CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Sedia Jadi Saksi Saman Terhadap Azmin" – Mahathir

3-12-2020 02:07 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2251| Komen: 4

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbincang sesuatu bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali di Dewan Rakyat . foto FAREEZ FADZIL, 07 OKTOBER 2019



KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sedia untuk membantu sepuluh pengundi Parlimen Gombak yang menyaman penyandangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dr. Mahathir berkata, beliau sudi untuk memberikan pertolongan sekiranya diperlukan.

“Saya sedia menawarkan diri sebagai saksi di Mahkamah sekiranya keterangan saya diperlukan. Saya sedia membantu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Mohamed Azmin disaman sepuluh pengundinya dengan mendakwa beliau menipu dan mengkhianati kepercayaan diberi sebagai wakil rakyat.

Satu penfailan saman dibuat seramai 10 orang melalui peguam, Yohendra Nadarajan di Mahkamah Tinggi pada minggu lalu terhadap Menteri Kanan Ekonomi itu.

Dr Mahathir yang maklum akan saman terhadap Mohamed Azmin berkata, sebagai wakil rakyat, mereka harus menjaga kepentingan pengundi dan bukannya kepentingan peribadi.

“Wakil rakyat atau Ahli Parlimen harus faham bahawa rakyat memilih kita sebagai wakil mereka untuk bersuara di Parlimen dan memimpin mereka bukannya untuk kepentingan diri dan mendapatkan jawatan serta kuasa.

“Mahkamah merupakan forum paling sesuai untuk mengesahkan dakwaan-dakwaan oleh sepuluh Plaintif yang memfailkan tindakan ini. Saya melihat keberanian rakyat mempersoal kredibiliti dan integriti seorang Ahli Parlimen seperti Datuk Seri Azmin sebagai satu proses mematangkan pendemokrasian negara,” katanya.

Dalam saman tersebut, kesemua plaintif berumur antara 36 hingga 64 tahun itu memohon perisytiharan antaranya Mohamed Azmin ialah pemegang amanah dan mempunyai tanggungjawab selaku Ahli Parlimen Gombak terhadap kawasan parlimennya termasuk 10 plaintif itu.

Mereka juga memohon perisytiharan bahawa Mohamed Azmin melanggar kewajipan fidusiari, menipu selain memungkiri representasi yang dibuat terhadap kesemua plaintif dalam pilihan raya kawasan berkenaan.

Tindakan itu diambil ekoran Azmin telah melanggar sumpahnya di bawah Perkara 59(1) yang dibaca bersama Jadual 6 Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, plaintif juga menuntut ganti rugi dan perintah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. 



Sumber – MalaysiaGazette

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 3-12-2020 06:32 AM
Dah la Tun M.. Baik join clan sy kat Left to Survive.  Bunuh zombie lebih baik...

Quote husna_amal 3-12-2020 11:13 AM
Saman je lah. Kumpul duit banyak2 lagi.
Quote Decon 3-12-2020 12:17 PM
dia sgt positif dgn tahap kesihatannya meskipun kini 95 tahun. patutnya gi lepak maldives sambil mencuci mata
Quote Skuau 3-12-2020 03:29 PM
sapa jer YB yg tak 'menipu'???@manifesto bukan kitab suci.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.064527 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top