CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Semua Sama, Beza Cuma Iman," -Abby Abadi Bagi Juga Bantuan Kepada Bukan Warganegara

3-12-2020 02:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2537| Komen: 7

Pelakon Abby Abadi tampil memberi penjelasan mengenai bantuan yang diuruskannya daripada akaun Wallet Kasih PKP kepada golongan yang berada dalam kesusahan akibat Covid-19.

Menurut Abby, 43, dia tidak mampu untuk membelikan setiap keperluan yang diperlukan selepas ada segelintir netizen yang mempertikaikan tindakannya memberi wang ringgit.

"Ada yang bagi cadangan pada saya semalam, beri bantuan pergi jenguk sendiri. Belikan dorang susu pampers semua. Jangan bagi duit, nanti dorang beli benda lain. Mudahnya berkata-kata.

"Saya buat ni sorang-sorang ya. Dengan tanggungjawab yang besar lagi di sekeliling saya yang tak boleh saya tinggalkan. Niat awal saya untuk membantu musim-musim PKP yang hampir setahun ni adalah kerana saya tahu ramai yang dalam kesusahan sekarang ni putus pendapatan dan sebagainya. 

"Tak payah yang jauh, tengok adik beradik sendiri ja. Dan saya membantu dengan cara membayangkan diri saya sendiri kalau susah nak orang tolong macam mana jadi saya usahakan. 


"Memang saya sebelum-sebelum ni, takda Wallet Kasih PKP pun saya biasa dah transfer duit kat orang ni. Cuma bila guna duit saya sendiri, dapat 5 atau 10 orang. Tak dapat ramai lah. 

"Sebab tu bila target 30 atau 50 keluarga sehari, saya ajak sahabat-sahabat di sini untuk bersama saya. Faham ya bab ni," tulisnya di Instagram (IG).

Foto: Via Gempak

Jelasnya lagi, kesusahan yang dialami bukan setakat memerlukan keperluan namun ada yang diduga dengan ahli keluarga jatuh sakit.

Kata Abby, bantuan yang dihulurkan merangkumi seluruh Malaysia termasuk dengan orang bukan warganegara.

"Bab kedua, masalah mereka bukan setakat susu pampers sahaja sampai ada yang kata baik kak Abby belikan. Macam-macam lagi. Kehabisan barang makan, anak sakit, mak sakit, ayah sakit, kena tinggal suami, isteri lari, adik beradik semua tak cukup makan. 

"Kalau nak harap saya belikan, hantar ke seluruh Malaysia, Sabah Sarawak. Apo? Logik lah sikit.

"Saya bercerita sebab ada seketul dua ja yang saya nampak meragukan. Yang lain memang betul-betul susah. Siap bagi bukti bergambar, video, IC semua sekali. 

"Ada ramai juga yang takda IC, bukan warganegara minta tolong. Saya tolong juga sebab niat saya hanya kerana Allah. Saya takda penyakit membeza-bezakan orang ya. Semua sama di sisi Allah, yang membezakan hanya iman. Beza iman pun bukan bermakna kita perlu abaikan mereka, betul kan?" tulis Abby.

Dalam pada itu, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan memohon agar mendoakan supaya ada hartawan yang murah hati untuk menderma dalam jumlah yang banyak.

"Cuma nak pesan yang dah terima bantuan, bagi laluan pada yang lain pula ya. Doakan Dana PKP saya ada hartawan nak sedekah berjuta-juta supaya senang saya bagi besar sikit jumlah pada yang memerlukan. 

"Saya tahu RM200,300,400,500 tu kecil dalam keadaan sekarang ni tapi itu ja dana yang ada. Doa tau ada dermawan atau hartawan yang nak buat simpanan akhirat dan mereka lalukan kat Wallet Kasih PKP saya hehe," tulisnya lagi. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 3-12-2020 02:43 PM
Bosannya kau ni pompuan
Quote cikperiukkera 3-12-2020 03:08 PM
Dalam membuat kebaikan sempat juga setazah bakyah menyindir yachhh. Tak pernah tak ........
Quote mamajawie 3-12-2020 03:11 PM
okkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...tapi zuriat sendiri lepas tangan  sampai bertarung nyawa sengsorang kt ICU sampai jadi arwah semata2 nk g umrah sesama ngn ex somi sefamily??

fine nek bakyah ko memang penonggeng agama tersohor
Quote irish_ieka 4-12-2020 12:04 AM
sbnrnye die ni dok kutip kutip duit. cmne die filter bantuan kt org ek? aku tgk ramai dok mintak duit kt die fake acct yg mmg buat acct smata2 nk mintak duit kt die. gmbr pon pos satu dua gmbr tah gmbr ape2 dua tiga hari sblm. die tau tk bile die kutip duit org, itu amanah org yg die kene salurkan kat org yg btl. ni die main tibai je transfer . skali scammers dok buat fake ig bnyk2 ltk gmbr tin susu dh kosong acah2 susah. jgn nnt die ingt die dok dpt pahala hujung2 bocor sbb die tk salurkan dan siasat btl2. sbb tu la pusat zakat die buat ad sistem nk elak bende cmni la
Quote Normabaru 4-12-2020 07:49 AM
Ni acah jab kebajikan...

Yg lg klaka ada yg percaya n bg donation jadi funder..

Dh la claim income tax pon xdpt.. Dgn audit penerima pon xde.. Apooo bakyah oi
Quote emizue81 4-12-2020 08:43 AM
irish_ieka replied at 4-12-2020 12:04 AM
sbnrnye die ni dok kutip kutip duit. cmne die filter bantuan kt org ek? aku tgk ramai dok mintak dui ...

kan.. ada jugak ternampak ada yg daftar IG baru semata nak minta bantuan..
merayu rayu dgn bekas susu anak dah kosong.. takut minta bantuan utk main judi je..
Quote husna_amal 4-12-2020 11:24 AM
Ya lah  kalau tak bantu warga asing ni takut mereka buat jenayah pula bila terdesak.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.174043 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top