10:58 AM
Padan muka.
Quote namr 17-3-2021 11:06 AM
Semoga roh mangsa ganggu korang sampai korang mati

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.043060 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top