CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azhar Sulaiman Dan Edika Yusof Tak Setuju Cara Mas Idayu Komen Pedas

10-12-2020 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12768| Komen: 64

Perkongsian penyanyi Mas Idayu mengenai sikap garang yang ditunjukkan setiap kali menjadi juri program realiti mendapat perhatian pelakon senior Azhar Sulaiman dan Edika Yusuf.


Menerusi ruang komen di Instagram rasmi mStar, Azhar dan Edika masing-masing tidak setuju dengan cara itu dan menyifatkan boleh membunuh semangat peserta.

Foto: IG

Menurut Edika, 53, komen yang terlalu 'panas' hanya akan memalukan peserta program realiti tersebut.

"Mengikut pendapat saya memang tak patut komen panas-panas. Ini akan mematahkan semangat dan memalukan mereka sebab satu Malaysia sedang tonton.

"Kita yang berpengalaman patut bagi komen yang membakar semangat bukan memalukan mereka," tulis Edika.


Foto: mStar Online

Manakala, Azhar pula menganggap apa yang ditonjolkan seseorang selebriti itu di kaca TV memberi gambaran kepada netizen mengenai diri mereka sebenar.

Malah pelakon berusia 49 tahun ini memberitahu kesilapan dalam tutur kata dan gaya juga boleh menghilangkan rasa hormat kepada selebriti itu.

"Ini program realiti dan program bersiaran langsung. Bagi saya, apa yang anda tunjukkan akan menjadi asas bagi netizen untuk mengetahui siapa anda sebenarnya.

"Yang rugi atau untung adalah anda sendiri. Silap cakap dan gaya... boleh makan diri," kata Azhar.

Menerusi laporan mStar pada Selasa, Mas Idayu memberitahu caranya memberi komen sebegitu untuk mengajar seseorang penyanyi baharu.


Foto: mStar Online
Juri tetap Lagu Cinta Kita 2 ini berkata, dia tidak kisah jika cara itu membuatkan dirinya dibenci dan menerima kecaman penonton program berkenaan.

Dalam pada itu, Mas Idayu turut membalas komen Edika dengan mengatakan aktor tersebut hanya memberi pendapat tanpa mengenali dirinya dan mengetahui perkara sebenar.

"Ikut pendapat awak? Pendapat awak saja? Awak kenal ke Mas Idayu itu sangat-sangat? Kau tahu ke budak yang dia tegur, marah itu... setiap hari WhatsApp, datang makan minum, sayang aku sampai sekarang?" soal Mas Idayu.

Selain komen Edika, penyanyi dangdut itu juga memberi respon kepada netizen yang mempertahankan dan memberi sokongan kepadanya.

Akui penyanyi lagu Cinta 100% itu, dia berasakan keikhlasannya dipandang remeh apabila diminta untuk menjadi orang lain.



"Ya dik, kadang-kadang keikhlasan kita dipandang enteng. Nak kita jadi orang lain, nak kita jadi macam dia! Sivik dia sempurna ke tidak, kita tak komen pun.

"Sebab kita tak kenal dia. Komen pandai la belakang-belakang, meh sini depan muka mummy... geram mummy," katanya. -CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote midori_katana 10-12-2020 11:12 AM
Edited by midori_katana at 10-12-2020 11:22 AM

Kau pun sentap bila org komen pasal ko tapi bila ko komen pedas2 pasal org lain tak apa pula..hahah manusia mmg begitu pandai cari justifikasi utk membetulkan tindakan sendiri
Quote September14 10-12-2020 11:14 AM
Setju aku pun mnyampah dgn komen ajai mas idayu ogy smua ni

Komen mcm tokpinas je tbaik
Quote Kurex 10-12-2020 11:15 AM
Hot lg edika ni ye....

Tak kepam ...

Quote Orix 10-12-2020 11:18 AM
so far juri iols rs yg plg rational, syafinaz... tokram ok tapi sejak dia kritik Aman AF dlu iols rs too much...
Quote MadameOnion 10-12-2020 11:19 AM
habis semua bergasak sbb mulut maikel ang...hahaha..
Quote September14 10-12-2020 11:20 AM
Orix replied at 10-12-2020 11:18 AM
so far juri iols rs yg plg rational, syafinaz... tokram ok tapi sejak dia kritik Aman AF dlu iols rs ...

Tokram dia x pandai susun ayat... kkdg mcm x kesampaian apa yg dia nak maksud kan
Quote sleepandream 10-12-2020 11:31 AM
ala aritu iols tengok mas idayu ni perform dengan amalina dangdut dekat show rtm pun hauk... ada hati nak komen garang2...
iols rasa yang paling layak menjuri adalah tokti... tibahhh
Quote asma87 10-12-2020 11:34 AM
Ankel edika nampak masih lazat.
Quote Labeaute 10-12-2020 11:35 AM
tokti lembut sgt kalu jadi juri.. kalu jadi tenaga pengajar or pengetua ok..
Quote lavendernovella 10-12-2020 11:46 AM
asma87: Ankel edika nampak masih lazat.

pernah jumpa depan2 mmg betul
Quote lavendernovella 10-12-2020 11:47 AM
Tok Finas gak yg ada class ....  mungkin tu kot beza educationcorporationassociationasiannation {:smile
Quote PEPPERMAN 10-12-2020 12:00 PM
Shafinaz komen berdasarkan ilmu yang dia ada
MA komen berdasarkan pengalaman dia kena kutuk maki hamun sepanjang kontroversi karier nya (yang mostly kontroversi murahan)
Quote TomyamPuteh 10-12-2020 12:04 PM
Kurex replied at 10-12-2020 11:15 AM
Hot lg edika ni ye....

Tak kepam ...

Hang ni dh lari topik ni@kurex
Quote ajinomotonosuga 10-12-2020 12:16 PM
Mbak Mas idayu benerrr..110 persen bener

Camna komen terbaik? Apa komen terbaik?

Pengalaman dia ada..itu cara dia..ko nk terima ke tidak..keje dia dah abis..amanah

Bukan hipokrit..ckp manissss..demi populism..demi likes n macam..aku kenot stand oang hipokrit!

Mbak ada prinsip..ada cara dia..open up..speak ur mind..cakap je mbak no hal..mbak pun gitu

Ni mmg cara omputeh komunikasi..budaya depa..cakap lepas cakap what is in ur heart n mind

But melayu is tooooo much manissss..last kne potong kaki..bodoh..bongok..padan muka!!

Aku salu train otak aku..putih is putih ..hitam is hitam..NO BETWEEN!!

So senang nk handle pe pun..klo sampah is sampah unless tertifuuu tipudaya iblis..sampahhh di bungkus konon bernilai cantik

Tu yg ramai tertifuuuuu..tp mbak jarang kne saya tahu..mbak direk jek

Jantan pussy pun bnyok ari ni..too soft..baguih de pompuan cam mbak..tibai je mbakkk

Pesai nk banding bamdingkan? Bodohhh

Tokram dia nya stail..pinaz..lelain tu bio ler stail dia..mbak has her own way..kenot stand then fuck off hoccay? Bukan mbak kebuloq ko blah..bukan jatuh nilai mbak setitik klo ko kecam..helooooo this is mbak k?
Quote Piramida 10-12-2020 12:19 PM
Cara komen..
Kalau peserta elok, patuh, berdisiplin .. buat apa nak garang2... tinggi suara .. petir menetir.... rimas..
Cakap baik2 sudah... unles yg kurang ajar, ketegaq.. oklah nak tegur bingit2... nak gaduh sakan.
Quote mrsLucky 10-12-2020 12:22 PM
I sokong Edika dan Azhar.
Quote RatuDunia94 10-12-2020 12:45 PM
Iols lebih rela dgr komen mummy dr komen "Dayang speechhhhhessss.. tak tau nak cakap mcm mana.. haaa.. dayang suka.. macam tuhhhh"
Quote gadget 10-12-2020 01:10 PM
eleh...sundal ni sampah aje...bajet bagus...anugerah satu pun tak ada, suara pun mcm sial, ada hati nak bajet bagus...low kelas punya artis sampah mas idayu...konon hebat la boleh jadi juri...rancangan yg ko jadi juri pun most rancangan hiburan sampah...
Quote gadget 10-12-2020 01:10 PM
u go azhar dan edika...sundal tu tak ada kepentingan pun dalam showbiz ni...

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.063102 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top