CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makan Nasi Berlauk Cicak

29-10-2013 12:51 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16048| Komen: 81

Seekor cicak yang terdapat dalam makanan dihidangkan kepada pelajar di sebuah kantin sekolah.


JITRA - Seorang waris pelajar sebuah sekolah di sini kecewa dengan kualiti makanan yang dihidangkan kepada pelajar sehingga menyebabkan anaknya hampir termakan cicak yang terdapat dalam hidangan harian di sekolah itu.

Waris mangsa, Fawzi Ali berkata, dia dimaklumkan oleh anaknya selepas terjumpa seekor cicak bersama ikan goreng dalam nasi yang dihidangkan untuk makan tengah hari pelajar pada minggu lalu.

Menurutnya, anaknya merasa loya apabila melihat seekor cicak dalam pinggan lalu memaklumkan kepada pihak kantin.

"Bagi mengelak berlakunya kekecohan, pengusaha itu menggantikan nasi dan lauk yang lain kepada anak saya.

“Saya sungguh kecewa dengan pihak pengurusan kantin yang lalai dalam menyediakan makanan kepada pelajar hingga membolehkan berlakunya keracunan.

Apabila saya melihat gambar itu, ia sungguh menjijikkan dan tidak wajar perkara itu boleh berlaku," katanya.

Fawzi berkata, sebelum ini dia pernah mendengar aduan daripada rakan anaknya yang sering terjumpa ulat dalam makanan yang dihidangkan kepada pelajar.

Katanya, dia berharap pihak berkenaan datang menyiasat kualiti makanan yang dihidangkan kepada pelajar di sekolah terbabit.

"Saya berharap Kementerian Pendidikan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak pengurusan kantin sekolah itu kerana jika dibiarkan, ia dibimbangkan akan menyebabkan berlakunya perkara yang lebih serius kepada pelajar sekolah itu," katanya.



10

Bagus
13

Marah
18

Terkejut
11

Sedih
21

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kassim_Patalon 29-10-2013 08:27 AM
Kedah darul cicak salai
Quote onetwonine 29-10-2013 08:28 AM
wahhhhhhhhh..jd ulam ulaman...mcm mkn ikan masin jek kot pihak kantin tu anggap
Quote noor2 29-10-2013 08:29 AM
ala...terjatuhla tu...bukan mati pun makan cicak...





yuckkkk
Quote cikatilia 29-10-2013 08:29 AM

ya ampon loya tekak den


Quote AdsMsia 29-10-2013 08:31 AM
cikatilia posted on 29-10-2013 08:29 AM
ya ampon loya tekak den

kat umah kekadang ada cicak sesat masuk dalam cawan air yg tinggalkan atas meja tu
bley dia buat swimming pool la pulak
baru keluar kejap je.......... laju je dia terjun tiruk dalam tu
Quote Kassim_Patalon 29-10-2013 08:32 AM
ikan bilis naik harga ni, belilah cicak -Datuk Seri Hasan Malek-
Quote yayah8989 29-10-2013 08:32 AM
sedap x?
Quote gaara_X 29-10-2013 08:39 AM
Pergh!!......adoyai.....tak melantak laa anaknya makan nasi...dok imagine benda tue.....loya wei....
Quote xpdckelate 29-10-2013 08:48 AM
lauk tambahan,hu2
Quote leylapple 29-10-2013 09:11 AM
aku rasa lah...

time cook nie memasak dengan kuali besar dia, cicak tengah melintas kat atas tu..

terkesima dengan bau belcan nasi goreng yang berkepul2 kluar dari kuali terus ke siling kantin, cicak tu terjatuh dgn kuak melentang dalam kuali..

langsung digoreng sekali bersama2 nasik belacan..
Quote dilaOHdila 29-10-2013 09:20 AM
leylapple posted on 29-10-2013 09:11 AM
aku rasa lah...

time cook nie memasak dengan kuali besar dia, cicak tengah melintas kat atas tu.. ...

berkemungkinan jugek
cicak nak bersen lalu tercampak dalam tu
si tukang masak mana nak nampak kalau khusuk mengayuh sudip tu
tapi tu lah apa pun kebersihan harus di jaga...noks
Quote nurfariezza 29-10-2013 09:21 AM
cicak 2 da nmpak mcm ikan masin goreng....
Quote Kassim_Patalon 29-10-2013 09:22 AM
mula-mula satu cicak jatuh, lepas tu cicak-cicak yang lain pun jatuh

kenapa?

sebab cicak-cicak yang lain tepuk tangan dekat cicak yang first jatuh tu
Quote tekken 29-10-2013 09:22 AM
adoii....gelinyer...
Quote leylapple 29-10-2013 09:25 AM
dilaOHdila posted on 29-10-2013 09:20 AM
berkemungkinan jugek
cicak nak bersen lalu tercampak dalam tu
si tukang masak mana nak nampak ka ...

ahahahah..

cook rabun, memasak dalam gelap di kesunyian subuh pagi kekdahnya
Quote leylapple 29-10-2013 09:25 AM
nurfariezza posted on 29-10-2013 09:21 AM
cicak 2 da nmpak mcm ikan masin goreng....

nasib tak diratah2 uols
Quote dilaOHdila 29-10-2013 09:28 AM
leylapple posted on 29-10-2013 09:25 AM
ahahahah..

cook rabun, memasak dalam gelap di kesunyian subuh pagi kekdahnya

hahaha
sian kat chef

** pagi tadi kat FB ada urang tu beli roti JOHN berlauk Cengkerik
bayangkan lah......
Quote nurfariezza 29-10-2013 09:29 AM
leylapple posted on 29-10-2013 09:25 AM
nasib tak diratah2 uols

gigit2 liat ckit..
ps2 t'putus plak ekor dgn bdan...
tang ekor 2 msti rangup...hahha
Quote chaoyunjie 29-10-2013 09:29 AM
mingggu lps aku terminum air cicak...erks rasa mcm nak kumur Bleach je

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.063760 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top