Kecoh betul netizen dengan sebuah video suami 'menyerang' isterinya yang berduaan dengan seorang lelaki di sebuah hotel. Yang membuatkan netizen lebih bengang ialah apabila suami tersebut membawa anak lelakinya yang berusia lebih kurang empat tahun bersama-sama untuk menangkap isteri dan lelaki itu. Pelbagai aksi bertikam lidah, bergaduh dengan ayat kurang sesuai antara suami isteri tersebut disaksikan oleh si kecil itu membuatkan netizen marah. Si suami yang kemarahan dilihat memukul lelaki dan isterinya lalu mereka bertikam lidah. Kejadian itu membuatkan petugas yang ada turut menyabarkan si suami. "Kau tak kesian ke anak kau, tak buat apa, satu hotel?" Kelibat kanak-kanak itu ke sana ke mari seolah-olah terkejut dengan apa yang disaksikannya. Hal ini lah yang membuatkan netizen lebih marah dengan situasi tersebut. "Sudah lah berkhalwat, bertekak laki bini, anak kat situ jadi patung ke? Langsung tak fikir emosi budak tu!" Aduh! Rumah tangga boleh bercerai berai disebabkan orang ketiga, tetapi wajar kah mengheret anak kecil sebagai saksi? Kau dah kenapa? - CARI |
ADVERTISEMENT