Saksi ke 30 perbicaraan kes pembunuhan CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan ketika disoal Timbalan Pendakwaraya, Ashyraf Ashy'ari Kamaruzaman memberitahu mahkamah, sukar untuk pihaknya menentukan kebakaran di bilik tidur mangsa berpunca daripada masalah elektrik ekoran semua perkakas elektrik di bilik berkenaan telah diambil oleh bomba dan soket juga telah ditutup (sealed). Memetik Bernama, Abdul Rahim Wan Chik yang merupakan Penolong Pengarah Suruhanjaya Tenaga (ST) kawasan Selangor dan Kuala Lumpur, 38 berkata menerusi siasatan pasukan ST pada 27 Jun 2018 jam 9 pagi, mendapati lokasi kebakaran iaitu di bilik tidur sudah dibersihkan dan soket telah ditutup namun hasil pemeriksaan menunjukkan rumah dua tingkat itu dilengkapi dua kotak agihan bekalan elektrik 'three phase'.
Siasatan juga mendapati 'load' elektrik yang dibekalkan ke bilik tidur yg terbakar itu adalah normal dan litar pintas boleh berlaku apabila kabel neutral bersentuhan dengan kabel hidup. Ashyraf Ashy'ari : Bolehkah litar pintas berlaku melibatkan kabel pengecas telefon bimbit? Abdul Rahim : Dalam kabel telefon bimbit tiada wayar hidup dan neutral. Peralatan elektrik adalah 'direct current'. Ashyraf Ashy'ari : Jika berlaku litar pintas, apa akan berlaku kepada kotak agihan bekalan elektrik? Abul Rahim : Secara umumnya, sistem perlindungan 'miniature circuit breaker' (MCB) di dalam kotak agihan itu akan'tripped' untuk putuskan bekalan elektrik. Ashyraf Ashy'ari : Bila bekalan elektrik diputuskan oleh sistem MCB akibat litar pintas, ada kemungkinan akan berlaku kebakaran? Abdul Rahim : Tidak, sebab 'tripping time' amat pantas iaitu bawah 40 milliseconds. Mengikut pengujian kotak agihan di tingkat atas rumah itu, kita dapati 'tripping time adalah 18.31 milliseconds. Ashyraf Ashy'ari : Pada 27 Jun (2018) apa yang Encik Rahim siasat? Abdul Rahim : Saya jalankan ujian peranti arus ditingkat atas dan tingkat bawah rumah itu dan mendapati sistem perlindungan kotak agihan elektrik adalah berfungsi. Pada 12 Mac 2019,Samirah Muzaffar, 45, bekas eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang juga merupakan isteri Nazrin serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 17 dan 14 tahun didakwa bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas,Eka Wahyu Lestari,membunuh mangsa. Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara jam 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018. -CARI |
Orix: Bukan kata ada kesan petrol ke? Motif siasat lintar pintas ?
Orix: Bukan kata ada kesan petrol ke? Motif siasat lintar pintas ?
dua_chzy: Nak jadik pembunuh, jadik la pembunuh yang bijak macam acik Samirah.
nia_salina replied at 19-12-2020 11:13 PM
acik samirah tak bijak mana uols. but a good lawyer is
Buritan replied at 19-12-2020 07:10 PM
Yeppp.. mgkin lpsss
nia_salina replied at 19-12-2020 11:13 PM
acik samirah tak bijak mana uols. but a good lawyer is
imthegirl replied at 20-12-2020 01:07 AM
Tak paham.
Bukan saksi kata mcm tak mungkin kebakaran berlaku sebab charger telefon bimbit ke. M ...
imthegirl replied at 20-12-2020 01:07 AM
Tak paham.
Bukan saksi kata mcm tak mungkin kebakaran berlaku sebab charger telefon bimbit ke. M ...
imthegirl replied at 20-12-2020 01:07 AM
Tak paham.
Bukan saksi kata mcm tak mungkin kebakaran berlaku sebab charger telefon bimbit ke. M ...
pittjie replied at 20-12-2020 01:46 PM
Gitu jgk pemahaman meols. Saksi ckp mcm api tidak mungkin disebabkan oleh litar pintas aa cenggitu ...
ADVERTISEMENT