LINGGI - Penduduk di Rumah Rakyat Pengkalan Durian, di sini berdepan dengan masalah kualiti bekalan air paip yang tidak memuaskan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Penduduk, Nor Azman Baharudin, 46, berkata, masalah berkenaan sudah lama berlarutan menyebabkan penduduk terpaksa menggunakan penapis air untuk menapis air bagi kegunaan harian. "Tidak semua penduduk mampu membeli penapis air kerana harganya boleh mencecah hingga RM10,000. "Lebih mengecewakan apabila kita terpaksa membersihkan alat penapis itu sekurang-kurangnya dua kali sehari memandangkan tahap kekotoran air sangat teruk," katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini. Nor Azman berkata, bagi penduduk yang tiada penapis air, mereka terpaksa menunggu sekurang-kurangnya lima minit untuk mendapatkan bekalan air bersih. “Pada lima minit pertama, air yang keluar berkarat, keruh dan berlaku pembaziran kerana air itu terpaksa dibuang begitu sahaja, malah setiap bulan kami terpaksa membayar bil yang agak tinggi. “Selain kualiti yang tidak memuaskan, bekalan air juga kerap terputus. Dalam seminggu, pasti berlaku dua atau tiga kali bekalan tergendala tanpa sebarang notis,” katanya. Nor Azman berkata, masalah berkenaan sudah dimaklumkan kepada Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) melalui pejabat Adun Linggi, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil. Sementara itu, Zainal Sharif, 59, berkata, sudah hampir 22 tahun dia sekeluarga mendiami perumahan itu, namun masalah kualiti air timbul sejak dua hingga tiga tahun lalu. “Masalah ini tidak sepatutnya dibiarkan berterusan kerana ia menyukarkan orang ramai,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Sains, Norzita Ismail berkata, Rumah Rakyat Pengkalan Durian antara kawasan menerima perkhidmatan bekalan air dari Loji Rawatan Air Sawah Raja yang mana ia merupakan loji terbaik negeri ini. “Kita telah melakukan semakan dan mendapati semua operasi Sains berjalan dengan baik tanpa gangguan sehingga boleh menimbulkan masalah kepada pelanggan di kawasan berkenaan. “Sains mengenal pasti kemungkinan tangki individu di setiap rumah penduduk tidak dibersihkan dalam jangka masa yang agak lama sehingga menimbulkan masalah kualiti air tersebut. “Tangki air individu di setiap rumah perlu dibersihkan secara berkala bagi memastikan tahap kebersihan tangki sentiasa berada di dalam keadaan baik sekali gus mengelakkan masalah kualiti air yang digunakan setiap isi rumah,” katanya. Sementara itu, Norzita berkata, bekalan terputus tanpa notis adalah berikutan kejadian paip pecah. “Namun kita telahpun mengambil tindakan segera dengan membaiki paip berkenaan bagi memastikan pelanggan tidak berhadapan dengan kerumitan,” katanya lagi. |
yanasan21 posted on 30-10-2013 09:51 AM
kt kg aku pun sama gak...tp bila time pilihanraya, time tu la air ada...time tu la airnya bersih.... ...
kuchenta_81 posted on 30-10-2013 12:45 PM
Aku dah naik mual jemu dengan masalah air kat negeri 9 nih
bertahun2 tak pernah selesai
dulu, salu ...
ADVERTISEMENT