CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jatuh Jambatan 60 Kaki Semata-Mata Nak Cari Internet! Ini di Malaysia Ya...

19-12-2020 12:36 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 2445| Komen: 8|Original author: Cari-Azza






Di kala bangunan pencakar langit galak dibangunkan di kota batu bandaraya besar, ada tempat yang dinafikan hak mereka. Usahkan pembangunan, keperluan asas pun terabai di kawasan pendalaman.

Antara yang jauh ketinggalan ialah kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak yang sangat menyedihkan. Hinggakan untuk mencari capaian internet, mereka terpaksa bergolok gadai nyawa meniti jambatan bagi mendapatkannya.

Mengapa sebegitu dasyat masalah mereka?



Menurut aktivis Sabah yang menyantuni masyarakat di pendalaman, mereka bertemu dengan pelbagai masalah yang dihadapi penduduk, antaranya ialah anak-anak Sabah yang jatuh dari jambatan gantung setinggi 60 kaki semata-mata mahu mencapai internet.


Foto : Twitter

"Kami ke rumah pertama mangsa. Dia masih tidak dapat berjalan kerana sakit di punggung. Dia pengsan ketika terjatuh dan cuma sedarkan diri ketika di klinik Kaingaran. Kerana sakit, dia tak dapat lagi menolong ayahnya di kebun."


Foto : Twitter

Selain itu, keperluan seperti air, elektrik, jalan raya dan sebagainya turut menjadi masalah kepada mereka. Jadi, ini salah siapa? Kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri?


Foto : Twitter

Sampai bila keadaan sebegini akan berterusan? - CARI













Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vee_zara 19-12-2020 02:31 PM
Kerajaan persekutuan bagi peruntukan macam2 dah.. tanya la wakil rakyat kat sana. Adakah betul buat yg sepatutnya atau masuk poket sendiri atau kroni.
Quote adelea 19-12-2020 02:37 PM
mula dah cerita pelik2..
meluat betul yg gunakan isu macam ni nak hukum kerajaan ..
Quote Knowlee 19-12-2020 03:04 PM
vee_zara replied at 19-12-2020 02:31 PM
Kerajaan persekutuan bagi peruntukan macam2 dah.. tanya la wakil rakyat kat sana. Adakah betul buat  ...

Betul. Wakil rakyat sana tu kena ditanya dulu...
Quote Catpaw 19-12-2020 03:14 PM
Bukan setakat sana je, semenanjung pun sama line masih hauk, untung kat bandar tempat dia duduk je
Quote cashewnut 20-12-2020 10:57 AM
Pengalaman sendiri ye, line tipon Company hijau kat bandar besar pun macam hape. Lagi nak claim no 1. Pigi dah. 3G pun tak berapa nak smooth. Alasan menara takdak lagi.
Quote hasniey 20-12-2020 11:25 AM
Ai dok bndr.kwsn perumahan dpn hospital besar.dlm 5 minit naik keta,ada 3 shopping mall
Tp rmh ai xde line celcom,maxis kecuali kt porch.acaner tu
Rmh kg parents lg lajuuu segala jenis line
Quote hasniey 20-12-2020 11:27 AM
Kerajaan negeri buat apa tuuu
Hasil hutan byk mkn sorg je ke??brtahun2 rakyat hidup susah mcm negeri miskin sgt
Quote husna_amal 21-12-2020 10:56 AM
Negeri kaya dengan hasil alam tapi pembangunan infrastruktur pelahan. Dah tahun 2020 pun masih tak cukup keperluan asas.Kesian bende ni bukan jadi kat sabah/sarawak je, kat semenanjung pun masih banyak kekurangan. Negara sibuk nak bina menara tertinggi je.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.043463 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top