CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Beranak Maut Direnjat Elektrik Lepas Bapa Tergelincir Di Tandas

13-12-2020 08:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10801| Komen: 78

Description: Singapura: Tiga beranak maut selepas terkena renjatan eletrik di rumah mereka di sebuah flat di Ho Ching Road,Taman Jurong, di sini, Khamis lalu.
Singapura: Tiga beranak maut selepas terkena renjatan eletrik di rumah mereka di sebuah flat di Ho Ching Road,Taman Jurong, di sini, Khamis lalu.

Berita Harian Singapura melaporkan, mangsa adalah pasangan suami isteri, Omar Manan, 80, Asmah Bujang, 66, dan anak lelaki mereka, Muhamad Ashikin Omar, 45.



Gambar hiasan

Insiden berlaku apabila Omar tergelincir di tandas berkenaan ketika mandi sebelum terkena renjatan elektrik.

Asmah yang menyedari kejadian itu cuba membantu suaminya, tetapi turut terkena renjatan elektrik berkenaan.

Bukan setakat pasangan itu sahaja, sebaliknya anak lelaki mereka Muhamad Ashikin juga terkena renjatan elektrik ketika mahu menyelamatkan kedua ibu bapanya sebaik tiba di rumah.

Media tempatan melaporkan, Muhamad Ashikin sempat dibawa ke hospital namun tidak dapat diselamatkan.

Jurucakap polis mengesahkan kejadian itu berkata, pasangan berkenaan ditemui terbaring tidak bergerak di rumah mereka sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh seorang anggota paramedik.



Kredit foto: Harian Metro

"Manakala, anak kepada pasangan berkenaan yang mengunjungi mereka di unit itu, tidak sedarkan diri ketika dihantar ke Hospital Besar Ng Teng Fong sebelum disahkan meninggal dunia di hospital," katanya kepada pemberita BH.

Polis menolak kemungkinan insiden itu berlaku disebabkan disebabkan perbuatan khianat, namun memaklumkan siasatan lanjut sedang dilakukan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayawifenikmie 13-12-2020 09:16 AM
macam mana jatuh & terkena renjatan?

Adakah terkena renjatan .. then terjatuh ?

agaknya mesti kes pemanas air ni ....
Quote bintangct 13-12-2020 09:26 AM
sayawifenikmie replied at 13-12-2020 09:16 AM
macam mana jatuh & terkena renjatan?

Adakah terkena renjatan .. then terjatuh ?

i pun tertanya2 mcm mana bole terkena renjatan. agak2 kalau pakai selipur jepun bole kena renjatan tak? nk tahu juga mcm mana nak selamatkan org yg terkena renjatan drp kita terkena sekali
Quote Nana_Man 13-12-2020 09:44 AM
Yg i tau dari newspaper spore ialah arwah Omar tu yg electrocuted dulu. Arwah isteri pulak electrocuted masa nk tolong suami. Anak mereka pulak baru dtg ke rumah tu ngan cucu perempuan umur 15 tahun. Tunggu kat pintu tak bukak2, baru si anak cuba masuk kt dlm. Masa nk tolong mak bpk, dia jugak kene. Nasib cucu perempuan tu tak sentuh. Kalau tak, ngan budak tu jgk pun kene.
Quote SKUTIL 13-12-2020 09:57 AM
bintangct replied at 13-12-2020 09:26 AM
i pun tertanya2 mcm mana bole terkena renjatan. agak2 kalau pakai selipur jepun bole kena renjatan ...

Tutup main suis dia ....stop kan arus electric lah kan i rasa.....sepatut nya kalau brg electric kita shock mesti auto tendang fius kan??
Quote genUmi 13-12-2020 09:58 AM
dejavu plak rasanya

macam ada belaku kat tanah melayu je dua tiga bulan lepas
Quote SKUTIL 13-12-2020 10:00 AM
genUmi replied at 13-12-2020 09:58 AM
dejavu plak rasanya

macam ada belaku kat tanah melayu je dua tiga bulan lepas

Yup arwah eddy dgn kakak dia......kena pemanas air mandian tu ...... Kakak dia mandi kan ank buah then bukak je air mmg dh ada arus electric ...dia dgr kakak dia jerit dia dtg selamat kan dgn dia sekali kena renjatan ....tp sempat campak ank buah dia yg umor 2 tahun kot tp dia dgn kakak dia meninggal huhuhuhu...... Sedih lah dia kwn my husband  ..... Guitarist
Quote exclusive_vvip 13-12-2020 10:03 AM
SKUTIL replied at 13-12-2020 10:00 AM
Yup arwah eddy dgn kakak dia......kena pemanas air mandian tu ...... Kakak dia mandi kan ank buah  ...

macamana condition anak buah arwah tu skrg? masa kejadian dengarnya masuk icu
Quote slyfynx 13-12-2020 10:05 AM
SKUTIL replied at 13-12-2020 09:57 AM
Tutup main suis dia ....stop kan arus electric lah kan i rasa.....sepatut nya kalau brg electric k ...

Kat setiap wiring biasenye ade Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB).
Mende ni yang akan trip kalau ade short, same ade renjatan, atau ade shortcircuit.
And biase nye dekat fusebox kite satu fuse yang die tulis "PRESS BUTTON TO TRIP TEST MONTHLY"
Mende ni yang nk test ELCB tu function ke x.
Try tekan.
Kalau trip letrik satu rumah means ELCB masih elok function.
Kalau x trip, ade dah problem wiring tu. Kene suruh technician cek balik.

Quote Themilo 13-12-2020 10:08 AM
takziah.

rela iols mandi air sejuk.
Quote mejaputih 13-12-2020 10:11 AM
slyfynx replied at 13-12-2020 10:05 AM
Kat setiap wiring biasenye ade Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB).
Mende ni yang akan trip kala ...

Maksudnya bila kita tekan ELCB tu sepatutnya trip satu rumah la kan?
Quote anakmak 13-12-2020 10:16 AM
Ada tanya husband isu macam ni mcm mana nak handle
Tutup main switch box
I tanya boleh ke pakai benda2 cam selimut ke tuala ke yg kering utk tolong
Dan I lupa apa jawab dia
Quote sarahmirza 13-12-2020 10:22 AM
mejaputih replied at 13-12-2020 10:11 AM
Maksudnya bila kita tekan ELCB tu sepatutnya trip satu rumah la kan?

Iye... Ada button biru bawahnya tulis mcm forumer td tulis... Dekat water heater pun ada button test. Buka mcm biasa then tekan test... Klu heater mati maknanya still in good condition. Kena check benda2 kecik ni ..ikut rekmen once a month.
Quote CiliPadiSedap 13-12-2020 10:51 AM
slyfynx replied at 13-12-2020 10:05 AM
Kat setiap wiring biasenye ade Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB).
Mende ni yang akan trip kala ...

trip satu rumah tu tak betul , kalau trip satu rumah dh kena tukar water heater.

dia trip water heater je. lepas tu tekan reset.
Quote slyfynx 13-12-2020 11:11 AM
CiliPadiSedap replied at 13-12-2020 10:51 AM
trip satu rumah tu tak betul , kalau trip satu rumah dh kena tukar water heater.

dia trip water ...

Setau sy die trip satu rumah.
Kalau yang trip kat satu wiring line je tu untuk fuse kecik je.
Sbb rumah sy xde water heater, and still ade ELCB.
Sbb normally ELCB ni org pasang dr main power kan?
Sy pun x tau sgt pasal elecrical and wiring ni. Just tau yang org kite x penah test ELCB punye function.
Quote any42 13-12-2020 11:17 AM
salam takziah.
i jnis xkesah xde wter heater sbb mmg suka mndi/berendam dlm air sejuk. pernah pgi rumah kwn msuk toilet tgk wter heater yg psang sndri kot dgn exposed wire selirat seram tgk.
Quote matamata 13-12-2020 11:33 AM
slyfynx replied at 13-12-2020 10:05 AM
Kat setiap wiring biasenye ade Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB).
Mende ni yang akan trip kala ...

rumah yg ada water heater sgt2 disaran RCCB, ini tambahan utk ELCB
Quote matamata 13-12-2020 11:35 AM
CiliPadiSedap replied at 13-12-2020 10:51 AM
trip satu rumah tu tak betul , kalau trip satu rumah dh kena tukar water heater.

dia trip water ...

ELCB kalau tekan punat "test" mmg trip satu rumah....lpas ELCB ada lagi satu individual breaker namanya MCB (Miniature Circuit Breaker)-yng ni control individual device
Quote matamata 13-12-2020 11:38 AM
slyfynx replied at 13-12-2020 11:11 AM
Setau sy die trip satu rumah.
Kalau yang trip kat satu wiring line je tu untuk fuse kecik je.
Sb ...

Typical setup utk rumah (single phase atau 1P)

Main switch-ELCB-MCB-appliance

kalau ada water heater
Main Switch-ELCB-RCCB-MCB-water heater
Quote Artemesiaa 13-12-2020 11:42 AM
Kes guna water heater yang jarang diselengara dengan baik mungkin.  Benda tu kalau dah lama guna elok diperiksa selalu.  Sebaiknya kalau jadi kes macam tu dan nak bantu mangsa off kan suiz elektrik dan tolak mangsa guna batang kayu dulu macam batang kayu mop atau penyapu untuk jauhkan dari air.  Kalau terus terpa pasti lebih ramai jadi mangsa.

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.050750 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top