|
Nama pelakon Fauzi Nawawi sememangnya tidak asing lagi dengan watak antagonis yang sering dibawa dalam lakonan. Anak kelahiran Perak ini bukan sahaja seorang pelakon malah juga seorang penerbit dan pengarah dimana filem arahan pertamanya berjudul Pak Pong. Baru-baru ini menjengah ke laman Instagram, pelakon berusia 47 tahun itu ada memuat naik satu posting mengenai seorang individu yang begitu baik dan jujur.
Lupa isi minyak
sehari 4 kali terlupa.Menurut perkongsian itu, dia mengakui sering terlupa mahu mengisi minyak apabila sudah membuat pembayaran.
“Hari ini dah kali ke-4 jadi macam ni.. masuk stesen minyak bayar duit beli air tin lepastu masuk kereta terus jalan. Sampai separuh jalan baru teringat minyak tak isu pun tapi duit dah bagi,” tulisnya. Ada hamba Allah begitu baik Fauzi berkata, dia sudah pun redha dan tidak mahu berpatah balik kerana perjalanan sudah jauh. Namun tidak disangka-sangka apabila salah seorang pekerja stesen minyak tersebut menghantar mesej di Instagram. Menerusi perkongsian tangkapan skrin yang dimuat naik, wanita yang bernama Zahrina itu ingin memulangkan semula wang yang sudah dibayar oleh pelakon tersebut. Disebabkan perkara tersebut, suami kepada aktres Lisdawati itu tidak menyangka ada hamba Allah yang sejujur dan semulia hati wanita terbabit. Justeru, dia mengucapkan terima kasih atas sikap jujur dan amanah itu dimana hanya Allah SWT dapat membalas segala kebaikan yang diberikan.
Alhamdulillah! Murah rezeki adik tu
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|