CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasib Badan Sering Jadi Mangsa Taruhan Suami Kaki Judi

18-12-2020 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3034| Komen: 4

Description: Malang nasib seorang wanita di Bihar, timur India apabila sering menjadi mangsa taruhan suami yang kaki judi malah, turut dibiarkan diperkosa berkali-kali oleh rakan lelaki berkenaan.
Malang nasib seorang wanita di Bihar, timur India apabila sering menjadi mangsa taruhan suami yang kaki judi malah, turut dibiarkan diperkosa berkali-kali oleh rakan lelaki berkenaan.

Wanita dikenali Asha itu juga kerap dipukul dan diugut disimbah asid sekiranya enggan menurut perintah, sehinggalah dia melarikan diri dan minta bantuan aktivis Deepak Singh.



Gambar hiasan

Asha kemudian dibawa ke balai polis untuk membuat laporan sebelum polis menahan suaminya berusia 36 tahun di sebuah perkampungan di Bhagalpur.

Memetik laporan Times Now, Asha dan suaminya, Ravi (bukan nama sebenar) sudah berkahwin lebih 10 tahun namun pasangan itu tidak dikurniakan anak.

Asha memberitahu polis dia diseksa secara fizikal kerana kesukaran hamil, sedangkan Ravi ketagihan arak yang teruk.

"Kita sedang menyiapkan siasatan dan akan menyerahkan kepada pendakwa supaya suami Asha dituduh di mahkamah," kata Polis Bhagalpur Ashish Bharti.



Sumber: Harian Metro


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 18-12-2020 12:14 PM
Nasib lah dapat laki kaki mabuk dan judi ni. Baik jangan kawen akhirnya merana seumur hidup.
Quote krustykrab 18-12-2020 12:33 PM
Minum sgt todi tu...tu yg duk bantai anak bini...
Tu pun ramai yg masih tak sedaq
Quote Artemesiaa 18-12-2020 12:43 PM
Ni kes sama dengan yang semalam sampai kena simbah asid tu
Quote allshares 18-12-2020 01:37 PM
Bgs la takde anak, kalau ade anak, dgn anak2 sekali dilacurkan.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.049399 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top