CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ibu Dedah Ada Pihak Cuba 'Hack' Instagram Arwah Sandra Dianne

14-12-2020 12:17 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 5821| Komen: 20|Original author: Oleh: Saiful

Ibu Sandra Dianne dedah ada pihak tak bertanggungjawab cuba untuk godam Instagram arwah.

Ibunya, Syakinah memberi amaran keras dan meminta individu tersebut supaya jangan mengambil hak orang lain.


Foto: IG

"Berkenaan IG arwah, pihak waris dah dapat balik dah akaun IG arwah, jangan ada sesiapa yang cuba-cuba nak hack akaun IG tu sebab waris akan dapat notifikasi jika ada individu yang tamak sangat nak ambil akaun IG arwah.

"Mohon sedar diri and get a life! Arwah berusaha kumpul pengikut daripada mula bertapak dan mencipta nama dalam dunia seni, lepas arwah dah tiada barulah follower mencanak naik.

"Jangan bagi ketara sangat yang korang batak sangat dengan follower arwah, usahalah kumpul sendiri, jangan tamak sangat hak orang lain, lagi-lagi orang dah tiada," tulisnya melalui satu status di Facebook.


Syakinah juga tidak teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.

"Jangan lupa warisnya masih ada untuk lindungi semua milik arwah dan jangan fikir teknologi yang ada sekarang ini tak boleh nak cari korang sampai lubang cacing.

"Korang buat sekali lagi, siap sedialah tunggu polis angkut depan rumah korang... terpaksa berkasar bahasa, sebab orang batak macam korang ni tak boleh bagi bahasa indah-indah,"tambahnya.

Foto: Via mStar Online

Sudah tiga bulan arwah meninggal, Syakinah kata dia tak mampu untuk melupakan kenangan indah bersama arwah.

Dia turut menyimpan bungkusan arangan yang diterima selepas seminggu kehilangan Sandra.

"Kurier barang atas nama kakak... kisahnya, seminggu selepas kakak pergi, mama balik ke rumah kita, mama buka pintu je mama nampk bungkusan ni. Tengok-tengok rupanya milik kakak, mama tak pasti bila kakak buat pesanan barang ini.

"Mama ambil mama peluk erat-erat dan air mata mama deras mengalir dalam esak tangis yang tak mampu mama bendung. Dalam esak tangis mama merintih... barang kakak sampai ni, tapi kakak dah tak ada.

"Maka sehingga hari ini, mama tak sanggup nak buka bungkusan ni, sengaja mama biar begitu... meski mama teringin sangat nak tau apa isi bungkusan ini. Tak apalah, biarlah ia kekal begitu."

Sandra meninggal dunia pada 11 September lepas selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 14-12-2020 12:51 PM
Baik tutup je ig bagi orang yang dah meninggal ni.
Quote salmon-suki 14-12-2020 12:52 PM
Hmmm...bosanlaaa...kalau org biasa,dah xfikir psl socmed org y dah meninggal..ai dunno wai mak dia nak sgt play sad card lps anak dia xde...sandra tu xde adik beradik lain ke?x ke nanti anak2 dia y lain rasa sedih tgk mak dia mcm ni?meratap lebih2..
Quote nisako 14-12-2020 12:53 PM
ape yg penting sgt IG. tu?? patutnye delete je anak dah mati............seksa dia nanti............
Quote imransulaiman 14-12-2020 12:53 PM
husna_amal: Baik tutup je ig bagi orang yang dah meninggal ni.

Betul tu. Kenapalah dibiarkan saja IG tu masih on...
Quote akuHavocczz 14-12-2020 01:18 PM
betul ke orang nak hack. Ke sebab orang report yang acc tu owner nya dah meninggal. thats why instagram nak disable
Quote sassy_girl82 14-12-2020 01:23 PM
sebaiknya family arwah sandra tutup jer akaun ig sandra tu..klu betul sygkan arwah itulah sebaiknya..semua yg ada kat dunia ni dah takde makna bagi mereka yg sudah pergi..maka yg masih ada ni tlg la permudahkan..
Quote kikuri 14-12-2020 02:06 PM
deactive jelah acc arwah.. save la gambar2 arwah untuk buat kenangan sendiri sahaja... kesian pulak dok bertekak ig orang yang dah tak ada
Quote dewi_rina 14-12-2020 03:12 PM
Bukan ke kalau owner dah meninggal dia akan diactivate? Mcm whatsapp n facebook?
Quote prettyuglybabe 14-12-2020 03:54 PM
sudah-sudah la tu makcik..
delete saja la semua socmed arwah tu..
bukannya tak boleh simpan gambar tu sendiri..
dah macam attention seeker pulak..
or else, makcik apply la jadi artis..
Quote annadonna 14-12-2020 03:56 PM
Sudahlah makcik. Elok elok org kesian nanti menyampah. Cukup cukuplah nak limelight tu
Quote MakareyumSuciey 14-12-2020 04:00 PM
Hadapkan sangat la social media ni..pelik betul org2 sekarang..
Quote RatuDunia94 14-12-2020 08:18 PM
Sama la kan mcm IG arwah abam tu. Konon2 utk kenangan peminat n anaknya... org tu dh xde nak kenang2 kenapa? Save je la gambar ig tu simoan bg anak arwah tgok dh besar nanti
Quote Jiddin 14-12-2020 08:49 PM
Family nmpk agak hadap dgn jumlah followers berbanding nostalgia arwah. Maybe ada perancangan online business kot...
Quote msdummy.2018 14-12-2020 09:05 PM
Jiddin replied at 14-12-2020 08:49 PM
Family nmpk agak hadap dgn jumlah followers berbanding nostalgia arwah. Maybe ada perancangan online ...

hadap xhadap..tuh ig ank dia..dia berhak...org yg busy hack tuh xde hak..so sesuai lah kena sound setepek!
Quote Atata 14-12-2020 09:19 PM
Yang batu api d sini si saipul ni. Semoga kau reput ek kena bakar dlm neraka. Mak dia bising dalam FB mak dia, dtg si sepul ambik tu jd content dlm forum, the heck? Mak dia artis kah kau nak ambik luahan hati mak dia masuk dlm ni. Dah la dlm sini ni ramai gila judgemental, org tu baru 3  bulan kematian anak tiba2, disuruh berhenti bersedih? Like?? Kau belum kematian kuarga baik ko diam.
Quote bulalof 16-12-2020 09:22 AM
menggunakan perkataan batak utk luah kemarahan? low class....
Quote emilyrose 17-12-2020 07:57 AM
annadonna replied at 14-12-2020 03:56 PM
Sudahlah makcik. Elok elok org kesian nanti menyampah. Cukup cukuplah nak limelight tu

aku salah sorang org yg dah naik menyampah tu laa..
buat tambah siksa jer roh anak dia kat ‘sana’.. dah la most of the pics dalam insta tu gambar anak dia tak tutup aurat, lagi nak suruh org lain get a life.. makcik..!! ekau yg patut get a life okay..!!
Quote MadameOnion 17-12-2020 08:26 AM
aku tak rasa ada org hack..maybe ada org report sbb tuan punya akaun dah meninggal
Quote lotionmilo 17-12-2020 08:35 AM
Bukak lah makcik parcel tuuuu

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.084719 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top