CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azzam Sham Semakin Laku, Banyak Terima Tawaran Berlakon Dan Menyanyi

1-12-2020 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5424| Komen: 21

Description: Selepas muncul sebagai juara Big Stage 2020, penyanyi Azzam Sham tekad mahu fokus pada kerjaya seninya dengan lebih serius, termasuk merebut apa saja peluang yang datang.
Selepas muncul sebagai juara Big Stage 2020, penyanyi Azzam Sham tekad mahu fokus pada kerjaya seninya dengan lebih serius, termasuk merebut apa saja peluang yang datang.

Akur, tiada jalan pintas untuk berjaya, Azzam kini rancak mengatur perancangan sebaiknya untuk tahun hadapan dalam usaha mencapai setiap impian yang tersemat di jiwa.

Kini muncul dengan lagu baharu berjudul Cinta Jangan Pergi ciptaan Asfan Shah dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya, pemuda berusia 23 tahun ini berharap bakat nyanyiannya terus bersinar gemilang.

Foto: IG

"Bukan mudah buat saya berada di tahap sekarang. Sejak kecil, ketika berumur 12 tahun lagi saya sudah pun berusaha untuk mengejar impian.

"Meskipun, perjalanan kerjaya seni saya agak berliku tetapi tak mengapa kerana kisah kehidupan setiap orang itu berbeza. Namun, yang pasti keluarga terutama ibu bapa memberi restu.

"Setakat ini, saya semakin yakin dengan hala tuju kerjaya nyanyian. Ditambah, saya juga mendapat pasukan peminat yang sentiasa ada memberi sokongan," katanya.



Mengharapkan lagu Cinta Jangan Pergi membantu melonjakkan nama dan kerjaya nyanyiannya, Azzam atau nama sebenar Muhammad Azzamuddin Lop Hisham berkata, dia sudah puas bekerja keras selama ini.

"Sebenarnya sudah banyak pun lagu yang saya hasilkan sebelum ini, tapi tiada rezeki kerana kurang mendapat sambutan. Hingga pernah terdetik mahu meninggalkan bidang seni.

"Apapun, itu hanya sekadar hasrat disebabkan terbit rasa kecewa di hati. Namun, Allah mengaturkan segala-galanya dan sebaik-baik perancang.


"Penyertaan dalam Big Stage 2020 ternyata membawa saya pada satu dimensi baharu. Banyak pengalaman dan perspektif yang lebih positif saya timba bagi menguatkan semangat terus berjuang," katanya.

Ujar Azzam, kini dia sentiasa bersemangat menjalani hari-hari mendatang dengan rasa bahagia. Katanya, diri sendiri perlu rasa gembira dahulu sebelum mahu menceriakan orang lain.

Azzam yang melanjutkan pengajian dalam Diploma Muzik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), turut berhasrat menyambung kuliahnya ke peringkat ijazah sarjana muda.


Katanya dia suka belajar dan mahu bergelar pendidik suatu hari nanti. Bagaimanapun, sekarang dia gembira penerimaan peminat terhadap kerjaya seni sangat baik serta memberangsangkan.


"Alhamdulillah, saya pun kini makin banyak menerima tawaran menyanyi dan berlakon. Bagi saya, bakat yang dimiliki selama ini sudah mula dapat dilihat oleh banyak pihak.




"Terima kasih kerana nampak potensi bakat yang ada pada saya. Insya-Allah, saya akan cuba sedaya upaya memberi yang terbaik dan memastikan peluang diberikan tidak sia-sia," katanya.

Pada tahun lalu, Azzam tampil dengan lagu Biar Saja yang dipilih menjadi lagu tema drama Setelahku Dimiliki di TV3. Malah, video muzik lagu itu di YouTube sudah mencatat 1.1 juta tontonan dengan lebih 800 komen diterimanya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 1-12-2020 12:06 PM
Entah lah.. sendu je.. sepesen je dgn Ariff Bahran, Haqiem Rusli, Luqman Faiz, Fareez Fauzi.. x bleh beza suaranya bak lata Tok Pit
Quote hanezzafirah 1-12-2020 12:19 PM
RatuDunia94 replied at 1-12-2020 04:06 AM
Entah lah.. sendu je.. sepesen je dgn Ariff Bahran, Haqiem Rusli, Luqman Faiz, Fareez Fauzi.. x bleh ...

yang kau sebut sorang pun aku tak kenal
Quote husna_amal 1-12-2020 12:24 PM
Tajuk semakin laku dipasaran. Tapi tengok macam takde apa sangat pun lepas menang big stage baru2 ni.
Quote caca_eric 1-12-2020 12:38 PM
masuk Big Stage pastu jadi pelakon
masuk Hero Remaja jd pelakon
masuk Dewi Remaja jd pelakon
masuk PU jd pelakon..
masuk MLM pastu jd gak pelakon...

Quote RatuDunia94 1-12-2020 01:02 PM
hanezzafirah replied at 1-12-2020 12:19 PM
yang kau sebut sorang pun aku tak kenal

Agak2 lah.. berkuntum kat bod gosip tp x kenal bintang paling popular..
Quote miss_strangers 1-12-2020 01:28 PM
RatuDunia94 replied at 1-12-2020 12:06 PM
Entah lah.. sendu je.. sepesen je dgn Ariff Bahran, Haqiem Rusli, Luqman Faiz, Fareez Fauzi.. x bleh ...

Tol la tu ..suara lebih kurang sama je. Suara bella chipss jugak yg rare sbb jarang ada suara persis sheols
Quote lattehazelnut 1-12-2020 01:33 PM
mm next.. hihihi
Quote YomiuriLandMae 1-12-2020 03:31 PM
caca_eric replied at 1-12-2020 12:38 PM
masuk Big Stage pastu jadi pelakon
masuk Hero Remaja jd pelakon
masuk Dewi Remaja jd pelakon

even masuk Gegar Vaganza pun jd pelakon..
Quote 3480 1-12-2020 06:26 PM
Suara dek pian pun jarang ada
Betuila.. yg lain2 tu x cam sgt.. hampir sama
Quote jargon 1-12-2020 06:39 PM
Muka dia plain basic...jgnla jd hero..kwn hero ok watak sampingan ok la
Quote caca_eric 1-12-2020 08:00 PM
YomiuriLandMae replied at 1-12-2020 03:31 PM
even masuk Gegar Vaganza pun jd pelakon..

iya.. berlakon ni mcm job mudah & byk kot...
Quote YomiuriLandMae 1-12-2020 08:41 PM
caca_eric replied at 1-12-2020 08:00 PM
iya.. berlakon ni mcm job mudah & byk kot...

konsep dia mcm everyone can act but not everyone can sing.. agitcheww
Quote hanezzafirah 2-12-2020 09:51 AM
RatuDunia94 replied at 1-12-2020 05:02 AM
Agak2 lah.. berkuntum kat bod gosip tp x kenal bintang paling popular..

bintang paling popular pun aku tak tengok..acamno?
aku kenal artis yang buat gosip2 panazzz jur
Quote puteribaya 2-12-2020 10:18 AM
tah laaa..aku penah tenguk dia masa ceria pop star sbb anak2 aku tenguk between rest masa buat homework..nak x nak aku tenguk..tapi aku memang x miiinattt tenguk budak ni..x de aura retis lansung..mcm pian suhaimi..tapi org lain mungkin minat dia
Quote RatuDunia94 2-12-2020 12:27 PM
hanezzafirah replied at 2-12-2020 09:51 AM
bintang paling popular pun aku tak tengok..acamno?
aku kenal artis yang buat gosip2 panazzz jur : ...

Pemenang bintang plg popular tu la pernha buat gosip panas.. yg pasal gimik depression sbb nk keluar lagu baru.. choii la kalau x kenal..
Quote hanezzafirah 2-12-2020 01:32 PM
RatuDunia94 replied at 2-12-2020 04:27 AM
Pemenang bintang plg popular tu la pernha buat gosip panas.. yg pasal gimik depression sbb nk kelu ...

tu x ckup hot, sbb bebird die x berterbangan
Quote mrsLY 3-12-2020 08:08 AM
nama baby pian jugak dipetik
Quote musclemuseum 3-12-2020 05:37 PM
hanezzafirah replied at 2-12-2020 05:32 AM
tu x ckup hot, sbb bebird die x berterbangan

wut the heck??

Quote nordin84 3-12-2020 10:20 PM
harap neeta jela mendonia mengacara plk lepas bigstage

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.318027 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top