CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ain Edruce Belikan Suami Piano Harga RM20,000, Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan

14-12-2020 02:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13268| Komen: 82



Pengacara dan pelakon Ain Edruce membuat kejutan menghadiahkan sebuah piano bernilai RM20,000 untuk suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa sempena ulang tahun perkahwinan pertama mereka baru-baru ini.

Momen kejutan tersebut dikongsi Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 28, menerusi sebuah video dalam saluran YouTubenya semalam.

Dalam video tersebut, Amirul dilihat terkejut dengan hadiah yang diterima sehingga mencetuskan tanda tanya bagaimana isterinya membawa masuk piano tersebut ke tingkat satu kediaman mereka.

Gelagat Amirul ketika menerima kejutan daripada isterinya.


“Sayang, saya ada hadiah untuk awak di atas. Gembira tak?

“Saya beli hadiah ini supaya awak dapat belajar bermain piano dan buktikan saya bukan berpura-pura pandai selama ini,” katanya dalam video tersebut.

Bagaimanapun, Amirul memberitahu hadiah tersebut bukan untuk dirinya tetapi akan menjadi milik Ain kerana dia tidak pandai bermain piano.

“Sumpahlah awak beli piano ini? Macam mana boleh bawa naik ke atas?

“Ini bukan untuk saya tapi hadiah awak (Ain). Ini tidak adil,” ujarnya.

Ain ketika dihubungi Kosmo! Online mengesahkan nilai piano tersebut dan memberitahu tujuannya membeli alat muzik itu adalah untuk kegunaan bakal cahaya mata sulung mereka pada masa akan datang.

“Insya-Allah kalau usia piano ini panjang, saya memang bercadang untuk mengajar dan menghantar anak mengikuti kelas piano,” katanya ringkas.

Meninjau dalam ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri itu dan reaksi Amirul ketika melihat hadiah tersebut.

Terdahulu, Ain dan Amirul mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2019 dan kini pengacara program Immortal Song itu sedang hamil empat bulan. 

Beruntunglah dapat hadiah sempena ulang tahun perkahwinan, mahal pula tu. Tapi kan sebenarnya mahal ke murah tak penting pun janji pasangan kita sentiasa ingat tarikh keramat permulaan hidup bersama sebagai suami isteri kan! - CARI



Sumber – K! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 14-12-2020 02:36 AM
Orang kaya, nak beli apa2 pon boleh
Quote DianaSaksen 14-12-2020 02:41 AM

Nasib bukan ps5..
Quote wnwa05 14-12-2020 02:49 AM
unik muka laki dia.tengok pun rasa nak sengih
Quote likecandy 14-12-2020 02:53 AM
Jadi sheols ngan husband x reti main piano ke
Tapi gigih nak beli jugak
Nasib kaya
Quote dudaberhias 14-12-2020 05:00 AM
kenapa gambar tu macam adik dengan abang je
Quote LautBiru52 14-12-2020 05:27 AM
Kelakar tengok pasangan ni. Sorang suka menyakat. Sorang blur. Hahahahaha
Quote RooneyMara 14-12-2020 07:07 AM
Wow. Sure rumah pun besar gila ni boleh beli grand piano gini.
Quote sukacactus 14-12-2020 07:13 AM
Aku kelakar tgk video tu smlm
Yg pandai main tu ain bkn laki dia
Tp hadiah anni ain utk laki
Pastu boleh dia mintak hadiah handbag plak kat laki sebab dia dah kasi piano
Quote sukacactus 14-12-2020 07:15 AM
likecandy replied at 14-12-2020 02:53 AM
Jadi sheols ngan husband x reti main piano ke
Tapi gigih nak beli jugak
Nasib kaya

Ain boleh je main, kaedahnya dia beli utk dia bkn laki
Quote Redmyvi 14-12-2020 07:22 AM
Hahaha beli piano hadiah anniversary utk suami tapi sebenar dia sndiri yg main..

Bijak bijak..  
Quote Tinot7 14-12-2020 07:39 AM
Apa maksud kalau umur piano panjang?

“Insya-Allah kalau usia piano ini panjang, saya memang bercadang untuk mengajar dan menghantar anak mengikuti kelas piano,” katanya ringkas.
Quote KIM.K 14-12-2020 08:17 AM
Puluhan ribu lemon tu
Quote me12345 14-12-2020 08:19 AM
Mmg seswai depa dua nih.....secocok
Quote likecandy 14-12-2020 08:21 AM
sukacactus replied at 14-12-2020 07:15 AM
Ain boleh je main, kaedahnya dia beli utk dia bkn laki

Ooh I x follow dia jadi x tau sheols boleh main ke x
Harap anaknya pon minat nak piano nanti, jgn tetiba mintak main drum
Quote lotionmilo 14-12-2020 08:24 AM
Serius lah grand piano rm20k? Brand apa?
Quote applecomel 14-12-2020 08:27 AM
wartawan mmg akan tulis dialog balik eh....owhhh betoi la utk org yg x tgk youtube
Quote sukacactus 14-12-2020 08:35 AM
likecandy replied at 14-12-2020 08:21 AM
Ooh I x follow dia jadi x tau sheols boleh main ke x
Harap anaknya pon minat nak piano nanti, jgn ...

Aku pun xfollow retis
Tp smlm ada youtube ni melintas, tengok je la
Quote lattehazelnut 14-12-2020 08:38 AM
sukacactus replied at 14-12-2020 07:13 AM
Aku kelakar tgk video tu smlm
Yg pandai main tu ain bkn laki dia
Tp hadiah anni ain utk laki

Kan sebenarnye i rasa beli utk diri sendiri..
Quote sukacactus 14-12-2020 08:40 AM
lattehazelnut replied at 14-12-2020 08:38 AM
Kan sebenarnye i rasa beli utk diri sendiri..

Saja dia suka menyakat laki dia

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.062716 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top