CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ingat Sembang Pasal Kucing, Rupanya Kekasih Anak Yang 'Bunting'

18-12-2020 12:31 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7799| Komen: 34|Original author: Oleh: LilRose

Hancur luluh hati ibu apabila mengetahui anaknya berusia 17 tahun telah membuat remaja perempuan hamil anaknya. Lebih parah apabila anaknya itu seolah-olah mengambil mudah mengenai apa yang telah berlaku.


Perkara itu dikongsikan aktivis kemasyarakatan Syed Azmi menerusi video live di Facebook.

Katanya, anaknya mengenali remaja terbabit sejak dua tahun lalu.


Kredit foto: FB

Berdasarkan perbualan Syed Azmi dan wanita berkenaan, anak ketiga dari lima beradik itu sudah tidak bersekolah sejak berusia 12 tahun kerana terlalu nakal dan sering mengganggu rakan lain.

Katanya, remaja terbabit sering datang ke rumahnya dan pernah suatu hari anaknya minta izin untuk membawa kekasihnya itu tidur di rumah, namun tidak dibenarkannya kerana tidak manis dilihat orang.

Namun, dia tidak menyangka anaknya tetap membawa masuk kekasihnya sebaik dia keluar rumah apabila menghantar suami dan anak-anak ke tempat kerja.


Lebih menyentap hati apabila dia terlihat perbualan mereka di WhatsApp mengenai kehamilan. Wanita itu terkejut apabila anaknya kemudian mengakui teman wanitanya kini hamil.


Gambar hiasan

Perasaannya bercampur baur kerana menyangka mereka bersembang mengenai kucing peliharaan remaja perempuan terbabit.

Buntu apa patut dilakukan kerana anaknya seolah-olah enggan bertanggungjawab, dia menghubungi Syed Azmi meminta pendapat.


Loading FB Post...

Syed Azmi kemudian menasihati wanita berkenaan supaya melaporkan kejadian kepada polis. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Knowlee 18-12-2020 01:31 PM
Zaman sekarang ni, anak lelaki dan perempuan, both pun kena didik betul2. Tapi itulah, kat rumah dah didik elok-elok, kat sekolah entah sapa dia jumpa. Bak kata satu idiom, "It takes a village to raise a child."
Quote AyaqMeloSuam 18-12-2020 01:58 PM
Sedihnya jd mak
Quote saviour_09 18-12-2020 02:15 PM
budak2 sekarang kalo ko lepa sikit je, so long & goodbye la

ko pernah tengok kes laki bini umur 16 tahun gaduh berebut anak?

kesian

Quote ikanmasin 18-12-2020 02:17 PM
akk follow syed azmi ni..akk pun tgk masa syed azmi ni tgh bercakap dgn mak bdk ni...
Quote husna_amal 18-12-2020 02:32 PM
Pergaulan bebas sangat. Anak lelaki pun ibubapa patut bataskan pergerakan anak. Jangan ingat kalau anak lelaki biarkan mereka ni bebas buat apa dan pergi kemana.
Quote kroit92 18-12-2020 02:35 PM
"Nak pegi sleepover, tidur rumah boyfriend/girlfriend"

"Mana boleh, tak elok la. Awak tu bukannya mahram lagi. Jangan."

"Ala, bukannya kitorang buat benda tak senonoh. Mak bapak dia, nenek dia semua ada la. Lagipun kita tidur sebilik dengan adik dia, bukannya dengan dia. Dia ajak makan malam sekali dengan keluarga dia semua."

"Makan malam sekali tu boleh la, tapi lepas tu balik. Jangan tidur kat rumah orang, bukan mahram. Family tu tak selesa la ada orang asing."

"Kitorang tak buat apa la mak, ayah. Jangan fikir bukan-bukan."

"Orang kata jangan, jangan la! Cuba dengar cakap mak ayah!"

Tapi malangnya, insan bangang al-derhaka tersebut tetap pergi tidur ke rumah pasangan tidak sahnya itu. Teman lelaki/ teman perempuan.

Lepas makan malam bersama keluarga, tengah malam, merayap ke bilik pasangan untuk melakukan perkara terkutuk lagi haram bersama si pasangan yang tidak ada moral, akhlak, dan pegangan agama.

Dah buat sekali, "dating" jadi berani berkali-kali.
fast-forward 4-5 bulan. menangis, garu kepala. tak pikir panjang, pi gugur

dah la derhaka ngan mak ayah, buat maksiat pulak, anak luar nikah pakej.

gaduh-gaduh-gaduh mulut. putus. what the heck.

dan yang menyedihkan, ini bukan kes terpencil, banyak berlaku.
apesal murah sangat orang zaman sekarang ni.
kenapa, kalau tak beromen tu kolot sangat ke?
kalau diri tu suci, kolot sangat ke? peer pressure?
kalau ada boyfriend/girlfriend, kena test dulu ke? raptai?
apa kau ingat boyfriend/girlfriend ni macam free test sample kat supermarket ke?

I cannot comprehend orang sekarang.
nafsu kat kepala, otak kat kemaluan.

ni bukan kes baru pulak tu.

sebelum jadi, "Dont judge me, ko sape?"
lepas jadi, "lease help me, anyone."

lepas tu depression. lepas tu salahkan nasib, salahkan semua orang.
dik, encik, cik, tuan, puan.
awak yang tutup pintu rezeki sendiri.
awak yang pilih jalan ni.

Pandai buat, pandai tanggung.

baran aku pasal isu macam ni. lagi2 budak bawah umur
Quote Artemesiaa 18-12-2020 02:47 PM
Sebab ada sesetengah mak pak ni terlalu percayakan anak confident sangat anaknya tu tak akan lakukan perkara tak baik.  Si anak pun pandai berlakun  dapat dari mana tentunya dari mak pak sendiri yang kuat berlakun depan mereka.  Akhirnya bila lakunan si anak dah makin real ramai mak pak jadi tak perasan kesalahan yang si anak dah lakukan.
Quote matchstick 18-12-2020 04:14 PM
kroit92 replied at 18-12-2020 02:35 PM
"Nak pegi sleepover, tidur rumah boyfriend/girlfriend"

"Mana boleh, tak elok la. Awak tu bukannya ...

Betul sgt2..salah diri sendiri. Bawah umur bukan alasan tak boleh pikir benda baik buruk. Baligh je patut dh berakal utk pilih jalan hidup. Lain la kalu lembam.
Quote She-Ra 18-12-2020 04:23 PM
mcm2 kes sekarang ni
budak sekarang pun lebih berani selinap pakwe masuk dlm bilik waktu mlm semua dh tdo
maknya pelik bila anak jarang nak keluar dari bilik
kwn2 ajak keluar pun takmo.. cek punya cek, rupanya dh termengandung
akhir nov lepas selamat bersalin & duduk di rumah perlindungan

tak tau la nak salahkan siapa dlm hal ni
kdg didikan keluarga dh cukup elok tp pergaulan anak pulak yg silap dan begitulah sebaliknya..


Quote She-Ra 18-12-2020 04:32 PM
kroit92 replied at 18-12-2020 02:35 PM
"Nak pegi sleepover, tidur rumah boyfriend/girlfriend"

"Mana boleh, tak elok la. Awak tu bukannya ...

tenangggggg bebudak ni ada yg ok dan mmg ada yg perangai hansuang abis
dan jgn tak caya, ada je yg berkali kali kali kali kali tetap berselingkuh dgn laki org, keluar kembar lagi
baru2 ni dpt berita katanya beranak lg... dgn lelaki yg takut isteri itu menggunakan alasan takmo kawen tp nk sedap
booooooooooooooooongok berjuta tingkap perangai dedua
Quote salmon-suki 18-12-2020 06:08 PM
Stupid brat! Dua2 jantan betina xreti jaga maruah diri ke?mmg akhir zaman ni sifat malu tu dah payah sgt nak dijaga baik laki mahupun perempuan..

Jaga maruah diri,maruah keluarga jauh sekali..even skrg makpak pn ada je y sokong anak menggeliat mcm ulat bulu kt socmed,berbangga lagi anak bt perangai jual diri secara tidak lgsg..bila dah terlanjur,salahkan satu pihak,anak sendiri perangai mcm setan,xnak plak salahkan..

Generasi stroberi,generasi y mudah busuk!
Quote salmon-suki 18-12-2020 06:13 PM
matchstick replied at 18-12-2020 04:14 PM
Betul sgt2..salah diri sendiri. Bawah umur bukan alasan tak boleh pikir benda baik buruk. Baligh j ...

Ai rasa,tbh,dorg dah terlanjur tp apa je hukuman y dorg dpt..paling2 teruk pn masuk sekolah pemulihan akhlak jah. Keluar drpd situ, buat benda sama..

Kalau kena sebat ke,hukuman utk zina,walaupun bawah umur,sedikit sebanyak akn bg pengajaran..lagipun,bawah umur tu omputeh y letak had umur tu kan.. dorg tak kesah,bawah 18 tido bersama,beranak pinak,gugur kandungan tu normal dlm masyarakat dorg..except y religious..org kita slowly losing our own identity and grace ...so sick!
Quote nolya 18-12-2020 06:20 PM
Allahu Akbar............ pasti makbapak  buntu jadinya nak buat mcmane.  Itulah, makpak kena selalu cek bilik idur anak2.  Kot  ibubapa bangun tengah mlm, jenguk2lah ke bilik tidur anak, pastikan anak ade, takutnya dia menyelinap keluar atau ade tetamu menyelinap ke dalam.  

Kalau remaja pompuan tu dah termengandung, adakah pertemuan mereka tu hanya sekali atau sudah berkali?  Bagaimane pula parent si pompuan selama ni tak kesah ke anaknya tak ade tidur di rumah?  Remaja bawah umur tak boleh kawen, bagaimanekah solusinya? Kasihan kpd baby yg tak berdosa.
Quote fezy 18-12-2020 07:02 PM
aku dgrseparuh bru. rasa mcm mak dia time deaf.


the fact that anak dia tanya gf boleh sleep over ke tak tu pun, dah rasa off. klu diorg jenis solat, anak dia takkan tanya pun. klu anak nk jahat, sorok2
Quote Normabaru 18-12-2020 07:15 PM
Well.. Budak perempuan kan always 'naif'... Kekekkeke
Quote Normabaru 18-12-2020 07:18 PM
kroit92 replied at 18-12-2020 02:35 PM
"Nak pegi sleepover, tidur rumah boyfriend/girlfriend"

"Mana boleh, tak elok la. Awak tu bukannya ...

Well said.. Most of the time these kids knows its wrong tp still nak jugak

Naif celah mana nya... mmg sendiri tempa masalah kot..
Quote Normabaru 18-12-2020 07:21 PM
salmon-suki replied at 18-12-2020 06:13 PM
Ai rasa,tbh,dorg dah terlanjur tp apa je hukuman y dorg dpt..paling2 teruk pn masuk sekolah pemuli ...


Terkadang.. Kaka lihat those westerners  lbh sopan dan celibate dgn partner dorg.. yg melayu ni plak habis semua nk explore..arak, dadah, kongkek,threesome,gangbang etc..

Acah yolo sgt! Tp bab ngaji bab studi xnk plak buat yolo gtu. Pffttt
Quote salmon-suki 18-12-2020 08:29 PM
Normabaru replied at 18-12-2020 07:21 PM
Terkadang.. Kaka lihat those westerners  lbh sopan dan celibate dgn partner dorg.. yg melayu ni  ...

Betul jgk kaka..kwn ai ada y bkn melayu xde nak bt s*x ke apa walau dah umur tua..dorg minum2 tu ada laa,celebration dgn family..ni tgk mulayu kita,sedih sgt..kecik2 dah pandai buat s*x pstu pregnant..pstu bunuh baby..serius x faham..
Quote kroit92 18-12-2020 08:46 PM
She-Ra replied at 18-12-2020 04:32 PM
tenangggggg bebudak ni ada yg ok dan mmg ada yg perangai hansuang abis
dan jgn tak caya, ...

kes suami isteri selingkuh ni ada jugak dulu aku baran, tapi dalam thread lain.
dalam thread ni, flip table pasal orang tua curang macam off topic pulak

and yes, aku setuju. itupun lagi satu benda bahaya,
salasilah keturunan habis caca-merba. anak yang dijaga tu ternyata anak orang lain, dah macam tajuk sinetron

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.109576 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top