CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sam Bunkface Bergelar Suami Kembali

11-12-2020 02:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9279| Komen: 43

Description: Vokalis kumpulan Bunkface, Sam selamat mengakhiri zaman duda dengan seorang wanita dikenali sebagai Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi.
Vokalis kumpulan Bunkface, Sam selamat mengakhiri zaman duda dengan seorang wanita dikenali sebagai Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi.

Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Mohd Baharom, 33, berkongsi perkara itu menerusi laman Instagram dengan memuat naik beberapa keping foto pada Khamis.


Menerusi foto berkenaan pasangan itu memakai pakaian sedondon berwarna putih di atas pelamin dipercayai pada majlis pernikahan mereka.

Kredit foto: IG


Menerusi foto berkenaan pasangan itu memakai pakaian sedondon berwarna putih di atas pelamin dipercayai pada majlis pernikahan mereka.

“Doakan yang baik-baik untuk kami. Alhamdulillah, ” ujarnya.


Berita gembira itu turut disambut baik oleh peminat yang membanjiri posting berkenaan dengan ucapan tahniah.

Malah, ramai yang turut menitipkan doa buat Sam dan isteri agar hubungan yang dibina berkekalan selamanya.

Untuk rekod, Sam sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang penerbit rancangan, Aida Azira Hussin pada 25 April 2015.

Hasil perkahwinan, dia dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Maleeq yang kini berusia tiga tahun.

Pasangan itu bagaimanapun bercerai pada penghujung bulan Januari tahun lalu.

Usaha mStar untuk mendapatkan komen lanjut daripada Sam tidak berhasil apabila penyanyi itu tidak menjawab panggilan.

Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Mohd Baharom, 33, dan isteri sedondon berpakaian raja sehari berwarna putih dihiasi dengan pelamin bunga-bungaan bagi meraikan hari bahagia mereka. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TerataiMelur02 11-12-2020 02:38 PM
Cantik wife sam.. Tahniah
Quote shernazz 11-12-2020 02:39 PM
Call buat apo
Orang tengah hanimoonnn
Quote weezerfan 11-12-2020 02:41 PM
Harap x jd mcm badul cret merata
Quote sleepandream 11-12-2020 02:43 PM
congratss
kejap je dah dpt pengganti...
Quote Normabaru 11-12-2020 02:49 PM
Tahniahhhhhh
Quote mamajawie 11-12-2020 03:06 PM
sibuk la hai mstar org tengah mood hanimun lagi nk kaciau buat pa tah...
Quote Fafaaisa 11-12-2020 03:17 PM
Semoga perkahwinan ini berkekalan hendaknya..wartawan pun sibuk la nak call..org baru je kawen
Quote doubleA 11-12-2020 04:02 PM
Lawa bini. Tahniah sam. Bak pinang dibelah dua
Quote cikcikebom 11-12-2020 04:10 PM
Tahniahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Quote bondeh 11-12-2020 04:24 PM
Dari semalam tunggu berita nih. Wife comeyyy
Quote miemiecha 11-12-2020 04:36 PM
wahhh tahniah,,
lawa wife nyer
Quote ifanonline 11-12-2020 04:44 PM
wife dier andartu junior kan?
Quote matchstick 11-12-2020 06:06 PM
ifanonline replied at 11-12-2020 04:44 PM
wife dier andartu junior kan?

Yg penting cantik..kalau andarmu umur 20 pun tapi rupa mcm wani comel baik pilih andartu kan
Quote RatuDunia94 11-12-2020 06:08 PM
Kahwin je la selagi boleh berkahwin..
Quote ikanmasin 11-12-2020 06:11 PM
alhamdulillah tahniah....
Quote me12345 11-12-2020 06:26 PM
Tahniah.......
Quote chenta_dewi 11-12-2020 06:33 PM
matchstick replied at 11-12-2020 06:06 PM
Yg penting cantik..kalau andarmu umur 20 pun tapi rupa mcm wani comel baik pilih andartu kan

Jaaat awaaa
Quote Nenasketum 11-12-2020 06:38 PM
Beribu2 taniyaaaa, buat anak reramai dah dua2 cantik molek ori. Bukan macam andartu kawen lelaki paling hamsam yang dah renovate muka fefeeling naturally gorgeous.
Quote awenda507 11-12-2020 06:41 PM
Alhamdulillah tahniah sam.moga kekal selamanya ya

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.060194 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top