CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dah Kenapa Bawa Masuk Basikal Ke Dalam Kafe?

12-12-2020 01:23 PM| Diterbitkan: Edilya| Dilihat: 5975| Komen: 22|Original author: Oleh: Cari Ika

Semenjak sempadan daerah dan negeri yang kembali dibuka baru-baru ini, ramai penunggang basikal kembali beriadah. 

Namun, apa yang menjadi isu adalah ada antara mereka yang membawa masuk basikal ke dalam restoran ketika mahu makan. 


Kredit Foto: @amar_zulkifly (Twitter) 

Perkara itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kafe dan mula tular di media sosial selepas dikongsikan @amar_zulkifly di Twitter yang juga difahamkan merupakan pemilik kafe berkenaan. 

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah kafe di Prima Saujana Kajang. 



Difahamkan, perkara itu berlaku ketika dirinya tiada di kafe dan staf pula tidak berani untuk menegur atau menghalau kedua-dua penunggang basikal tersebut. 

Video yang mula tular itu mencetus pelbagai reaksi daripada netizen dan ramai antara mereka yang marah dengan perangai pelik yang ditunjukkan oleh penunggang basikal terbabit. Ada juga yang mempersoalkan di mana common sense mereka sehingga terjadi perkara seumpama ini. 



Kredit Foto: @amar_zulkifly (Twitter) 

Kredit Foto: @amar_zulkifly (Twitter) 

Ada juga netizen mencadangkan pemilik kedai makan agar meletakkan pelekat 'No Bicycle' di hadapan kedai agar perkara sama tidak akan berulang. Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa kerajaan perlu menggubal akta dan undang-undang yang lebih tegas agar golongan ini tidak akan menyusahkan orang lain. 

Dalam pada itu, ada juga mengatakan perbuatan ini telah merosakkan nama baik penunggang basikal lain kerana akibat nila setitik, rosak susu sebelanga. 

Sehingga kini, video yang berdurasi 20 saat terbabit telah ditonton sebanyak lebih 200 ribu kali oleh pengguna Twitter.  - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 12-12-2020 01:31 PM
Ohhhhh petikan dari twitter... Cilakaaaaa siapa yg bukak benang ni
Quote Skuau 12-12-2020 02:49 PM
Aku....pernah pancitkan tayar beskal ore yg 'camni'(pangainya)...
Quote merrissa 12-12-2020 03:26 PM
kesian deme...harga beskal dh mcm harga kete....gile nak tinggai luar...WAKAKAKAKAKKA

take away je la woi...gilir2 jaga beskal...gigih angkut naik
Quote gorjeous 12-12-2020 06:47 PM
Beli Basikal mahal mampu.. kunci basikal pun tak boleh beli kee..
Quote SKUTIL 12-12-2020 06:56 PM
Poser always be like poser
Quote Knowlee 12-12-2020 07:33 PM
gorjeous replied at 12-12-2020 06:47 PM
Beli Basikal mahal mampu.. kunci basikal pun tak boleh beli kee..

Tahu takpe...
Quote djzara81 12-12-2020 08:29 PM
Tahun 2020 ni tahun malang cyclist segera. Dimana2 pon org benci sama depa.
Quote Zizi999 12-12-2020 11:09 PM
Tudiaa askau jepun hahaha
Quote ninnamina 12-12-2020 11:11 PM
Dah tau bawak beskal yang sebuk nak lepak2 cafe dah kenapa.
Pegi je la dok mamak atau kedai yg meja2 kat luar. Ingat semua org boleh tolerate ke.
Quote faraway1 13-12-2020 04:22 AM
sebijik cam my abang ipar, tapi tak bawak dalam kafe
ialah sebab keta, tapi parking depan pintu betul hahaha
Quote lattehazelnut 13-12-2020 11:22 AM
Nila setitik apanya.. da mmg tercemar da..
Rempit pun xbawak moto masuk dalam cafe..
Quote LautBiru52 13-12-2020 03:20 PM
Nampaknya myvi dah tak berkeseorangan sekarang. Boleh la start buat group. Hahahaha. Gov kena gubal undang-undang la utk basikal. Sebab dah makin ramai yg gunakan jalan raya. Bahaya dan menyusahkan orang lain
Quote matseh 13-12-2020 04:00 PM
Ramai jeles ni.
Basikal harga  lagi mahal dari Ysuku takkan nak tinggal luar.
Quote ~boolean 13-12-2020 07:38 PM
yang bawa basikal bodoh,
tapi owner kedai lagi bodoh...

aku rasa memang common sense tak patut bawa basikal masuk cafe,
tapi owner dan pekerja patutnya tegur/halau kalau tak benarkan...bodohnya alasan "tak berani"...
kalau orang bawa motorsikal masuk kedai, nak guna alasan "tak berani" juga..?
bodohnya pekerja...tak ada common sense...

kemudian viralkan lepas cyclist tu dah makan dan bayar...
owner jenis apa lah macam ni...
kesilapan dan kebodohan sendiri, tapi gigih nak menayang kebodohan orang lain..

Quote lattehazelnut 13-12-2020 07:40 PM
matseh replied at 13-12-2020 04:00 PM
Ramai jeles ni.
Basikal harga  lagi mahal dari Ysuku takkan nak tinggal luar.

Kalau nak kencing bawak basikal dlm toilet gak ke? Kalau solat letak kat mane pulak?
Quote Meiizu 13-12-2020 08:15 PM
~boolean replied at 13-12-2020 07:38 PM
yang bawa basikal bodoh,
tapi owner kedai lagi bodoh...

Owner takde..staff yg tak berani .
Maybe owner patut buat video blurr

Quote matseh 13-12-2020 10:50 PM
lattehazelnut replied at 13-12-2020 07:40 PM
Kalau nak kencing bawak basikal dlm toilet gak ke? Kalau solat letak kat mane pulak?

My friend,
Tentulah depa berak dulu. Tentulah sembahyang dulu sblm berbasikal.
other than that hanya depa2 yg berbasikal saja yg tau.
Kalau aku terserempak pagi esok jln moto GCE aku tanya.


Quote husna_amal 14-12-2020 11:33 AM
Dah makin busuk dah nama geng2 basikal mewah ni. Lepas ni tukar hobi baru.
Quote niena90 14-12-2020 12:37 PM
Rasanya mmg peel dorg camni. Esok lusa bawak kete/motor pun angkut masuk kedai jgk

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.036875 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top