CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mawi Tak Serik Bikin Filem Walaupun Sebelum Ini Karyanya Tak Laku

1-12-2020 01:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4496| Komen: 21

Bukan mudah menjadi pembikin filem berjaya, namun, apa yang penting, berani mencuba. Keberanian mempertaruhkan modal berjuta-juta bagi menghasilkan filem menjadi prinsip diperjuangkan penyanyi yang kini bergelar pengarah dan penerbit, Mawi.


Biarpun karya pertama arahannya, Tiada Tajuk yang ditayangkan, tahun lalu sekadar membawa pulangan modal, namun Mawi optimis untuk terus memperjuangkan karya cetusan ilhamnya.

Foto: IG

Terbaharu, Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani tampil dengan idea baharu untuk menghasilkan filem kedua.

Mempertaruhkan genre komedi seram, Mawi bakal mengarahkan filem berjudul Hantu Kuat Ketawa yang bakal menjalani penggambaran pada Januari depan.

Istimewanya, karya terbaharu itu menyatukan semula dua pelawak popular, Saiful Apek dan Syanie Hisham.


"Sejujurnya, saya rindu mahu melihat gandingan dua pelawak senior, Saiful Apek dan Syanie. Dari dahulu, saya sering memerhatikan keserasian mereka. Saya percaya penonton sangat terhibur dengan gelagat mereka.

"Daripada zaman filem Senario, Cinta Luar Biasa, Laila Isabella dan Biar Betul, gelagat Saiful Apek dan Syanie cukup mencuit hati.

"Jadi, saya terlintas dalam hati mahu menyatukan mereka pada era masa kini. Lagipun, mereka masih aktif dan memiliki kelompok peminat tersendiri," katanya kepada BH Online.


Mawi berkata, dia berasakan tak salah untuk kembali menyerlahkan bakat otai supaya mereka tidak dipinggirkan dalam layar perak.

"Saya pegang pepatah, tiada orang lama, tiadalah orang baharu. Hakikatnya, perkara ini benar. Saya bangga menjadi insan yang berjaya memujuk mereka melakukan 'comeback' pada zaman sekarang.

"Filem Hantu Kuat Ketawa mempunyai empat teraju utama. Selain Saiful Apek dan Syanie, saya juga menampilkan Along Cham bersama pelakon wanita yang belum dapat didedahkan siapa gerangannya.

"Pendek kata, filem ini akan ada bintang lama dan baru. Selain mengarah, saya juga akan membintangi filem ini, tetapi hanya sebagai cameo," katanya yang bertindak sebagai penulis skrip untuk filem itu.



Mawi berkata, filem Hantu Kuat Ketawa mengisahkan mengenai empat 'scammer' yang dikehendaki polis.

"Tanpa diduga ketika mahu menyelamatkan diri hingga lari ke hutan, tempat persembunyian diganggu dengan misteri hantu yang kuat ketawa.

"Macam-macam pelbagai lucu terjadi. Saya pasti penonton pecah perut melihat gelagat mereka berempat," katanya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 1-12-2020 01:04 PM
Knp mawi so top dulu sekarang krik3..
Quote nordin84 1-12-2020 02:15 PM
dia skrg tenggelam laut mana? nyanyi lps af tu meletop hbs pstu trs padam.. berapa kerat je budak akademi yg naik.. dan kebanyakannye bukan juara
Quote c===8 1-12-2020 02:20 PM
yg tgk cuma dino & @TENOK je
Quote mdhelmi 1-12-2020 02:52 PM
ok je
selagi ada kudrat cuba mana yg mampu
Quote dino 1-12-2020 03:27 PM
lattehazelnut replied at 1-12-2020 01:04 PM
Knp mawi so top dulu sekarang krik3..

sbb die bkn sohai
Quote dino 1-12-2020 03:27 PM
c===8 replied at 1-12-2020 02:20 PM
yg tgk cuma dino & @TENOK je

tt cuba umpan.. tak laku dgn balik modal takleh beza
Quote husna_amal 1-12-2020 03:38 PM
Good luck. Tagline mawi world boleh pakai lagi tak
Quote umbut 1-12-2020 03:48 PM
Tak suka langsung citer takda tajuk tu. Fullstop
Quote imanda 1-12-2020 04:18 PM
oklah mawi ada otak pk mcm2 nk survive. xmcm sohai. anyways ekin buat biz desserts tu kalerfull ok ke rakyat jelata mkn mcm2 pewarna? pastu sheols sll pose ngn aein pkai sporty+branded clothing knp eh? jd duta ke apa?
Quote RatuDunia94 1-12-2020 05:05 PM
Syanie tu bukan aritu dh kurus sikit ke?
Sheols antara retis terawal yg buat bariatic surgery x silap.. skrg dh gems balik mcm asal..
Quote dino 1-12-2020 05:12 PM
imanda replied at 1-12-2020 04:18 PM
oklah mawi ada otak pk mcm2 nk survive. xmcm sohai. anyways ekin buat biz desserts tu kalerfull ok k ...

yea nak banding sohai jauh bertiang la haha
Quote LadyCarefree 1-12-2020 05:46 PM
Apo mawi xsehebat totey?
Quote dino 1-12-2020 06:18 PM
LadyCarefree replied at 1-12-2020 05:46 PM
Apo mawi xsehebat totey?

filem mael totey ka.. tu rakyat kelate dah brp haha
Quote LadyCarefree 1-12-2020 08:57 PM
dino replied at 1-12-2020 05:18 PM
filem mael totey ka.. tu rakyat kelate dah brp haha

Mawi orang mana?
Quote KillerMania 4-12-2020 03:22 AM
LadyCarefree replied at 1-12-2020 08:57 PM
Mawi orang mana?

Johor kenapa ?
Quote Auntyou 4-12-2020 08:01 AM
Okay try next movie pulak OK mawi!
Quote LadyCarefree 4-12-2020 08:15 AM
KillerMania replied at 4-12-2020 02:22 AM
Johor kenapa ?

Oooo xdok bahasa macam klate khusus sskjp je faham.
Quote alien88 4-12-2020 08:40 AM
ok la tu Mawi semangat lagi buat movie walaupon 1st filem dia iolls xtgk lagi, hehe
iolls tgk Saiful Apek dgn Syanie dlm Laila Isabella. harap xdak body shaming la nt
btw, Mawi suka sgt nk ambk Along Cham.. ikut suka kamu la Mawi, dah kamu penerbit khen
Quote sleepandream 4-12-2020 11:47 AM
iols akan tengok sebab ada syanie... plus cerita tiada tajuk mawi buat dolu tu not bad la jugak

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.082590 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top