CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Pekerja Sebab Kerap Minta Gaji, Bonus Krismas

21-12-2020 08:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2339| Komen: 1

Berang pekerjanya kerap meminta gaji dan bonus sempena Krismas, seorang pemilik restoran piza di Argentina, membunuh lelaki itu sebelum menanam mayat mangsa di halaman rumahnya.

Luis Mieres, 69, ditahan selepas penemuan mayat pekerjanya, Jorge Daniel Zagari, 53, yang ditanam dan disimen di bandar Ituzaingo di wilayah timur Buenos Aires.


The Sun UK melaporkan mangsa berpengalaman dalam membuat piza di restoran itu namun wabak Covid-19 menjadikannya tergolong dalam kategori berisiko tinggi dan dia seharusnya mengambil cuti kerja.


Mieres (kiri) dan Zagari (kanan)
Kredit foto: The Sun

Zagari meninggalkan rumah minggu lalu untuk meminta gaji daripada majikan, tetapi selepas itu dia dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya.

Pada hari sama, kereta mangsa ditemui terbakar di bandar Merlo.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kereta suspek dilihat di tempat kejadian.


Susulan itu, pasukan pendakwaan yang mengetuai siasatan, Maria Laura Cristina memerintahkan serbuan di rumah Mieres sebelum polis menemui simen yang masih baru di halaman rumahnya.

Selepas pemeriksaan, polis menemui mayat Zagari yang ditanam di bawah lapisan simen berkenaan.

Siasatan mendapati Zagari dipukul di kepala dengan objek tumpul berkemungkinan batang besi, namun polis masih menunggu laporan bedah siasat.

Pihak berkuasa menahan Mieres di rumahnya dan sebelum suspek mengaku melakukan jenayah itu beberapa jam kemudian.

Ketika disoal siasat, suspek mengatakan pekerjanya mendesak supaya dia membayar gaji, cuti, dan bonus Krismas sebelum kedua-duanya bertengkar.

Polis turut menahan rakan suspek, Marisol Albornoz Hermosilla, 63, dan anaknya, Martin Silva yang dipercayai bersubahat menanam mayat itu.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 21-12-2020 10:05 AM
Alasan remeh je sebab membunuh.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.381850 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top