CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rempit Moden - Masuk Simpang Melulu, Aksi Kumpulan Basikal Undang Bahaya

12-12-2020 01:14 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 3353| Komen: 10|Original author: Oleh: rikuren


Aktiviti berbasikal kini menjadi trend di Malaysia. Perkembangan ini sangat baik memandangkan rakyat Malaysia sudah cakna dengan aktiviti riadah dan rekreasi.

Namun, dalam pada kita meraikan sesuatu yang baik, ada segelintir individu atau kumpulan yang menconteng arang kepada aktiviti riadah ini.

Badan Bukan Kerajaan (NGO) MyWatch menerusi Twitter rasmi mereka telah memuat naik rakaman video kumpulan berbasikal yang memotong masuk ke simpang bulatan secara melulu sehingga membuatkan kenderaan lain di belakang terpaksa brek secara mengejut.

Dalam video itu juga menunjukkan pemandu kereta yang ingin keluar simpang itu terpaksa memperlahankan kenderaannya secara mendadak sebelum keluar simpang bulatan, khuatir akan melanggar penunggang basikal lain.



Meninjau ruang komen, rata-rata netizen turut marah dengan tindakan penunggang basikal terbabit.



Kredit foto: Twitter @My_CrimeWatch

Begitulah apabila sesuatu perkara menjadi trend, perkara itu sedikit sebanyak akan menerima tempias, sama ada baik atau buruk. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 12-12-2020 01:29 PM
Mcm aku kena tadi la... Bukannya nak lalu dekat lorong basikal. Nak jugak lalu tepi jalan besar
Quote buapakperut 12-12-2020 01:56 PM
Kurex replied at 12-12-2020 05:29 AM
Mcm aku kena tadi la... Bukannya nak lalu dekat lorong basikal. Nak jugak lalu tepi jalan besar

tu belum lagi yg geng budak kecik2 malam2 macam toyol bawak beskal tetibe tukar lane tak tengok kiri kanan belakang, harap dorang mampus time berak
Quote EvieWanKenobi 12-12-2020 05:18 PM
tolong la buat satu undang2 untuk
yang naik basikal..

malang tak berbau..
Quote Kurex 12-12-2020 06:07 PM
buapakperut replied at 12-12-2020 01:56 PM
tu belum lagi yg geng budak kecik2 malam2 macam toyol bawak beskal tetibe tukar lane tak tengok ki ...

Tu lagi la.. nak pulak waktu malam & turun buki.
Quote Normabaru 13-12-2020 01:36 PM
Kes gini klu mati blm tentu claim insurance lepas sbb ada negligence.. Menunggang basikal extreme sport di kawasan merbahaya.. Selamat mati katak
Quote lattehazelnut 13-12-2020 08:16 PM
Mmg pun lg teruk dr rempit
Quote eyansss 13-12-2020 10:26 PM
rempit beskal version tua benak...  aku lagi rasa nak hempuk deme ni berbanding rempit beskal
lajak bebudam version...
Quote husna_amal 14-12-2020 11:39 AM
Hobi kami mahal, sila hormat kami seperti mana pengguna jalan raya lain. Katanya lah
Quote ninjago 14-12-2020 12:26 PM
hmm belum lagi yg tahan kete tuk kasi laluan geng2 dia lalu kt tengah2 jalan..  hauk gile perangai. dia la patut stop dulu kasi kete lalu tu laluan kereta!! bukan taknak toleransi tapi kadang dah melampau sgt.
Quote Artemesiaa 14-12-2020 12:33 PM
Eloklah diperketatkan undang2 berbasikal dijalanraya ni.  Banyak kali dah mengundang bahaya kepada pengguna jalanraya yang lain.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.041762 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top