"Memang pelawak Malaysia wajib buat lawak double meaning ke?" Aksi pelawak Shuib dalam program secara langsung Sepahtu mencetuskan pelbagai polemik dalam kalangan penonton. Manakan tidak, adegan yang memaparkan Shuib memarut buah kelapa dilakonkan secara berlebihan. Ianya seolah-olah memberi makna l**ah kepada penonton. Hal ini lah membuatkan kaunselor bebas, Akhi Fairuz menyelar aksi sedemikian yang telah dinormalkan menjadi sebahagian gaya hidup orang dewasa Malaysia. Atau memang kena melawak l**ah baru kelakar? Menurut Akhi, perkara ini telah berakar umbi lamanya dalam masyarakat kita sehingga ramai yang menjadikan ianya normal dalam percakapan seharian. "Faham apa kesan normalisasi benda gini? Inilah yang selalu kena kepada mangsa sex harassment. Normalisasi!" Akibat terlalu banyak didedahkan dengan lawak sebegini sejak dari dulu lagi, maka
ada yang berkata ianya bukan 'double meaning'. Walhal perkara ini sudah diterima mereka. Manakala bagi sebahagian orang lagi, itu
sebenarnya gangguan seksual. Di kala netizen berdebat tentang lawak 'double meaning' tersebut, sebenarnya industri lawak kita terlalu banyak yang tidak kena. Ramai pelawak mengambil jalan mudah semata-mata untuk membuatkan penonton ketawa walaupun ia sebenarnya salah. Selagi ada yang berpendapat lawak sebegini normal dan tiada apa-apa, maka sehingga bila-bila gangguan seksual akan terus berlaku. Jadi, kita mempunyai tanggung jawab yang berat untuk menyedarkan masyarakat bahawa lawak sebegini lah yang akan merosakkan minda generasi sekarang dan akan datang. Atau memang ada yang rasa lawak sebegini okey? - CARI |
ADVERTISEMENT