CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Tikam Bayi Menangis Teresak-esak Sebelum Dipenjara 10 Tahun

17-12-2020 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6366| Komen: 39

Seorang lelaki yang tergamak bertindak menikam perut bayi perempuannya yang baru berusia 18 bulan, menangis teresak-esak sebelum dijatuhi dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.


Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Safwan Shafie, 27, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa.


Kredit foto: BH Online

Terdahulu, ketika dibawa masuk ke dalam kandang tertuduh, kira-kira jam 10.27 pagi, Muhammad Safwan dilihat hanya mendiamkan diri.

Bagaimanapun, sebaik ditunjukkan gambar mangsa oleh polis mahkamah untuk tujuan pengecaman, tertuduh mula menangis teresak-esak dan mengakui gambar berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhammad Safwan didakwa cuba membunuh anaknya dengan menikam menikam perut mangsa di sebuah Flat Puchong Permai, Puchong, di sini, jam 4.30 petang, pada 12 Disember 2020.


Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun.


Sumber: Berita Harian


Bagus
2

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 17-12-2020 03:31 PM
Lajunya proses..ada kes yang senyap sunyi lepas habis reman.
Quote duri_durians 17-12-2020 03:33 PM
wow rasa mcm baru baca berita ni minggu lepas/ 2 minggu lepas.
hari ni dah jatuh hukum.

ada kes yg lebih dashyat senyap sunyi je tanpa berita.

apa pun smoga pesalah ni bertobat.
Quote EvieWanKenobi 17-12-2020 03:35 PM
menangis konon..
Quote Mina2215 17-12-2020 03:46 PM
Nanti keluar penjara, umur 37 tahun. Anak dah 12 tahun
Quote Normabaru 17-12-2020 03:47 PM
Kes jln laju sbb dia ngaku, bukti pon cukup.. IP dh blh ready so kes dh blh dgr utk dihakimi

Tinggal lg awat hukum smpi 10thn? Kesalahan berulang ke.. Ank dia hidup lg kan...

Org drive laju dgn xde lesen buat mati laki org yatimkan ank org ko bg 6thn jew.. Ini tidak adil.. tidak adil..tidak adil...
Quote miznora 17-12-2020 03:57 PM
Kenapa dia tikam anak dia? Tak prasan pulak kes ni yg mana
Quote mamajawie 17-12-2020 04:12 PM
apsal la bagi 10 tahun?bagi je la 20 tahun at least mangsa tu da besar bleh dia gi cangkul apak dia ni..
Quote krustykrab 17-12-2020 04:16 PM
miznora replied at 17-12-2020 03:57 PM
Kenapa dia tikam anak dia? Tak prasan pulak kes ni yg mana

Hisap dadah....
Quote krustykrab 17-12-2020 04:17 PM
mamajawie replied at 17-12-2020 04:12 PM
apsal la bagi 10 tahun?bagi je la 20 tahun at least mangsa tu da besar bleh dia gi cangkul apak dia  ...

Nt ada la yg dtg kat anak ckp.."busuk2 pun dia tetap apak ko, maafkn la dia, dia dah insaf"
Quote mamajawie 17-12-2020 04:19 PM
krustykrab replied at 17-12-2020 04:17 PM
Nt ada la yg dtg kat anak ckp.."busuk2 pun dia tetap apak ko, maafkn la dia, dia dah insaf"

tp still bahaya sebab umo 10 tahun kot budak tu masa apak dia dibebaskan..kalu 20 tahun budak tu ada gak tenaga nk defend diri dia..tp aku harap apak dia mati mereput dlm jail sbb xdapat dadah

Quote sarah82 17-12-2020 04:21 PM
Hamjadah sangat patut buang dlm kandang harimau
Quote krustykrab 17-12-2020 04:22 PM
mamajawie replied at 17-12-2020 04:19 PM
tp still bahaya sebab umo 10 tahun kot budak tu masa apak dia dibebaskan..kalu 20 tahun budak tu a ...

Kalau mak dia mintak cerai...selamat la sikit budak tu...mak blh mohon perintah mahkamah utk jauhkn anak dr bapaknya..
Quote mamajawie 17-12-2020 04:26 PM
krustykrab replied at 17-12-2020 04:22 PM
Kalau mak dia mintak cerai...selamat la sikit budak tu...mak blh mohon perintah mahkamah utk jauhk ...

memang da cerai kan kalu xsilap?cuma mak nya pun sama kaki dadih cm si pelaku ni sbab tu anak tu bawah jagaan tok nenek kalu xsilap la..

Quote faraway1 17-12-2020 04:36 PM
Itu aje ke hukuman.

Lepas tu keluar, anak kena sayang ke apa..
Quote lattehazelnut 17-12-2020 05:01 PM
Jgn bg nenek ke ape bela dah..
Quote namr 17-12-2020 05:24 PM
Pergila kau menangis dlm jel sanaa
Quote sarahmirza 17-12-2020 05:28 PM
Belibis replied at 17-12-2020 03:31 PM
Lajunya proses..ada kes yang senyap sunyi lepas habis reman.

Sebab dia mengaku bersalah...
Yang jadi lama tu sebab tak mengaku bersalah..
Quote Artemesiaa 17-12-2020 05:34 PM
Dah terlambat nak menyesal menangis bila hukuman dah dijatuhkan
Quote vee_zara 17-12-2020 05:49 PM
Apsal 10 tahun je. Kenapa bukan 20 tahun?

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.045710 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top