CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Lelaki Ditahan, Mandikan Jenazah Wanita Disyaki Pesakit Covid19

18-12-2020 03:48 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4477| Komen: 12

Description: JAKARTA: Polis Pematang Siantar di Sumatera Utara memaklumkan seramai empat lelaki ditahan kerana didakwa memandikan jenazah wanita bukan mahram yang disyaki dijangkiti Covid-19 di hospital Djsamen Sa ...
SEORANG lelaki membuat laporan polis selepas mendakwa jenazah isterinya dimandikan empat lelaki bukan mahram di hospital di Sumatera Utara, Indonesia. - AFP


JAKARTA: Polis Pematang Siantar di Sumatera Utara memaklumkan seramai empat lelaki ditahan kerana didakwa memandikan jenazah wanita bukan mahram yang disyaki dijangkiti Covid-19 di hospital Djsamen Saragih.

Lapor Jakarta Post, penahanan keempat-empat suspek tersebut dibuat selepas polis menerima laporan daripada suami si mati.

Ketua Polis Pematang Siantara, Boy Sutan Binangsa Siregar berkata, kesemua suspek akan didakwa di bawah Artikel 79 (C) Undang-Undang 2004 melibatkan Amalan Perubatan.


Kata Boy Sutan, biarpun polis sudah menamakan keempat suspek tersebut, mereka tidak akan ditahan buat masa terdekat kerana perkhidmatan mereka masih diperlukan oleh pihak hospital.

Namun keempat-empat suspek tersebut berdepan dengan hukuman penjara maksimum selama lima tahun jika didapati bersalah.

“Polis menerima laporan pertama daripada suami wanita itu pada September lalu berhubung proses memandikan jenazah isterinya.

“Fauzi Munte memaklumkan jenazah isterinya dimandikan oleh empat lelaki yang bukan mahram, selain menafikan wanita itu meninggal dunia akibat Covid-19,” ujar Boy Sutan.



Sumber : Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 18-12-2020 05:28 AM
Adoi abislaa kppek punai kena ramas
Quote lattehazelnut 18-12-2020 07:29 AM
Mcm lucinta luna ke kawin dgn pengkid?
Quote saviour_09 18-12-2020 08:23 AM
Buritan replied at 18-12-2020 05:28 AM
Adoi abislaa kppek punai kena ramas

heeeyyyy


Quote jiji85 18-12-2020 08:25 AM
bagi je la dekat dia org ni kalau part benda pelik tak masok akal
Quote merrissa 18-12-2020 09:08 AM
mana tah TT yg mempertikaikan SOP kat tanah perkuburan tu?

tgk SOP indon...lagi terok...sila tarbiah
Quote MadameOnion 18-12-2020 09:32 AM
ooo patutlah..ummah claim
Quote husna_amal 18-12-2020 09:55 AM
Mesti nanti dia bagi alasan covid tu yang dibiarkan lelaki yang mandikan jenazah wanita.
Quote cap_ayam 18-12-2020 10:03 AM
Pelik2 betul diorang ni.
Quote Normabaru 18-12-2020 10:59 AM
Kes fetish mayat ke ape ni
Quote bubuk_bearbear 19-12-2020 12:46 AM
husna_amal replied at 18-12-2020 09:55 AM
Mesti nanti dia bagi alasan covid tu yang dibiarkan lelaki yang mandikan jenazah wanita.



patut mana boleh sebab aurat bini orang tu. apa dah habis kaum wanita ke kat sana sampai abaikan farhu kifayah


Quote Tinot7 19-12-2020 10:39 AM
Camana depa voley terlepas mandikan?
Yg memandikan tu takkan tak sedar, ke nak amik kesempatan?
Ke yg dimandikan ialah pompan berloceng?
Quote Scheherazade 19-12-2020 12:23 PM
Haih, dahsyat betul la smpai 4 lelaki mandikan jenazah wanita. Xkan xde wanita lgsg yg boleh mandikan jenazah tu.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.043045 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top