CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Kelar Leher 3 Anak Kerana Tak Tahan Hidup Miskin

13-12-2020 08:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6277| Komen: 40

Sumatera Utara: Seorang wanita mengelar leher tiga anaknya dan cuba membunuh diri selepas kecewa kerana hidup dalam kemiskinan.

Suaminya, Nofedi Lagahu berkata, sebelum itu isterinya pernah meluahkan perasaan kerana tidak tahan hidup dalam kesusahan.


"Kami hidup susah, hanya makan sekali dalam tempoh tiga hari. Jika tiada wang untuk beli beras, saya beri anak pisang dan air kosong saja," katanya seperti dilaporkan Tribunnews.


Kredit foto: TribunNews/Harian Metro

Menurutnya, dia hanya bekerja sebagai penoreh getah dengan gaji sekitar 200,000 rupiah (kira-kira RM57) seminggu yang digunakan untuk membeli keperluan rumah.

Nofedi berkata, dia kerap berselisih faham dengan isterinya, Marina Tafona'o namun, tidak menyangka masalah itu berakhir tragedi.

Dalam kejadian Rabu lalu, Marina membunuh tiga anak mereka dengan cara mengelar leher mereka.


Ketika itu, Nofedi tidak ada di rumah kerana keluar mengundi untuk Pilihan Raya Kepala Daerah dan turut membawa anak sulung mereka.

Selesai mengundi, mereka pulang dan melihat ketiga-tiga kanak-kanak itu telentang dan berlumuran darah.

Marina dilihat berada di sebelah ketiga-tiga anak mereka juga dalam keadaan terlentang bersama parang yang digunakan untuk mengelar mangsa.

Ketua Polis Nias, Iptu Yasden berkata, siasatan mendapati wanita berkenaan mengelar leher ketiga-tiga kanak-kanak itu menggunakan parang hingga hampir putus.

"Suspek cuba kelar lehernya namun sempat dihalang jiran," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
2

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 13-12-2020 09:34 AM
Leluhurrrrr
Quote KIM.K 13-12-2020 09:40 AM
tiap2 anak tu ada rezeki dia, nabi tegur jangan bunuh anak2
Quote sarahmirza 13-12-2020 10:27 AM
Kasihannya....tertekan kerana miskin.
Quote Artemesiaa 13-12-2020 10:34 AM
Sejak ramai kesempitan hidup hilang punca pendapatan atau pendapatan tak seberapa untuk menanggung keluarga makin banyak kes lebih kurang macam ni dilapurkan.  Bersykurlah mereka yang tak berapa terjejas dengan situasi semasa.
Quote kelapaparut 13-12-2020 10:37 AM
meh la dtg keje kat malaysia, mcm2 keje ade..
Quote syaz_lina 13-12-2020 10:38 AM
Kesiannya, tak sanggup kot tengok anak2 miskin n lapar.
Quote me12345 13-12-2020 10:40 AM
Indon ....tak memeranjatkan. Tiada yg mustahil
Quote copy_paste 13-12-2020 10:50 AM
teruk sangat dah akibat covid ni.....
ttekanan hidup bila punca pendapatan terjejas,
kalau dah ada anak kena percaya la tiap anak tu ada rezeki dia,kena la cari dan usaha...
kalau malas x sanggup nak usaha jgn la buat anak.....
Quote sayawifenikmie 13-12-2020 10:56 AM
kesiannyaa ... dia tak sangguop tengok anak anakdia kelaparan .....
Quote dudaberhias 13-12-2020 12:15 PM
tak tahu nak kata apa sebab kita tak tahu apa yang dia lalui nak2 memang dia susah dan kesempitan hidup... tengok gambar pun dah takde rupa orang waras dah pun...
Quote Tinot7 13-12-2020 01:15 PM
Takziah kpd keluarga.
Quote dudaberhias 13-12-2020 01:16 PM
sayawifenikmie replied at 13-12-2020 10:56 AM
kesiannyaa ... dia tak sangguop tengok anak anakdia kelaparan .....

Tu la kaka, bayangkan hari2 anak2 dia bagitahu mak dia 'bu lapar bu' tanpa henti. Tengok gambar mak dia tak sensor dekat portal indon memang rupa dah tak waras dah pun, dah macam orang hilang segala2nya untuk teruskan hidup.
Quote Bedah.Cun 13-12-2020 01:24 PM
Dia depressed lar tue. Yang neh mak takkan maki walaupun deme indon. They are human macam kita gak, afterall.
Quote ninja9 13-12-2020 01:48 PM
kesian.. tak bolehlah baca berita ni.

tak ada bdan yang boleh tolong merka kah. badan kebajikan kah?  tapi bila teringat ramai rakyat yang susah di indon ni ramai yang hanya lepas makan sahaja, kali nak tolong orang lain pun susah. kali mereka ini dahlah susah kesekolah pun tidak.. betul2 tersepit
Quote buapakperut 13-12-2020 01:55 PM
dah tau miskin lagi beranak pinak.. pastu naik syeton gi bunuh
Quote trisnalovezul 13-12-2020 03:08 PM
kelapaparut replied at 13-12-2020 10:37 AM
meh la dtg keje kat malaysia, mcm2 keje ade..

setuju sama kamu..rmai org malaysia yang berhenti kerja tpi tidak warga asing mereka ga ada diberhentikan kerja disini..khidmat mereka sangat diperlukan..alhamdulillah
Quote trisnalovezul 13-12-2020 03:09 PM
bumi alloh ini luas..mari datang malaysia peluang kerja masih ada disini..
Quote naina 13-12-2020 03:17 PM
copy_paste replied at 13-12-2020 10:50 AM
teruk sangat dah akibat covid ni.....
ttekanan hidup bila punca pendapatan terjejas,
kalau dah ada ...

Yes..setiap anak tu ada rezekinya. Cume dgn syarat mak bapak kena rajin..setiap usaha mesti ada hasil. Klu duduk mngharap bantuan je mcm tipikal ummah malaysia miskin ni mmg xkemanala...usaha ikhtiar dan tawakal.
Quote Jitu 13-12-2020 03:25 PM
ngerinya    

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.039458 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top