CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Etnik Uighur Islam Dipaksa Makan Daging Babi Setiap Jumaat

8-12-2020 03:38 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17380| Komen: 149

Gambar fail menunjukkan Sayragul Sauytbay menghadiri perbicaraan mahkamah di Zharkent, Kazakhstan pada 2018, berikutan permohonan ekstradisi difailkan kerajaan China. - Foto AFP



BEIJING: Seorang doktor etnik Uighur mendedahkan pihak berkuasa China memaksa tahanan 'pusat latihan' Xinjiang yang beragama Islam memakan daging babi setiap hari Jumaat.

Sayragul Sauytbay, dalam temu bual dengan Al Jazeera, berkata kerajaan China sengaja memilih hari Jumaat kerana mereka tahu ia adalah hari yang suci untuk umat Islam dan pemakanan bahkan menyentuh babi dilarang sama sekali dalam Islam.

"Jika anda enggan patuh arahan supaya makan daging babi, maka anda akan menerima hukuman yang keras sebagai tindakan disiplin.

"Strategi ini sengaja dipilih bagi memalukan dan menghina tahanan apabila setiap kali mereka dipaksa makan daging babi.

"Sukar bagi membayangkan perasaan saya setiap kali terpaksa makan babi, terasa seperti orang lain dan rasa kaku, sukar untuk saya menerimanya," katanya.

Selepas membocorkan rahsia kekejaman di kem tahanan terbabit, beliau melarikan diri ke Kazakhstan tetapi dinafikan suaka politik dan China memfailkan permohonan ekstradisi bagi membawanya pulang.

Sauytbay, seorang pakar klinikal dan guru, bagaimanapun berjaya berhijrah ke Sweden, selepas menerima suaka politik bersama keluarganya.

Beliau mendedahkan kisah di dalam 'kem latihan' itu dalam sebuah buku, termasuk menceritakan mengenai kes tahanan dipukul, dicabul secara seksual dan dipaksa tinggal dalam persekitaran kotor.

Malah, penindasan terhadap penduduk etnik Islam Uighur di Xinjiang tidak hanya terhad kepada budaya dan agama, sebaiknya turut menyasarkan struktur sosial masyarakat menerusi 'kem latihan' yang ditubuhkan sejak 2017.

Seorang pakar antropologi dari Jerman, Adrian Zenz, yang banyak membuat kajian mengenai etnik Uighur, memberitahu Al Jazeera bahawa China kini turut memperluaskan dasar sekularisme.

Sebagai contoh, katanya, China mengembangkan industri penternakan babi dengan matlamat menjadikan wilayah Xinjiang sebagai hab penternakan babi terbesar sedangkan hampir 90 peratus penduduk setempat beragama Islam.

"Terdapat ladang ternakan babi di Kashgar, selatan Xinjiang dan kerajaan China menyasarkan untuk menternak kira-kira 40,000 ekor babi setiap tahun dalam kawasan seluas 25,000 meter persegi.

"Malah, projek ini, yang dilancarkan atas alasan mahu memastikan bekalan daging babi di Kashgar mencukupi, sengaja diumumkan pada 23 April tahun ini iaitu ketika umat Islam menunaikan ibadat puasa.

"Ini amat nyata bahawa kerajaan China berniat menyerang budaya, amalan agama dan cara hidup masyarakat setempat, sekali gus mendorong mereka memilih ideologi sosialis," katanya. 



Sumber - AGENSI/BeritaHarian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 7-12-2020 10:02 PM
Cuba buat pose ketuk pintu

Quote dua_chzy 7-12-2020 10:04 PM
Ada kot persatuan hantu syaitan kebangsaan kan? Salah satu KPI tahun ni adalah bilangan rumah diprank mengetuk pintu kuat2?
Quote tumpanglalu74 7-12-2020 10:05 PM
Okay aku gugel jumpe ni:

https://www.liveabout.com/death-knocks-ghosts-2596704
Quote Amigurumi 7-12-2020 10:09 PM
dua_chzy replied at 7-12-2020 10:04 PM
Ada kot persatuan hantu syaitan kebangsaan kan? Salah satu KPI tahun ni adalah bilangan rumah dipran ...

Hahahaha..kelakar lah sis
Quote shida81 7-12-2020 10:19 PM
Cameraman yg sama ke ni
Quote shida81 7-12-2020 10:20 PM
Kat group area ak Klang ni pun da kecoh... Naseb ak duk apartment.. X tau la klu larat naik setiap block ketok..
Quote matchstick 7-12-2020 10:33 PM
Pintu kaler cekelat je ke kena ketuk..cer try cat pintu kaler merah pulok
Quote tumpanglalu74 7-12-2020 10:36 PM
Okay gini aku sarankan.  Pasang lampu poc & lampu belakang dapor.  Usually bende2 gini suke tempat gelap.  Letak cat food kat poc bior kucen ramei2 datang.  At least ade gangguan untok dia bermaharajelele.  Kalo rajin buad ayor yasin pehtu spray kat pintu & tingkap.  Kot2 mau membantu..
Quote tumpanglalu74 7-12-2020 10:37 PM
Edited by tumpanglalu74 at 7-12-2020 10:39 PM
matchstick replied at 7-12-2020 10:33 PM
Pintu kaler cekelat je ke kena ketuk..cer try cat pintu kaler merah pulok

Mampos..  Pintu rumah aku memang cekelat.  Sume gambor aritu pintu cekelat je ke kome?
Quote sarah82 7-12-2020 10:38 PM
Cuba pulak korang simbah cuka.. Masa buka pintu lepas diketuk.
Quote Tunan 7-12-2020 10:39 PM
dtg klang
taktakut covid ke..
Quote dua_chzy 7-12-2020 10:41 PM
Edited by dua_chzy at 7-12-2020 10:43 PM
tumpanglalu74 replied at 7-12-2020 10:05 PM
Okay aku gugel jumpe ni:

https://www.liveabout.com/death-knocks-ghosts-2596704


Ni 3 knocks.

Yang depa ni dengar bunyi pintu diketuk kuat bertalu2 bong bong bong bong gitu ha (ai imagine bunyinya). Maid pakcik ai jiran sebelah rumah ni pernah dengar bunyi gitu duluuuu zaman lewat 90an. Tengah malam tetiba pintu bunyi bongbongbong gitu diketuk seperti ada orang nak masuk diikuti bunyi melolong mintak tolong (as in tolooongggg tolongggg). Kebetulan sekitar zaman tu ada lelaki mati dibunuh di kawasan perumahan weols. Ai sefamily tak tinggal sini lagik masa tu. Now dah tinggal. Ada beberapa kali dengar suara jantan. Depan mata pon hada tapi bila tengok takda orang pun. Ai syak sora jantan yang ai selalu dengar sejak 2010 tu adelah jelmaan ruh heols (as in setan nyamar jadik heols). Jika tidak, hantu Jepon yang dikubur di tapak perumahan ni, haha.
Quote Qwertyuiop2019 7-12-2020 10:53 PM
sarah82 replied at 7-12-2020 10:38 PM
Cuba pulak korang simbah cuka.. Masa buka pintu lepas diketuk.


Memang isu hangat ni kak sarah. Iols pun ada tgk video mana tah yg dia ketuk kuat2 sampai grill bgegar2

Iols ingatkn kena angin sbb sbijik mcm tu. sliding door kt rumah iols kalau kena angin kuat memang mcm kena goncang org jaaa hahahaha

Tp ada org tdekat iols gitau itu cara pukau sekarang. Cara terbaru nak masuk rumah nk merompak. Kalau kita buka pintu, mmg kita tak nmpk n tau2 je dia dh masuk rumah tanpa kita sedari. Mcm dikaburi gitu. Tacodddddd lah
Quote tumpanglalu74 7-12-2020 10:54 PM
Edited by tumpanglalu74 at 7-12-2020 11:22 PM
dua_chzy replied at 7-12-2020 10:04 PM
Ada kot persatuan hantu syaitan kebangsaan kan? Salah satu KPI tahun ni adalah bilangan rumah dipran ...

Ye persatuan mintak tekan loceng puleks..

IMG_20201207_224957.jpg

Video sini:
http://www.komedimedia.com/2020/12/07/selepas-ganggvan/
Quote Supersirap 7-12-2020 10:57 PM
Mungkin ada keseronokkan di situ apabila membuat operasi ketuk pintu ke setiap rumah
Quote sarah82 7-12-2020 10:58 PM
Qwertyuiop2019 replied at 7-12-2020 10:53 PM
Memang isu hangat ni kak sarah. Iols pun ada tgk video mana tah yg dia ketuk kuat2 sampai grill  ...

Tu kak sarah suruh simbah cuka.. Cuka antara bahan yg mematikan ilmu juga.. Hahaha.. X pun.. Disarankan bela ikan puyu depan rumah.
Quote tumpanglalu74 7-12-2020 11:12 PM
Edited by tumpanglalu74 at 7-12-2020 11:15 PM
matchstick replied at 7-12-2020 10:33 PM
Pintu kaler cekelat je ke kena ketuk..cer try cat pintu kaler merah pulok


ketukmak1_1606119984.jpg
antuketuk1_1607323389.jpg
images (1).jpg
tidoleanak1_1607153420.jpg
888425.jpg
KETUK.jpg
Quote dua_chzy 7-12-2020 11:19 PM
tumpanglalu74 replied at 7-12-2020 11:12 PM

Kaler merah dan itam pun diketuk da...
Quote lasagnaklcc 7-12-2020 11:19 PM
Takde sape sempat record ke?

Lihat semua komen(149)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.077580 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top