CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nama Faiz Subri Gah Di Luar Negara, Ditawar Jadi Jurulatih Teknikal Hungary

19-12-2020 12:11 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3697| Komen: 16

Description: Kuala Lumpur: Bukan calang-calang pemenang Anugerah Puskas 2016 Mohd Faiz Subri, walaupun kini dilihat kerjaya dalam sukan bola sepak agak suram namun sebenarnya nama pemain itu cukup besar di luar ne ...



Kuala Lumpur: Bukan calang-calang pemenang Anugerah Puskas 2016 Mohd Faiz Subri, walaupun kini dilihat kerjaya dalam sukan bola sepak agak suram namun sebenarnya nama pemain itu cukup besar di luar negara sehingga bakal ditawarkan menjadi jurulatih teknikal teqball Hungary pada tahun depan.

Malah, jika perkara berkenaan menjadi kenyataan, pemain berasal dari Pulau Pinang itu menjadi individu pertama dari Malaysia berkelana ke luar negara sebagai jurulatih dalam sukan berkenaan.

Presiden Persatuan Teqball Malaysia (MTA) KJ Siva berkata, pemilihan Faiz sebagai jurulatih teknikal sukan berkenaan adalah berdasarkan kemahiran dan pengalamannya hingga berjaya memenangi Anugerah Puskas.

Beliau berkata, Persatuan Teqball Hungary sememangnya sudah menunjukkan minat untuk mengambil Faiz menggalas tanggungjawab terbabit bermula pada musim depan.


"Walaupun kita melihat nama Faiz seakan tenggelam sekarang ini namun ramai tidak tahu di luar negara pemain berkenaan cukup dikenali.

"Mereka sememangnya mahukan Faiz sebagai jurulatih teknikal dan sekarang ini hanya menunggu maklum balas daripada mereka.

"Jika di Hungary, individu yang memenangi Anugerah Puskas cukup dikenali, sekali gus mahukan Faiz menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan Teqball mereka," katanya.

Sebelum ini, Harian Metro menerusi ruangan minda dilaporkan oleh Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), Datuk Jasni Shafie mendedahkan pemain berusia 33 tahun itu menjalani kehidupan tanpa pekerjaan tetap berikutan industri bola sepak tempatan terkesan oleh pandemik Covid-19.

Keperitan yang melanda pemain bola sepak di Malaysia bukan suatu rahsia lagi sehinggakan ada bekas pemain kebangsaan terpaksa menjual pingat dan trofi kejuaraan yang diterima kerana masalah ekonomi.

Sementara itu, Siva berkata, Faiz menunjukkan minat untuk mengisi kekosongan jawatan itu dan bersedia mengubah haluan daripada seorang pemain bola sepak kepada bidang kejurulatihan.

"Kami sudah memaklumkan perkara berkenaan kepada Faiz dan dia setakat ini bersetuju seterusnya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama pihak Persatuan Teqball Hungary.

"Kemungkinan, Faiz akan ke negara berkenaan bermula musim depan dengan kontrak ditawarkan untuk tempoh setahun," katanya.

Sementara itu, Faiz yang dihubungi enggan mengulas lanjut kerana belum pasti dengan tawaran itu dan masih membabitkan perbincangan awal.




Sumber : HarianMetro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 19-12-2020 12:34 AM
Good for him. Kalau dalam kontrak boleh bawa family lagi bagus. Baca dan faham t&c dulu.
J jangan jeles.

Quote sharlenetexas 19-12-2020 12:37 AM
Teqball

Screenshot_2020-12-19-00-36-44-66.jpg

Quote slyfynx 19-12-2020 12:38 AM
bkn dh ade ke thread ni?
sbb aku igt terpaksa tgk video nk phmkan teqball tu ape.
But then again, wartawan cari kan.
Quote bubuk_bearbear 19-12-2020 12:39 AM
masalah juga nak belajar bahasa hungary..dorang tak cakap english kan
Quote CiliPadiSedap 19-12-2020 01:40 AM
Teqball ni bola racun + main galah panjang. Skill curve bola ni untuk keliru pihak musuh agar terkena badan musuh
Quote pyropura 19-12-2020 01:57 AM
Tak payah lar terima tawaran tuh, nanti lepaih 3 bulan sebok nak balik alasan takde makan halal lah, rindu sambal mak lah blah blah blah.
Quote Perawankota 19-12-2020 02:09 AM
Dia dh kawen lom
Quote shernazz 19-12-2020 08:27 AM
Baca hok ni teringat mat yo di bangkok
Apa cita dia ek?
Quote Tinot7 19-12-2020 10:42 AM
Tahniah...
Quote Knowlee 19-12-2020 03:07 PM
Budapest best. Better la duk sana amik pengalaman di tempat orang.
Quote axl_bach 19-12-2020 03:08 PM
shernazz replied at 19-12-2020 08:27 AM
Baca hok ni teringat mat yo di bangkok
Apa cita dia ek?

Dah nk balik main Sarawak United
Quote wana89 19-12-2020 03:17 PM
Teqball tu apa menda yer??
Quote shernazz 19-12-2020 05:29 PM
axl_bach replied at 19-12-2020 03:08 PM
Dah nk balik main Sarawak United

Ooo
Mujur lah
Kalau tak..stranded sana nangess
Quote RatuDunia94 19-12-2020 09:49 PM
wana89 replied at 19-12-2020 03:17 PM
Teqball tu apa menda yer??

Bola Tetek dimana setiap pemain perlu menggelabahkan tetek mereka..
Quote tikusmontok 20-12-2020 01:05 AM
RatuDunia94 replied at 19-12-2020 09:49 PM
Bola Tetek dimana setiap pemain perlu menggelabahkan tetek mereka..

Tekya tau lah. Tak pnah tgk tekball kat msia..itetiba teringat gloomy sunday
Quote husna_amal 21-12-2020 11:13 AM
Rasanya hidup takde lah susah sangat sebab ada dapat hadiah duit  sebelum ni.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.249765 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top