CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Gardenia Naik 1 Disember 2020 Ada Alasannya

1-12-2020 12:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2231| Komen: 4

Beberapa produk keluaran Gardenia Bakeries Sdn Bhd (GBKL) bakal menyaksikan peningkatan harga sehingga RM0.20 sen bermula 1 Disember, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Menurut syarikat itu lagi, peningkatan harga itu bermula dari RM0.05 sen melibatkan produk roti seperti Gardenia Squiggles - Funky Strawberry, Choco Malto, Gardenia Delicia Soft Roll - Butter Toffee, Sambal Bilis dan Gardenia Fluffy Red Beans.

Sementara itu, bagi kenaikan harga RM0.20 sen pula melibatkan produk roti The Gardenia Toast’em, Delicia Butter Raisin, Butterscotch, Choco Raisin dan Raspberry Milk & Cranberries.


Kredit foto: Gempak
Keputusan menaikkan harga produk tersebut adalah kerana kenaikan harga bahan mentah terkini.


“Semakan harga ini dibuat kerana kenaikan harga bahan mentah seperti sayur, serbuk koko, susu dan pembungkusan.

“Fokus kami sekarang adalah untuk terus meningkatkan usaha untuk mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan operasi,” jelasnya dalam satu kenyataan.

GBKL pada masa sama berkata tiada peningkatan harga bagi produk lain keluaran syarikat itu. -CARI

Sumber: Astro Awani
1

Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 1-12-2020 12:19 PM
Mujur saya tak makan roti butterscotch semua tu
Quote dua_chzy 1-12-2020 12:54 PM
ultra78: Mujur saya tak makan roti butterscotch semua tu


Ada masa saya rindu nak makan bun iblis, eh bilis Gardenia. Dok Sabah memang takda la menda tu.
Quote Artemesiaa 1-12-2020 12:56 PM
Naik 20 sen tak membebankan kalau dah minat makannya
Quote husna_amal 1-12-2020 04:01 PM
Roti yang cepat habis stok masa awal2 pkp hari tu.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.294448 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top