CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Pegang Je, Tak Cium," -To'Ki Minta Maaf Pegang Anjing

20-12-2020 05:55 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 10403| Komen: 45|Original author: Oleh: Saiful

To'ki minta maaf kepada pihak yang tersinggung dengan tindakannya memegang anjing baru-baru ini.

Katanya dia berterima kasih atas teguran yang diberikan.


Kredit foto: FB


"Saya mohon maaf dan menyusun 10 jari kepada semua. Isu sentuh anjing ini usahlah dipanjangkan sehingga kita seolah-olah duduk dalam tempurung sebagai Islam yang hak, Islam yang batil dan Islam keturunan.

"Ya memang boleh menjatuhkan apa-apa dosa, pahala dan sebagainya. Tapi kita yang memegang al-Quran secara hakikat, memegang al-Quran dan kita memahami al-Quran, tidak ada pun salah.

"Anjing yang saya pegang beberapa hari lalu adalah anjing untuk memburu. Spesis anjing untuk pergi berperang," katanya kepada Harian Metro.


Menurutnya lagi, ketika membesar dia selalu nampak kanak-kanak Melayu baling batu kepada anjing.

Kredit foto: FB


"Kasihan pada anjing. Tak boleh buat begitu sebenarnya kerana anjing juga makhluk Allah. Kita kena faham, dari sudut syariat pun tiada masalah untuk saya pegang anjing itu.

"Saya tidak cium sebab masih tahu batas. Tambahan pula saya selalu bercerita perihal Tuhan. Takkan saya tak tahu. 

"Mengikut hadis, pahala akan habis begitu saja apabila bela anjing dalam rumah. Masalahnya anjing ini bukan peliharaan saya."

To'ki juga meminta mereka yang tak memahami isu tersebut supaya memahami Islam secara hak.

"Jangan kita menuduh itu ini. Cuba kaji balik sejarah Islam. Jangan jadi jumud dan fahami Islam secara syumul." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 20-12-2020 06:08 PM
Apa motif dia bergambar cenggitu?
Quote Normabaru 20-12-2020 06:17 PM
Mmg skrg ni musim retis buat cheap publicity dgn benda stupid things pas kena lahar minta maaf kat nerakazen ke?

Xcukup lg kes persenda agama dgn sajat.. Pastu kes bebird terbang pastu retis pegang anjing dan post dgn sengaja pula... Semua kes MELAYU MUSLIM

Xreti buat denda OR gam utk bangsa retis batak lagi benak ni langsung ke cmne..

Menteri komunikasi dan multimedia dan menteri agama blh resign dh kot..
Quote KIM.K 20-12-2020 06:18 PM
Ha bincang lagi bincang! Natang gitu pun nak bincang sekampong
Quote kiah_mai_pulak 20-12-2020 06:32 PM
anjing tu mmg tinggal sekali dgn dia n bini ke tu??
Quote nolya 20-12-2020 06:40 PM
Demi  menjaga kesejahteraan kesihataan anda gara2 covid, jagalah jarak anda sesama ummah.  Demi menjaga kesejahteraan anda untuk  tidak  dicerca ummah, jagalah jarak anda dgn anjing melainkan benar2 ada keperluan.  Tak susah pun  kan.........
Quote pearl.silver 20-12-2020 07:05 PM
Dah duduk dlm hutan balik ke?
Quote exclusive_vvip 20-12-2020 07:28 PM
alahhhh, sengaja nak bagi org sebut2 je ni..koserrr ahhh ko to’ki..
Quote NotYou 20-12-2020 07:49 PM
Perlu ke pegang anjing?..byk eh skrg org melayu islam suka amik gambat pegang2 anjing...tak payah pegang pun blh buat baik dgn anjing kan..yg penting jgn siksa atau sakiti binatang lah...i nampak anjing bukak langkah laju2 takut..sebab dulu kecik2 pernah kena kejar dgn anjing i lari tak cukup tanah terlanggar pokok terus pengsan
Quote Fafaaisa 20-12-2020 08:02 PM
Mungkin hint utk dipanggil ke gv8

Ku ditinggal senja
Malam menghampiri
Sendiri ku sedang menanti
Segera oh angin sampaikan rinduku
Terlupakah kau pada janjimu

Bestnya lagu Hampa
Quote RatuDunia94 20-12-2020 08:03 PM
Bela je lah... tp x payah sampai nk posing mcm tu.. mmg la minta dicerca. Pd iols semua makhluk atas muka bumi ni wajar dilayan dgn baik. Kita kan berkongsi buni yg sama.

Quote Buritan 20-12-2020 08:20 PM
Normabaru: Mmg skrg ni musim retis buat cheap publicity dgn benda stupid things pas kena lahar minta maaf kat nerakazen ke? Xcukup lg kes persenda agama dgn saja ...

{:full

Dia duk rumah bruk lg kaa
Quote timah03 20-12-2020 09:05 PM
Aikkkk...bukan nak pindah ke hari tu rumah baru..
Dadah haram tak.... tanya je...
Quote vee_zara 20-12-2020 10:43 PM
Baca statement dia ni mcm dia tengah high ketum.
Quote AshKetchum 20-12-2020 11:46 PM
eh dasar poki kan ko ni? masih tahu batas? selalu bercerita perihal tuhan? ayat kemain angkuh seropa nek enjut jah ko ni?
Quote EvieWanKenobi 20-12-2020 11:49 PM
kalau tak tau, belajar..
Quote rangerx 21-12-2020 01:15 AM
silap besar la post di medsos....kena kecam lg ada la...
Quote Levespa 21-12-2020 05:13 AM
Takde salahnya pegang anjing yg salahnya sengaja mintak dikecam.. Dah tau masarakat kita sensitip isu ni kenapa saja nak provokk.. Gituh..
Quote belacan_gurl 21-12-2020 06:06 AM
Fafaaisa replied at 20-12-2020 08:02 PM
Mungkin hint utk dipanggil ke gv8

Ku ditinggal senja

Lagu hampa ni sedap didengari tatkala kita putus cinta ....rasa hati sebak gitu
Quote dudaberhias 21-12-2020 06:07 AM
takat pegang2 anjing ni sekarang iols pun dah start pegang anjing2 liar yang tiba2 ada duduk dekat kawasan rumah ni... sebab anak anjing tu yang kesian lepastu duk mengeko kita kejar2 nak gigit kaki, nak tak nak kena pegang jugak ye... dah ada yang report dbkl rasanya sebab tak nampak dah pun anjing2 tu... tak tahu la apa nasib anak anjing tu...

dan pasal samak etc.. hello ni 2020 orang dah beli tayamum dan debu sertu samak online... rm5 je pun... iols pun simpan dalam kereta... nak samak sertu sangat mudah di zaman ni... iols sekarang dah siap simpan dalam kereta just in case..


Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.059859 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top