CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sikit-sikit Illuminati, Baju Ismail Sabri Bermata Satu Curi Perhatian Netizen

12-12-2020 01:16 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 5302| Komen: 11|Original author: Oleh: rikuren


Selepas beberapa kali mencuri perhatian netizen dengan pakaian dan perhiasan ketika membuat sidang media secara langsung berhubung perkembangan semasa COVID-19,  kali ini kemeja putih Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula menjadi buah mulut netizen.

Ia susulan kemeja putih yang dipakainya ketika sidang media pada semalam, 9 Disember memaparkan logo jenama bermotifkan mata. 


Kredit foto: Oh Bulan

Sebelum ini, lambang mata sering dikaitkan dengan Illuminati atau Freemason walaupun tidak dapat dipastikan kesahihahnnya. 


Kredit Foto - The Conversation


Akan tetapi, mujurlah sebahagian besar netizen yang lebih arif mengenai fesyen tampil menyelamatkan keadaan.


Kredit foto - Google

Rupa-rupanya, baju kemeja putih berlambang matu satu itu merupakan salah satu jenama fesyen iaitu Kenzo. Ia bukanlah pakaian seragam mana-mana organisasi atau pertubuhan yang berkaitan dengan Illuminati atau Freemason.


Kredit Foto - The Vocket

Untuk kemeja yang dipakai oleh Ismail, harga bagi sehelai rekaan itu bernilai 51.67 pound (RM280.61). Boleh tahan mahal.



Kredit foto: murai.my

Maka, terjawab sudah persoalan berkenaan logo mata itu. Logo jenama antarabangsa itu sememangnya dikenali dalam dunia fesyen. Jadi, tidak perlu terkejut apabila ada yang memakainya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shark 12-12-2020 01:19 PM

maka lagi kuatlah hujah antivak


Quote Tinot7 12-12-2020 03:10 PM
Mahalnya baju....
Quote Lagubestbest 12-12-2020 03:42 PM
tak sesuai la pakai baju party buat kerja kerajaan. menteri pun.
Quote Abot 12-12-2020 04:02 PM
Sesekali atok nk bergaya ngn mata 1 pun x senang la {:hooray
Quote EvieWanKenobi 12-12-2020 05:23 PM
kalau tak memandai bukan netizen la..
Quote MsPercy 13-12-2020 04:17 PM
Baju pon ade mata
Quote otai_g 13-12-2020 05:45 PM
Hebat netizen Malaysia. Smpikan selipar pki dlm rumah anuar musa pun blh trace tau brp harga.
Quote Cicisweets 13-12-2020 07:20 PM
Acik lembuniti  dlm porem tak mau berhujah ke,kalau retis laju kemain ditilik sana sini,pantang org tu femes sikit{:smile
Quote husna_amal 14-12-2020 11:37 AM
Kalau jenama ni terkenal mungkin netizen tak trigger sangat. Tapi tak mustahil kalau2 ada iluminati dalam pentadbiran negara.
Quote Artemesiaa 14-12-2020 01:32 PM
Sebab bila jadi public figure kena alert bab2 pakaian agar tak jadi isu sebab netizen sentiasa memerhati dah mula bagi komen
Quote RatuDunia94 14-12-2020 08:51 PM
Tp x mustahil dan x hairan pun.. cuols ingat suci sangat ke pemimpin2 kita ni?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.064915 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top