CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kru Kabin Digalak Pakai Lampin Kurangkan Risiko Penularan Covid-19

12-12-2020 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4610| Komen: 28

Kru kapal terbang di China digalakkan memakai lampin pakai buang serta mengelakkan penggunaan tandas untuk mengurangkan risiko penularan virus Covid-19.


Kredit foto: Mirror/Getty Images


Pemilik syarikat penerbangan membuat saranan berkenaan untuk kru yang berada dalam penerbangan sewaan (charter flight) ke tempat yang dikategorikan sebagai 'destinasi berisiko tinggi'.

Panduan tersebut telah diterbitkan dalam dokumen 49 halaman yang baru oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC), berjudul Panduan Teknikal untuk Perlindungan dan Pengendalian Epidemik untuk Syarikat Penerbangan.


Kredit foto: Mirror/Getty Images


Dalam bahagian mengenai alat pelindung diri, ia menyebut: 'Dianjurkan agar kru kabin memakai lampin pakai buang', sambil menambah kakitangan harus 'mengelakkan penggunaan tandas, mengurangkan risiko jangkitan'.

Ia juga menyarankan kru memakai PPE termasuk topeng perubatan, sarung tangan, pakaian, googles dan penutup kasut.

CAAC juga menyarankan kabin pesawat dibpisahkan menjadi beberapa bahagian termasuk 'kawasan bersih, zon penampan, tempat duduk penumpang dan kawasan kuarantin'.


Kredit foto: Mirror/Getty Images

Tiga baris terakhir di bahagian belakang pesawat disarankan untuk dijadikan kawasan kuarantin kecemasan. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 12-12-2020 12:15 PM
Ok.la tu
Tapi.kalau pakai skirt ketat..nampak.la bekas lampin pakai buang..huhu
Quote evlinne 12-12-2020 01:36 PM
Jadi mcm bontot kakpam pulak
Petak pastu berat nak bawa
Quote genUmi 12-12-2020 01:59 PM
err gamak ke nak membuang dlm tuh, sekali x tertampung
Quote blastoff 12-12-2020 02:07 PM
Edited by blastoff at 12-12-2020 02:11 PM

najis dok melekat kat celah kangkang berjam2 dlm keadaan bergerak ke sana sini dlm ruang cabin yg amat sempit tu bukankah boleh menyebabkan eczema atau penyakit kulit yg teruk.... euwww pengotor nya kerajaan komunis china.... tak lama lagi kat malaysia plak akan diamalkan kerana muhyidin anggap segala SOP kerajaan china terbaikkkkk

Bersiap sedia lahhh rakyat marhein yg keja gomen utk berebut beli lampin plakk sebab kang kat pejabat2 kerajaan plak ke jadi gitu hihihi
Quote mbhcsf 12-12-2020 02:16 PM
oh my god. sampai tahap ni ye , wow...
Quote Belibis 12-12-2020 04:27 PM
Vaksin dah ada,sibuk nak bg kat mesia.raykat sendili suruh pakai pampes.
Quote Perawankota 13-12-2020 12:44 AM
Klu flight belas jam. Tak ke busuk lampin tu
Quote pooh~key 13-12-2020 01:25 AM
Apa saja about china, akak tentang dek. Akak lagi rela america yang takluk dunia dek!
Quote rogayahtop 13-12-2020 05:38 AM
tak takut kena saman ke airline buat benda bodoh mcm ni? Staffs pun ada hak pekerja, tapi tak tau la kalau china airlines
Quote husna_amal 14-12-2020 11:55 AM
Pakai lampin macam geng2 haiking buat.
Quote Modngengade 14-12-2020 12:00 PM
pooh~key replied at 13-12-2020 01:25 AM
Apa saja about china, akak tentang dek. Akak lagi rela america yang takluk dunia dek!

mereka dah biasa kepam, apa nk dihairankan kan kak pookey

Quote Artemesiaa 14-12-2020 12:03 PM
Kalau lama tak ditukar mau berbau bila berjalan disamping penumpang
Quote damsel_fiji 14-12-2020 12:05 PM
Ujung2 dapat pulak penyakit bawaan taik
Quote mamajawie 14-12-2020 12:43 PM
ade gak montot kena ruam lampin kang..bahahhaha
Quote laksmanabentan 14-12-2020 01:25 PM
dibuatnya time tu cirit camna?
addduhhh.... x ker meleleh camtu?
tup2 ada yg meleleh kat tepi peha tuh....
Quote blastoff 14-12-2020 01:28 PM
Artemesiaa replied at 14-12-2020 12:03 PM
Kalau lama tak ditukar mau berbau bila berjalan disamping penumpang

seb baik semua pakai mask boleh calit sket perfume kat mask agar tak bau tengik apabila pramugari lalu tepi
Quote blastoff 14-12-2020 01:30 PM
damsel_fiji replied at 14-12-2020 12:05 PM
Ujung2 dapat pulak penyakit bawaan taik

asal bukan covid apa penyakit lain hinggap pun tak perrrr kekdahnyaaaa
Quote RatuDunia94 14-12-2020 09:02 PM
Pekerjaan yg dulunya konon glamour kini hanyalah igauan ngeri..
Quote MissVixen 14-12-2020 09:04 PM
husna_amal replied at 14-12-2020 11:55 AM
Pakai lampin macam geng2 haiking buat.

Serius? Geng hiking buat macam tu ke???? Ingatkan membuang dalam semak.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.039280 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top